Soal jawab kesihatan seksual lelaki

Apakah yang dimaksudkan dengan disfungsi erektil?

Disfungsi erektil (ED) adalah ketidakupayaan zakar mengekalkan atau mengukuhkan tegangan sewaktu melakukan hubungan seks. Mati pucuk juga ialah sejenis gangguan kesihatan seksual yang boleh dikaitkan dengan permasalahan lain seperti lemah tenaga batin dan masalah pengeluaran air mani.

Apakah punca berlakunya mati pucuk?

Masalah kesihatan yang menjejaskan aliran darah adalah punca lazim masalah ED. Ada yang berpendapat kemerosotan fungsi ereksi adalah biasa apabila usia seseorang itu meningkat. Sebenarnya, ada faktor lain yang boleh menyumbang kepada permasalahan ini khususnya jika beliau berpenyakit.

Apakah penyakit yang boleh menyumbang kepada terjadinya ED?

Ada beberapa jenis penyakit yang sudah dikenal pasti iaitu diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, paras kolesterol yang tinggi dan prostatektomi (pembedahan pada zakar).

Diabetes menyebabkan seseorang lelaki mengalami ED pada usia yang lebih muda berbanding lelaki lain. Mereka yang menjalani rawatan diabetes berisiko lebih tinggi, iaitu tiga kali ganda bagi mengalami masalah ereksi yang serius. Lebih kurang 35 hingga 50 peratus lelaki diabetes mengalami masalah ED.

Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan mengeras. Ini akan menjejaskan pengaliran darah ke zakar, sekali gus kualiti ereksi. Penyakit jantung dan paras kolesterol yang tinggi juga menjejaskan pengaliran darah ke zakar. Lelaki yang dirawat untuk penyakit kardiovaskular berisiko empat kali ganda lebih tinggi mendapat masalah mati pucuk berbanding lelaki lain. Prostatektomi mencederakan saraf dan salur darah pada zakar lalu menjejaskan kualiti ereksi.

Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup tidak sihat dan bagaimana ia menyumbang kepada terjadinya permasalahan mati pucuk?

Gaya hidup dikatakan tidak sihat apabila seseorang itu merokok, mengambil alkohol secara berlebihan, kurang bersenam dan mengamalkan diet tidak seimbang. Kesemua perkara di atas meningkatkan risiko seseorang itu mengalami ED terutama apabila usia semakin meningkat.

Faktor psikologikal juga boleh menyebabkan ED. Bagaimana?

Penumpuan kedua-dua minda dan tubuh adalah diperlukan sewaktu melakukan aktiviti seksual. Gangguan psikologi seperti tekanan, kemurungan, rasa bersalah, rendah diri, bimbang dan risau mengenai prestasi seksual, boleh mengganggu penumpuan minda. Akibatnya, rangsangan seksual yang diterima tidak dapat merangsang tubuh lalu menjejaskan prestasi seksual, khususnya penegangan zakar.

Bagaimanakah seseorang boleh menangani masalah mati pucuk secara semula jadi?

Pengubahsuaian gaya hidup dan tabiat pemakanan serta pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh membantu mengatasi dan memperbaiki masalah mati pucuk ini. Amalkan pengambilan makanan seimbang. Bersenam secara kerap kerana senaman melancarkan aliran darah. Pengambilan makanan tambahan yang khusus turut membantu menangani masalah seksual. Herba seperti Horny Goat Weed (Epimedium sagittatum), Gingko (Ginkgo biloba), Ginseng (Panax ginseng), Puncture Vine (Tribulus terrestris), Muira Puama (Liriosma ovata), Withania (Withania somnifera) dan Damiana (Turnera diffusa) sangat digalakkan. Gabungan herba itu bertindak sebagai tonik seksual yang mujarab bagi memperbaiki masalah seksual lelaki.

Luangkan waktu untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak bagi merapatkan kembali hubungan anda dan pasangan. Jika perlu, berbincanglah dengan mereka yang dipercayai atau dapatkan khidmat kaunselor.

Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan di talian 03-7728 7407 (Isnin hingga Jumaat; 9.00 pagi hingga 6.00 petang) atau e-mel kami di health@biolife.com.my.

28 thoughts on “Soal jawab kesihatan seksual lelaki

  1. hai
    jika air mani terkena dengan kadar yang sedikit pada luar faraj,
    adakah boleh mendatangkan kehamilan?
    berapa peratuskah?

  2. assalamualaikum, saya ingin bertanya, pada beberapa hari lepas, seorang lelaki lembut (mak nyah) telah melakukan oral terhadap saya…. sekiranya dia mempunyai sebarang penyakit seperti penyakit kelamin, aids, hiv+, adakah ianya akan berjangkit kepada saya disebabkan penis saya berada di dalam mulutnya dan dihisap, dikulumya olehnya…. saya harap tuan dapat jawab dengan seikhlasnya…. terima kasih…

  3. hai…. ini hanya pendapat saya saja ya, sekadar berkongsi info….

    johor, kehamilan hanya berlaku apabila air mani berjaya menembusi telur. Kalau kat luar tapi air mani tu tak dapat masuk camana nak tersenyawa…masa sekolah pun ada belajar…tapi ada juga sesetengah kes yang mana pancut kat luar tapi boleh mengandung..dalam satu artikel kesihatan yang pernah saya baca, sebelum air mani keluar, air ‘mazi’ (lendir jernih) akan keluar dulu, di dalam air mazi ada terdapat sedikit air mani yang telah terkeluar tetapi tidak disedari oleh lelaki. Air mani yang sedikit ini lah yang akan menyebabkan kehamilan. Dan jangan lupa, dalam satu hadis, ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah bolehkan lelaki memancutkan air mani diluar, Rasulullah menjawab, ya, tapi kalau Allah mengkehendaki maka isteri kamu tetap mengandung!…jadi fikirkan lah! Mohd fikri, sebaiknya u elakkan melakukan oral seks dengan pasangan yang tidak diketahui status kesihatannya. Nanti kerana nak kenikmatan yang sekejap, menderitanya seumur hidup!…biasanya aids berjangkit melalui darah…cecair badan tak tahulah pulak! ..cecair badan termasuklah air mazi (lelehan lendir pada alat sulit yang terhasil apabila berlaku ransangan). Kalau u sangsi elok u pegi cek kat klinik, jangan risau tak tentu pasal. Bila result ok, u jangan buat lagi begitu nanti dapat sakit, menyesal u!!

  4. Salam, saya ada pertanyaan, bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri ini daripada mimpi basah, kerana saya kerap sekali mimpi basah? Harap balas.

  5. saya sering menjilat kemaluan isterisemasa melakukan sex dan dia akan menghisap kemaluan saya, adakah teknik kedua-dua tadi menyumbang kepada AIDS??

  6. hi,

    i dah kawin but masalah i i tak puas dgn husband i. klu boleh i nak hari-hari, tapi my husband tak nak. dia bagi i 3 @ 4 kali seminggu sahaja. cam ner nak buat ni….

  7. salam…
    saya nak tanya….kalau lendir jernih (sebelum air mazi keluar akibat ransangan)…terkena pada alat sulit wanita…boleh menyebabkan kehamilan pada wanita ke tidak…????

    • lakukan lah adegan becumbu terlebih dulu,sblum melakukan hubungan sex….dan selalu melakukan rabaan supaya istri terangsang.anda ingin lambat klimaks..cuba alih kan perhatian otak anda pada masa melakukan sex…jangan asyik pikir sedap je..coba hayal yg lain.

    • Rey, bukan aje boleh mandul tapi jugak boleh mati pucuk tau. Lagi pulak nanti air mani tu tersenyawa di lubang-lubang tandas boleh tersumbat tandas tau. Dan jugak nanti ada emak bunian yang tadah air mani kau kat cipap dia nanti bunian tu boleh mangandung. Bile anak tu lahir dia balas dengam kat kau sebab tak nak jaga dia….nanti dia “Fire” kau…….

