Susuk pada kemaluan

Untuk memudahkan kerja ‘mengikis’ wang lelaki, ada pelayan pelanggan (GRO) tergamak memakai susuk pada kemaluan mereka bagi memastikan pelanggan sentiasa tunduk dan ingat pada mereka selepas kali pertama melakukan hubungan seks.

Amalan khurafat dan bertentangan dengan Islam ini didedahkan seorang bomoh susuk yang mahu dikenali sebagai Chick, yang mendakwa pernah memasukkan susuk pada ramai wanita, termasuk GRO, artis, suri rumah, wanita simpanan dan pondan.

Beliau yang mewarisi kepandaian memakai susuk daripada arwah neneknya yang terkenal di kalangan artis sejak zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura, bukanlah bomoh susuk komersial tetapi namanya meniti dari bibir ke bibir, menjadikan Chick menjadi buruan penggila susuk.

Bomoh berusia 50-an tetapi masih kelihatan muda dan berseri itu yang mengakui turut memakai susuk memberitahu, susuk pada kemaluan boleh membuatkan pemakainya hebat beraksi di ranjang dan menjadikan pasangannya tidak boleh melupakan nikmat bersama.

“Susuk itu dipakai sama seperti cara pemakaian pada bahagian lain tubuh iaitu mencucuk batang jarum emas sepanjang sebutir pada alat kelamin wanita.

“Susuk itu boleh dipakaikan satu, dua atau empat jarum bergantung kepada permintaan dan ia tidak menyakitkan pemakai kerana sudah dijampi,” katanya.

Chick yang tidak menjelaskan kadar bayaran yang dikenakan bagi pemasangan susuk pada kemaluan memberitahu, untuk pemasangan susuk di bahagian tubuh biasa seperti muka, dia hanya meminta bayaran bagi barangan yang digunakan sebanyak RM25 bagi susuk kepingan emas, susuk batang emas (RM50) dan susuk berlian (RM150).

“Jika mahu memberi lebih (bayaran), terpulang kepada pemakainya (susuk),” katanya.

Beliau berkata, mengikut ilmu yang diwarisinya, pantang pemakai susuk kemaluan adalah sama seperti susuk lain iaitu tidak boleh makan buah atau bahagian daripada pokok munggal, labu, kundur selama-lamanya, manakala bagi betik atau pisang emas hanya selama tiga bulan.

Katanya, jika terlanggar pantang, ilmu susuk itu tidak berkesan lagi manakala susuk yang baru dipasang akan keluar daripada permukaan kulit.

Ditanya kepercayaan sesetengah masyarakat bahawa pemakai susuk susah menghembuskan nafas ketika nazak, Chick berkata, setakat yang diketahui, pemakai susuknya tiada masalah kerana biasanya susuk itu tidak lagi berkesan dan mati (hilang seri) selepas tempoh beberapa tahun jika tidak dijaga.

“Menurut petua arwah nenek saya, jika ada orang susah hendak mati, cukup sekadar memusingkan senduk nasi, sebaik-baiknya senduk kayu, atas muka orang sakit sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan disudahi dengan ketukan lembut pada dahinya,” katanya.

Beliau juga berpendapat, adegan filem mengenai orang susah hendak mati hingga terpaksa dibongkar bumbung, lantai atau dinding rumah kerana memakai susuk atau muka menjadi buruk akibat melanggar pantang, adalah gimik berlebihan dalam filem, kerana menurut amalannya kesannya bukan seteruk itu.

Ditanya amalan pemakaian susuk yang bertentangan dengan Islam, Chick berkata, beliau mengakui perbuatan itu haram tetapi semuanya bergantung kepada kehendak pemakainya sendiri mengikut jalan yang dipilih itu.

Oleh AHMAD NAZRI MOHAMAD dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN (Metro)

30 thoughts on “Susuk pada kemaluan

  1. entah2 bomoh ni pun pakai susuk gak nak kasi org asik datang kat dia aje…tapi kat mana tau tak lah kan…he he

    sudah2 lah keje tak berpaedah ni…

  2. ..tapi ado dongar dio oayang pasang..taroh ball bearing..tentu member tak keluak dari rumah..allauallam..imbas tengok ado lah..’mat feed’ tunjok..brankali 80an..dia kata awek tak lari..rasa puas..lebeh baik drp mata-bulu kambing kot..

  3. Rentikanlah wat benda2 khurafat cam2
    banyak lg kaedah lain yg boleh digunakan klo setakat nak
    cantikkan badan dan rupa paras
    Klo setakat zahir jer cantik
    tp zahirnya hitam legam…
    xde gunanya
    semua benda tu x kekal lama…

  4. buat apa nak pakai susuk susuk ni .. sekarang dah ada kaedah pembedahan untuk merawat kembali alat keintiman .. tapi .. itulah sifat manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada .. lupa yang sesuatu kejadian itu tidak bertahan lama ..

  5. anak dua..dah dikecewakan pintu ati dah tertutop ..kalau ado pun nak cari yg se hidup semati ajo…kalu nak sangat cari layari lah …….myjodoh.net… …iklan -gambar promosi kepala atas meja sebagai hidangan pun ado….(tak ada kena megena dgn mana2org- tulisan)

  6. salam…semua,mcm2 masalah berkaitan seks setiap hari kita dengar.semua ini ada punca dan jalannya,saya ada tubuhkan group tertutup bagi kita sama-sama membincangkan segala permasalan berkaitan seks,group ini hanya mereka2 yang betul2 memerlukan sahaja dibenarkan sama-sama berbincang

  7. boleh bagi alamat rumah yang tepat dan nomber telp.,saya ingin la nak pasang susuk,..tolong bagi jawaban segara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s