Jamu Mak Dara – Jamu tradisi lima generasi

Dengan tagline ‘Kesihatanmu Adalah Kecantikanmu’, produk keluaran Jamu Mak Dara sememangnya sentiasa mendapat tempat di hati kalangan penggemar setianya.

Walaupun baru dikomersialkan sejak empat tahun lalu, tetapi ia pantas menggamit perhatian pengguna terutamanya di kalangan kaum Hawa yang mementingkan kesihatan dan kecantikan dalaman berbanding fizikal semata-mata.

Apatah lagi jika seseorang wanita baru sahaja melahirkan cahaya mata, maka sudah tentu penjagaan sepanjang tempoh berpantang perlu dititikberatkan bagi mengembalikan tenaga dan kesegaran diri.


Antara produk yang disarankan termasuklah Set Bersalin Jamu Mak Dara yang dirumus istimewa daripada herba-herba terpilih untuk ibu-ibu lepas bersalin bagi melancarkan perjalanan darah, menaikkan seri muka dan mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin.

Pewaris Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, berkata, keberkesanan jamu yang telah diamalkan sejak zaman anak dara memang tidak dapat disangkal lagi. Beliau yang lebih mesra dipanggil Ibu Halimah mewarisi resipi dan petua jamu yang diperturunkan daripada ibunya, Kamariah Latiff atau lebih dikenali sebagai Mak Dara, yang pernah mencipta nama di Rengit, Johor.

Jika tidak mana mungkin jamu tradisi turun-temurun sehingga lima generasi ini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“Alhamdulillah, atas keyakinan terhadap jamu resipi keluarga ini, maka lahirlah Jamu Mak Dara untuk membantu mereka yang memerlukannya,” jelas Ibu Halimah yang masih kelihatan sihat, anggun dan bergaya meskipun usianya telah mencecah 65 tahun.

BERBENGKUNG dapat merapatkan pintu rahim.


Semua produk jenama Mak Dara dipasarkan oleh Yaabib Dot Com yang dimiliki anaknya, Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali dan bertindak sebagai Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd.

Untuk produk Set Bersalin Jamu Mak Dara, terdapat lapan barang iaitu rempah mandi, tungku kukus, losen param, bedak sejuk, pilis, jamu serbuk (sebungkus), jamu kapsul (2 botol) dan juga bengkung untuk penggunaan dalam tempoh 60 hari.

Menurut Syed Muhammad Gadaffi atau lebih mesra dengan panggilan Abib, semua produk Jamu Mak Dara diformulasikan menerusi 32 jenis herba terpilih gabungan dua buah negara seperti India dan Indonesia. Justeru, pengguna tidak perlu bimbang kerana produk keluaran mereka terjamin kualitinya.

“Antara ramuan asli yang kami gunakan ialah gadong, tahi angin, cabai pintal, akar siak, sambar antu, kunyit kering, kulit kayu serapat, kedaung, buah keras, halia putih, cekor dan jintan hitam.


“Semua bahan ini diadun menggunakan teknologi terkini hasil kerjasama kami dengan TPM Biotech Sdn. Bhd. Pihak kami bercadang untuk memasarkan produk Jamu Mak Dara di pasaran Dubai dan Eropah. Buat masa ini, kami sudah pun menembusi pasaran di Singapura dan Brunei selain di seluruh Malaysia.

“Insya-Allah, tahun hadapan kami akan merancang untuk mengeluarkan produk penjagaan bayi atas jenama Jamu Mak Dara sebelum meluaskan cabang perniagaan untuk barangan kosmetik pula,” jelas Abib penuh yakin.

Antara produk lain keluaran Jamu Mak Dara termasuklah Jamu Sunti untuk wanita yang belum berkahwin dan menghadapi masalah perjalanan haid tidak teratur; Jamu Pria yang dicipta khas untuk lelaki bertujuan membuatkan tubuh terasa ringan dan segar di samping membuang toksin, lemak dan angin dari badan.

Tambah Abib, kaum Adam digalakkan mengamalkan pemakanan jamu kerana ia mampu membina kekuatan pinggang terutamanya bagi mereka yang telah berkahwin dan berupaya membekalkan tenaga sepanjang hari.

“Jangan ingat wanita sahaja yang perlu menjaga badan, tetapi lelaki juga sebenarnya wajib melakukan perkara yang sama. Apabila setiap pasangan menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri, barulah ia nampak adil dan menjadikan rumah tangga aman bahagia,” pantas ingatan yang keluar dari mulut Abib.

