Gaun malam serlah kejelitaan

SETIAP kali menerima undangan menghadiri majlis makan malam, apakah yang bermain dalam fikiran? Bagi wanita, pertamanya sudah tentu fesyen pakaian apa yang mahu dikenakan, apatah lagi jika majlis tersebut berbentuk eksklusif dan membawa aura glamor dengan kehadiran tetamu-tetamu penting.

Pastinya anda mahu mencuri tumpuan tetamu yang hadir dengan gaya yang anggun, elegan dan glamor.

Dan sudah jadi kebiasaan untuk memilih gaun petang berpotongan labuh dan panjang dihiasi manik dan jemeki atau warna-warna gelap dipadan solekan terang dan berkilat.

Namun, kata Kelrina Mohammad, pemilik Kelrina House Of Fashion, yang terletak di bangunan Alam Sentral, Shah Alam, Selangor, apa pun yang difikirkan, seseorang itu harus bijak memilih apa yang sesuai dan tidak sesuai agar gaya anggun dan feminin yang sering dikaitkan dengan rekaan gaun malam terserlah.

Selain potongan, padanan aksesori dan solekan juga perlu serasi agar tidak janggal kepada setiap mata yang memandang.

“Warna-warna terang dan berkilat sememangnya lebih sesuai untuk majlis yang diadakan pada waktu malam, namun padanan seharusnya perlu sederhana.

“Ini bagi mengelakkan kejelitaan semula jadi yang dimiliki tersembunyi di sebalik perhiasan atau solekan yang dikenakan,” ujarnya.

Beliau berkata, selain organza, sifon dan sutera, fabrik satin sering menjadi pilihan untuk menghasilkan rekaan gaun malam yang menawan dan mewah.

Ini kerana sifat fabrik tersebut yang lembut dan beralun mampu menyerlahkan lagi potongan pakaian, seterusnya bentuk tubuh, lebih-lebih bagi bagi wanita yang tinggi lampai.

Bagi yang masih tercari-cari pakaian sesuai untuk digaya ke majlis makan malam hujung minggu ini, himpunan Kelrina House Of Fashion ini mungkin memberi sedikit idea kepada anda.

PANDUAN MEMILIH GAUN MALAM

– Sesuai dengan suasana malam, pemilihan gaun perlu labuh dan panjang.

– Terpulang kepada masing-masing sama ada memilih mengenakan gaun tanpa lengan atau sebaliknya.

– Gaun malam lazimnya berpotongan mengikut bentuk badan bagi menampilkan gaya anggun dan feminin seseorang.

– Fabrik seperti sutera satin, sifon, organza menjadi pilihan kerana ia mampu membangkitkan gaya mewah, selain selesa dipakai.

– Warna-warna cerah dan ceria menjadi pilihan, namun hitam tetap menjadi pilihan ramai.

3 Responses to Gaun malam serlah kejelitaan

  1. anakkawi berkata:

    ahahah… gaun malam yg seksi…
    =P

  2. Clarita berkata:

    I do not know whether it’s just me or if everybody else experiencing
    issues with your site. It appears as if some of
    the text on your posts are running off the screen. Can someone else please comment and let me know if
    this is happening to them as well? This might be a problem with my web browser because I’ve had this happen before.

    Kudos

  3. Damira berkata:

    Can I just say what a aid to seek out someone who rellay is aware of what theyre talking about on the internet. You positively know how you can convey an issue to light and make it important. More people must learn this and understand this side of the story. I cant consider youre not more popular because you definitely have the gift.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 351 other followers

%d bloggers like this: