Alahan sepanjang kehamilan

KEMBUNG perut, pedih hulu hati, loya dan muntah. Mengikut kefahaman perubatan moden, punca berlakunya masalah kembung perut, pedih hulu hati serta loya dan muntah tidak diketahui dengan jelas.

Namun, dipercayai masalah tersebut ada kaitan dengan perubahan hormon. Lazimnya berlaku antara minggu ke-6 hingga ke-14 iaitu pada awal kehamilan. Jika ibu mengalami masalah muntah-muntah yang serius, beliau mesti mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, masalah tersebut berpunca daripada deria rangsang yang tidak seimbang dan mengakibatkan keluaran berlebihan bahan asam dalam perut, yang menyebabkan pedih hulu hati. Oleh yang demikian, ibu hamil hilang selera makan, menyebabkan angin lendir asam berkumpul dan mengakibatkan kembung.

Difahamkan juga, akibat kelemahan deria rangsang, ibu hamil akan mudah berasa loya dan seterusnya muntah-muntah.

Rawatan

IBU hamil dinasihatkan supaya mengelakkan pengambilan makanan jenis berminyak atau bertumis, pedas, berempah atau hanyir. Selain itu, disyorkan juga meminum air rebusan halia yang suam panas.

Resipi air halia

Bahan

10-12 cm halia muda

2 helai daun pandan

sedikit gula Melaka atau gula kabung

Cara menyediakan

– Rebus halia muda yang dipotong nipis sebanyak 20 keping

– Masukkan daun pandan dan gula Melaka/kabung sebagai pemanis.

Petua lain untuk hilangkan loya dan muntah

– Makanlah nasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang kicap berserai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama ini berupaya membantu mengurangkan rasa loya, di samping menjauhi penyakit asam perut (gastrik)

– Sebagai makanan ringan bagi menghilangkan rasa loya, ibu disyorkan memamah sedikit gula, asam atau garam yang digaul, seperti asam boi atau jeruk halia muda. Jeruk halia juga dapat melawaskan pembuangan angin.

– Deria rangsang ialah istilah perbidanan Melayu yang merujuk kepada hormon dan sistem endokrin.

(Dipetik daripada Ensiklopedia Perbidanan Melayu yang ditulis oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s