Rahsia Cincin Berada Di Jari Manis

Pernah terfikir pasal benda ni? Jika hendak tau jawapannya, cuba ikut buat seperti dibawah. Sesungguhnya alamsemesta ciptaan tuhan memang banyak rahsianya.

*Rapatkan kedua-dua tapak tangan … pastu bengkokkan dan rapatkan jari ketiga (jari tengah) … serta cantumkan hujung jari-jari yang lain seperti dalam gambar di atas.
Mari kita mula permainan ini.

1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati. Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.

2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari telunjuk). Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.

3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking). Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.

4. Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarongkan cincin perkahwinan kita tu. Korang mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tak mau bergerak dan tak boleh dibuka langsung. Aneh kan!!! …
kerana jari manis lah lambang hubungan suami isteri… bila dah kawen dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelik tapi benar dan itu lah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang … terus bersama hingga ke akhir hayat.

Sumber: http://jomgempaq.com/article-f9/info-rahsia-cincin-berada-di-jari-manis-t929.htm

25 thoughts on “Rahsia Cincin Berada Di Jari Manis

  1. fuh,,,mmg mnjadi la,,,ketar2 gak la na pakse jari ni suh renggang jugak,,,tp still xdpt2…hmm,,,hope hbgn saya n suami ni pun mcm tu jugak,,,

  2. aku pun hairan jugak dgn gelang rantai tangan atau leher yg terdapat di pasran skg ni boleh memberi kekuatan atau tenaga luar biasa….nak jadi member bagi tahu…www.edymium.com

  3. hahaaha…dingdong buat promotion…

    Saya cukup tertarik dengan rahsia cincin di jari manis untuk mereka yang sudah berpunya ni. Memang menarik. Terutama apabila dikaitkan dengan nilai kekeluargaan dan keislaman. Terima kasih paparan ini.

  4. wahh ley pggl aunty ker …akak nie kat kebayan…kui2..akak ek..mude gitu..
    eerrmm..klu single&available cm kiter nie,xpyh gatal2 mkn cincin lg kan…kang di cop hak milik org..xsyok la…

    jom rmi2 mkn nasi ayam kat tbg aji lunch nie..hik2..

  5. mungkin ada betulnya..lagi pun nampak manis bila letak cincin di jari manis..hehehehe ;)
    tapi kita xboleh nak gerakkan jari manis sebab jari telunjuk kita telah dibengkokkan..kalau kita perasan, jari manis mmg susah di gerakkan bila jari telunjuk dibengkokkan.. ;)

  6. kalau tanya aku….takde kene mengene langsung mana jari tak bleh gerak kat situ letak
    cincin kawin….mana jari tak bleh gerak letak cinin kawin elok berkekalan????…belambak2 org dok bercerai berai….

    sebabnya pasal cantik aje…..org melayu ni banyak sangat suka menterjermahkan
    benda dari perkara kebetulan…..

  7. betul kebayan..aku dulu kawin kokak aje…takde cincin belian….tak mampu aku…
    sekarang ni aku tengok standard cincin belian……

    dah lama kawin baru belikan bini cincin belian..cian dia….nanti aku nak beli lagi belian
    utk dia…

  8. aku tak kisah … kalau laki aku tak bagi aper aper pon .. janji dia balik rumah .. tidur disebelah aku setiap malam dan dia sentiasa gembira bila berada dirumah …

  9. wahai perogol malen you kan qulified with uuurr profession,dio bising2 buboh aje pasti dio diam semenggu ,berkemungkinan u kureng bagi dia maken sup lidah cot… or u forcefully rape her before marriage that dishearthen her will of marrying mr.invisible…..c u in internity……life is great dont wolli be happy…life habe b on o.k

  10. cuba bengkokkan jari telunjuk pulak(instead of jari tengah…)
    n then cuba renggangkan jari tengah…xdapat renggangkan jugak kan(melainkan korang TAK RAPATKAN jari telunjuk tu)

    so? macam mana pulak yang ni?

  11. Assamualaikum buat semua..
    pd pendapat sy…
    Apa2 skali pn jgnlah di nilaikan pd emas berlian & harta dunia kerna itu semua tidak akan menjaminkan sesebuah keluarga itu akan kekal selamanye…

    Hidup dalam kekeluargaan kita perlu ada..
    * Kepercayaan
    * Kejujuran
    * Bertolak ansur &
    * Berkasih Sayang
    Insyak Allah akan kekal bila kita ada sifat ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s