Tip Menjadi Suami Kesayangan Isteri

Tip Menjadi Suami Kesayangan Isteri

Suami harus memahami keadaan isteri berkerjaya dan sering sibuk di luar rumah.

Sikap saling memahami antara pasangan sememangnya penting dengan panduan berikut mungkin dapat membantu:

# Ringan tulang

Jangan jadi tuan di rumah dengan memerhatikan saja isteri melakukan semua kerja rumah. Sesekali, ringankan tulang membantu isteri menyiapkan meja makan, menyapu sampah dan sebagainya.

# Ambil hati isteri

Beri kata pujian terutama apabila masakan pilihannya untuk makan malam memang enak. Jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri oleh si suami contohnya masakan kurang garam atau minuman tawar.

Jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukannya orang gaji.

# Uruskan anak-anak

Jika lihat isteri terlalu sibuk dengan urusan lain, tolong uruskan anak-anak seperti menukarkan lampin atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Layan kerenah anak supaya mereka tidak mengganggu ibunya yang sibuk menguruskan rumah.

# Tunjukkan kasih sayang

Bekerja seharian dan kemudian melakukan kerja di rumah memang memenatkan. Oleh itu, lelaki harus faham jika isteri kurang melayan suami ketika kepenatan.

Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi vitamin untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan.

Sesekali, beli juadah untuk makan malam, sekurang-kurangnya isteri dapat berehat sedikit. Jika mampu, bawalah isteri dan anak makan malam di luar untuk mengeratkan kemesraan sekeluarga.

# Sediakan pembantu rumah

Kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, menyapu sampah, menyusun dan mengatur bukanlah tugas isteri. Justeru jika mampu, sediakan pembantu rumah untuknya. Sekurang-kurangnya, isteri tidak terlalu penat hingga tiada masa untuk suami dan anak.

# Doakan kebaikan untuk isteri

Ambil kesempatan untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada isteri selepas solat. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri.

5 thoughts on “Tip Menjadi Suami Kesayangan Isteri

  1. sy tidak sggup perlakukn suami sy sedemikian even sy kerja..malah sy sggup b’henti keje..
    sy kira, itu adalah zalim t’hadap suami..
    ibu sy sudah berpesan,m’jaga mkn minum n mkn pkai n jg harta benda suami n ank2..n wajib bersedia menyediakn diri utk melayan suami utk meraih redha tuhan.
    biarlh suami rezki, lgpun pndapatan dh lbih dr ckup..

    kalu seorg anak sggup korbankn kerjy yg lumayan n jauh dr ibuny… utk m’dptkn syurga dibwh tapak kaki ibu..
    kenapa tidak seorg isteri xsggup korbankn kerjaya demi m’dptkn redha suami…

  2. Assalamualaikum.Sy isteri berkerjaya.tetapi sy tidak pernah membebankan suami.makan minum pakai die sume sy jaga.n kami cukup bahagia.sy kan pastikan sy kan blik keje awal.n sempat tggu suami balik keje.xpn sy trus tggu die kt dpan pejabat die.rehat pn sy g lunch di kantin pejabat die

  3. Salam cemua…sya adalah seorg suami,smua di ats telah sya lakukan,tp kenape bila isteri bz dgn kerja umah wlupun dibantu suami,nafkah batin yg patut diberkan pd suami x dpt dijalankan,alasan ape yg akn diberikan isteri ialah penat,ank baru msuk sorang je..so how??

  4. askom..saya pun isteri yg b`kerja tp suami saya rajin la jgk tolong saya masak,cuci pingan dan jemur baju time saya balik lewat la..tapi time minggu xder plk suami saya tolong..kalau suruh dio buat xtau je..tp saya xksh la sbb 2 tanggjwb saya sebagai isteri..suami pun patut bekerjasama sbb kita pun pnt gak kerja..klu nk hrpkn isteri je buat semua mmg suami xsyg isteri la..hehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s