Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF)

Ramai orang bertanya dengan TAFF. Saya hanya penyampai maklumat. Segala pertanyaan tentang TAFF, sila hubungi alamat atau no telefon di bawah…

Yayasan Fertiliti Tunku Azizah
(Tunku Azizah Fertility Foundation)
Istana Abdul Aziz
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Tel: 09-7533241
Email: taff2004@streamyx.com

Status:

Pertubuhan amal yang didaftar di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan ditubuhkan pada 11 Ogos 2004

Antara matlamat penubuhan:

Menyediakan bantuan kewangan kepada pasangan suami isteri kurang berkemampuan yg menghadapi masalah kesuburan untuk mendapatkan rawatan perubatan serta menyediakan kaunseling serta khidmat sokongan berkaitan.

13 thoughts on “Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF)

  1. Saya tlah berkahwin lebih kurang 3 tahun namun masih tiada tanda-tanda untuk kehamilan. saya dan suami telah menjalankan rawatan kesuburan di LPPKN dan mendapati sprema suami saya kurang matang. Apa yang perlu kami lakukan?

  2. salam.saya mewakili kakak ipar saya. mereka telah mendirikan rumah tangga selama 7 tahun dan belum dikurniakan anak. kakak ipar saya pernah mengandung di awal kehamilan tetapi keguguran. mereka telah menjalani rawatan dan doktor kata mereka tiada masalah. saya mahu tahu bagaimana nak daftarkan nama mereka pada TAFF. berapa bayarannya. kerana abang saya berkerja sebgai nelayan kecil sahaja.

  3. Saya sudah lapan tahun mendirikan rumahtangga dan belum dikurniakan anak. Bagaimana untuk mendaftar di yayasan ini?

  4. saya telah 3 tahun mendirikan rumah tangga namun belum lagi dikurniakan zuriat, saya ingin tahu bagaimana saya boleh mendaftar di TAFF. dan apakah kelayakkan nya?

  5. Assalumualaikum…

    Saya telah berkahwin selama 6 tahun dan umur saya 29 tahun. Bagaimana untuk saya menyertai atau mendaftar di yayasan ini. untuk pengetahuan puan saya mempunyai masalah horman yang tidak stabil

  6. Assalamualaikum,
    Saya Lin dari Johor Bahru ingin tahu bagaimana cara untuk mendaftar di Yayasan ini dan mendapatkan maklumat lanjut serta syarat-syarat bagi pasangan yang berminat untuk mendapatkan rawatan.

  7. assalamualaikum Tunku,saya telah mendirikan rumahtangga selama 10 tahun belum dikurniakan cahaya mata. Bagaimana saya hendak dapatkan bantuan dan mendaftar dengan yayasan ini?

  8. Assalamualaikum,

    Saya Saimah dari Johor Bahru berusia 35 tahun. Saya telah berkahwin selama 8 tahun. Saya pernah mengandung sebanyak 3 kali; 2 kali bersalin tidak cukup bulan (6-7 bulan- anak-anak meninggal dunia) dan keguguran semasa kandungan 4 bulan. Saya amat berminat dan sangat berharap untuk menyertai TAFF. Walaubagaimanapun saya ingin tahu bagaimana ingin mendaftar di Yayasan TAFF? Dimanakah boleh saya mendapatkan borang pendaftaran tersebut (atau email kepada saya) di Johor Bahru ini? Terima kasih.

  9. Saya Ina dari Klang ingin mengetahui bagaimana cara untuk mendaftar di yayasan TAFF. Untuk makluman saya telah berkahwin selama 6 tahun dan menghidapi masalah endometrisis dan pernah membuat rawatan laporskopi.Saya juga telah membuat rawatan kesuburan IVF tapi masih tidak berjaya.saya ingin memohon bantuan dari pihak TAFF bagi meneruskan rawatan kerana tidak berkemampuan menanggung kos yang tinggi.

  10. saya berumur 29 tahun dan baru mendirikan rumahtangga. saya juga merupakan seorang penjawat awam (kakitangan kerajaan). saya menghadapi masalah haid yang tidak teratur sejak dibangku sekolah lagi. tempoh haid saya sangat lama(15 hari) untuk satu kitaran, tetapi ia datang setiap bulan. masalah saya ialah saya dan suami jarang dapat bersama kerana suami bertugas sebagai pelaut. oleh itu, masa utk saya bersama suami adalah terlalu singkat sedangkan saya dan suami inginkan anak secepat mungkin. Berdasarkan masalah saya ini, bolehkah saya menyertai TAFF? sekiranya boleh, bagaimana saya dapat menyertainya?

Komentar ditutup.