Selain itu, pihaknya turut memasarkan teh dan kopi Al-Habsyee, tepung kek segera, buku Masakan Tradisi Johor yang ditulis Ibu Halimah dan terbaru buku Cara Mudah Membuat Kek Berkrim yang dilancarkan hari ini.

Sebelum menutup bicara, Ibu Halimah sempat menitipkan seuntai nasihat kepada kaum wanita agar jangan takut untuk mengamalkan pemakanan jamu untuk menjaga kesihatan dalaman diri.

“Di samping itu, selepas bersalin, ikut segala pantang larang walaupun sedikit dan rajin makan ubat. Ini kerana penyakit mudah datang sekiranya tubuh tidak dijaga, tetapi begitu susah untuk pergi,” kata beliau yang pernah dinobatkan sebagai Ratu Kebaya sebanyak 12 kali sejak anak dara.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk Jamu Mak Dara bolehlah melayari laman sesawang http://www.jamumakdara.com atau hubungi talian 03-41060299. Anda juga boleh menghantar e-mel di alamat jamumakdara@gmail.com.

22 thoughts on “Jamu Mak Dara – Jamu tradisi lima generasi

  1. salam,

    Sudah sebulan ann makan jamu makdara..memang diakui bagus.Tetapi kenapa pada hari ann rasa badan terlalu letih dan tidak beberapa sihat. Sebelum ann cergas dari segi fizikal setelah makan jamu makdara.

  2. salam…

    Iyer..mmg betul..jamu mmg untuk kesihatan.. sya ibu beranak satu.. sejak habis pantang saya mengamal kan jamu buatan sendiri.. alhamdullillah berkesan.. bau badan, keputihan dan yg penting kembali rapat.. cergas..dan kulit kelihatan lebih mulus..

  3. nak tanya..ada produk sesuai x utk hilangkn selulit?
    dah lma sy alami benda ni..bru skrg nk cari ubat y sesuai utk hilankn selulit nie..tlg ye..

  4. saya mengalamai perut kendur/lembik dan ada garis2 hitam(pecahan)lps bersalin.anak saya 1 thn 5 bln.saya dah cuba mcm2 produk tapi tetap sama je.bantu saya apa produk yang perlu saya amalkan dan caranya.

  5. suami saya mempunyai selera mkn yg amat sgt.b4 that,dia ada cuba bermcm produk dan bermcm kapsul.tetap tak berkesan.malah mengalami cirit birit yg teruk.bantu suami saya apa produk yg perlu diambil tanpa cirit birit.

  6. saya berusia 21 tahun,masa saya melahirkan ank saya xdapat pantang dengan penuh.contohnya saya xambil ubat,mengurut 3 kali dan apa saja patut saya pantang saya xlakukan.diatas sebab saya berpantang dirumah mak mertua saya.apa patut saya buat supaya saya kekal sihat serta aktif seperti sebelum saya mengandung.saya cuba cari jalan tapi saya tak ada satu pun jalan penyelesaian.harap ibu dapat tolong saya dalam mengembalikan kesihatan dalaman serta luaran saya.terima kasih ibu.

  7. saya baru je membaca tentang produk jamumakdara ini dan saya amat tertarik untuk mencubanya bagi mengatasi berat badan saya. sudah banyak produk saya cuba tapi hasilnya mengecewakan. saya juga mengalami masalah kegemukan pada muka sehingga kawan2 saya kata muka saya ni tembam dan membuatkan saya malu. jika nak ikutkan badan saya x la gemuk sangat tapi berbeza dari dulu tapi saya masih mahu menurunkan berat badan saya terutama di bahagian perut, lengan, punggung dan peha. dan yang paling merisaukan saya masalah kegemukan muka saya ini. diharap jamumakdara ini boleh membantu saya, sedikit sebanyak ia membuatkan saya rasa malu untuk berhadapan dengan orang. terima kasih

  8. salam..soaln sy, adakah jamu mak dara ini hanya blh dambil olh wanita yang telah melahirkan anak? bagaimana dgn wanita yg telah berkahwin ttapi blm beranak? ada x jamu yg ssuai utk glongn ini? trima kasih..

    • is3 den dah beranak setongah dozen, tapi pantek masih kotat cam anak daro. Den rodak naik melecet kote den, dio selambo yo….tombam jangan cerito lah, merah menyalo cam lipan baro…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s