  8. saya akn brkhwin xlme lg tp sy tkut t bkl bini sy xpuas ble main ngn sy krn sy ni cpt klimaxs…cm ne nk buat ye?

  9. pakei sarung..kalo batei mu tu ado bulu cukurkan..pakei cream ..pelincir..pakei ubat kebas….pumping exercise…mandi.. berendam ..dalam ayor panas..urut selalu hingga toggang ….’minuman panas’jamu yang memanaskan badan

  10. asslamualaikum..ada yg prnah brtnye pada sy adkh dengan menjilat payudara dan menyentuh tubuh isteri sahaja bleh mndtgkn khamiln…sy un x tau nk trg cmne,bleh anda trgkn??

  11. RAHSIA MAKANAN DAN TENAGA BATIN LELAKI
    Oleh: DR LUQMAN – Pengamal Perubatan Ayurveda Luqman
    (Satu-satunya Pengamal Perubatan Ayurveda Beragama Islam di Malaysia)

    Menurut Hippocrates “let food be your medicine” ialah satu ayat yang sering kita dengar tetapi sebagai seorang pengamal rawatan Herba Ayurveda, saya rasa telah tiba masanya untuk memberikan sedikit panduan kepada kaum lelaki terutamanya berkenaan dengan makanan yang boleh meningkatkan tenaga seks serta memperbaiki mutu hubungan seks. Saya sering kali ditemui oleh lelaki yang menghadapi masalah seksual ini dan kerap kali saya mendapati masalah yang menjadi keutamaan kenapa mereka menghadapi masalah ini ialah kurangnya ilmu berkenaan seks. Selalunya lelaki akan menganggap perlakuan seks dalam aksi filem “blue” sebagai benar!!! Jauh sekali kebenarannya kerana mereka itu pelakon dan mereka menggunakan pelbagai jenis peralatan bantuan dan ubat ubatan untuk berlakon dalam adegan panas mereka.

    Apakah benar makanan harian boleh menguatkan tenaga kelakian? Kenapa pula tidak boleh sedangkan badan memerlukan makanan untuk survivalnya setiap hari. Jadi apakah makanan-makanan yang boleh diamalkan dalam pemakanan harian untuk menjadi “jantan hebat”:-

    1. Pohon Kelor ( Mungai )

    Pokok ini selalunya ada di depan rumah orang India sebab buah kelor memang menjadi makanan favourite orang India dalam masakan dhal mereka. Buah kelor kalau dimasak asam dan dimakan sekurang-kurangnya 40 hari telah terbukti boleh menguatkan tenaga batin.

    Getah pohon kelor ini juga merupakan aprodisiak yang hebat dan cara memakannya ialah dengan merendam 5 gram getah kelor dalam susu panas, biar susu menjadi suam dan kacau sehingga sebati,….. selanjutnya sila ke https://www.facebook.com/LuqmanHerbsCentre?ref=hl

  12. You really make it appear really easy along with your presentation
    but I to find this matter to be actually one thing which
    I feel I might never understand. It kind of feels too complex
    and very vast for me. I am taking a look ahead to your next put up,
    I’ll attempt to get the dangle of it!

  13. saya mempunyai zakar yg kecil dan x panjang..tambahan pula kepalanya terbantu sebab dihalang oleh kulitnya..setiap kali sy melakukan sex bbersama wife saya..sperma x bayak keluar..banyaknya sangkut sebab kulit x terbuka..dah 4 thn berkawin tp still x dpt zuriat..adakah ianya masalah dari sy dan apakah yang perlu saya lakukan?

  14. Hi,. . I want to post directly to my wordpress blog from my desktop, specifically from Command prompt. . . I know there is a protocol called xml-rpc, but that is of no help to me, as I don’t know what on earth it is. Any help would be appreciated..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s