Cara kekang suami kerap keluar malam

Oleh Fadzlena Jafar (Berita Harian)

SIKAP suami yang gemar keluar malam sememangnya mengundang amarah isteri. Pelbagai alasan diberikan. Ada yang kononnya bermain futsal bersama teman, dan tidak kurang juga sekadar bertandang ke kedai kopi untuk melepak.

Sekali dua mungkin boleh dimaafkan, tetapi jika dilakukan saban malam, pasti boleh menimbulkan perselisihan faham kerana menganggap isteri cuba mengawal. Tetapi jika tidak ditegur, sikap suami semakin menjadi-jadi. Ada kalanya, wanita berada dalam keadaan serba salah.

Mungkin bagi kebanyakan lelaki, perkara ditimbulkan sesuatu yang remeh, tetapi wanita mempunyai persepsi berbeza. Ketika itulah, sepatutnya masa diluangkan bersama keluarga atau menguruskan hal persekolahan anak.

Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan,Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Dr Rusinah Siron, berkata cara terbaik bagi memastikan tidak timbul perbalahan, wanita digalakkan supaya menggunakan pendekatan cara halus untuk menegur suami.

“Cara hendak menegur suami perlu ada caranya. Ada beberapa pendekatan yang boleh digunakan, pertama dengan cara lembut. Jangan guna strategi 3M negatif – marah, membebel dan merengus kerana dibimbangi akan timbul satu lagi M apabila suami jadi meluat.

“Suami apabila sudah timbul rasa meluat, itulah yang timbul krisis dan perbalahan. Kita kena faham sikap lelaki. Mereka tidak suka dimarahi, apa tah pula jika isteri asyik membebel dan merengus. Mereka akan menjadi lebih degil dan tidak mengendahkan teguran kita,” katanya.

Dalam hubungan ini, Dr Rusinah, berkata cara terbaik bagi wanita untuk menegur suami ialah dengan menggunakan satu lagi pendekatan M iaitu ‘menarik’ dengan membabitkan diri dalam kegiatan suami. Umpamanya, isteri boleh mengajak suami untuk melakukan kegiatan bersama keluarga.

Isteri juga disarankan supaya menegur suami dengan pendekatan yang lembut menerusi perbincangan secara hati ke hati kerana cara itu lebih berkesan berbanding kekerasan yang boleh mengundang pergaduhan.

“Apabila hendak menegur sikap suami itu gunakan pendekatan yang lembut. Sebagai contoh, beritahu dia sikapnya itu akan meningkatkan perbelanjaan rumah. Kalau beli teh tarik RM1 sehari, sebulan sudah berapa? Sedangkan kalau dia duduk di rumah, modal air teh secawan tidaklah sampai begitu.

“Apa yang lebih dibimbangi, pertemuan di luar itu akan menjurus kepada perkara negatif. Umpamanya, mungkin dia akan berkenalan dengan wanita lain. Tetapi apa yang lebih penting, anak terabai kerana isteri juga mempunyai banyak kerja rumah untuk diuruskan,” katanya.

Selain itu, beliau mencadangkan satu lagi kaedah positif 3M yang mungkin boleh menarik perhatian suami. Kaedah yang membabitkan sikap ‘manja, mesra dan mengada-ngada’ itu satu bentuk reverse phsycology bagi melembutkan hati suami.

“Ada lelaki yang bersifat keras kepala, degil. Tambah lagi jika dia sudah tua, sukar hendak mendengar kata. Pada peringkat usia 40-an dan 50-an, lelaki lebih mudah tertarik kerana ketika itu mereka seperti kembali ke alam kanak-kanak dan suka dimanjakan.

“Sekiranya isteri asyik membebel dan marah, susah juga. Wanita perlu faham, kita tidak boleh guna kekerasan untuk melawan lelaki. Lagipun, lelaki tidak suka dikawal, apa tah pula dimarahi. Mesti ada strategi kalau hendak melembutkan hati lelaki,” katanya

Bagaimanapun, katanya, jika suami masih tidak mengendahkan teguran isteri, wanita boleh menambahkan satu lagi strategi M iaitu ‘menolak’, kaedah yang lebih agresif, tetapi dalam cara halus. Sebagai contoh, tidak memasak dengan alasan suami sering makan di luar. Cara ini, mungkin boleh memberi impak kepada suami.

Seorang teman menceritakan kisah adiknya yang turut mengalami masalah sebegitu. Kedai kopi di kampungnya bagai rumah kedua. Sebaik saja selesai sembahyang Maghrib, suaminya akan terus ke kedai berkenaan sehingga larut malam. Bagaimanapun, si adik tadi mengambil langkah bijak bagi memberi pengajaran kepada suaminya.

Caranya? Satu hari, apabila suaminya melangkah keluar, beliau turut membawa empat anaknya yang masih kecil menuju ke kedai kopi itu. Sebaik tiba, dengan muka selamba beliau duduk di sebelah suaminya tanpa mengendahkan orang di sekeliling. Perbuatannya itu bukan saja mengejutkan suaminya, bahkan lelaki lain yang sering melepak di kedai berkenaan.

Sejak hari itu, suaminya tidak lagi mengulangi tabiatnya itu dan kini mereka hidup aman damai. Tanpa menggunakan kekerasan atau bebelan sebagai senjata, beliau berjaya mengubah sikap buruk suaminya.

17 thoughts on “Cara kekang suami kerap keluar malam

  1. Saya baru masuk bulan kelima berumahtangga. Tetapi kebelakangan ini suami saya kerap keluar malam. Jika dalam minggu bekerja, beliau akan pulang dalam pukul 2 pagi ke atas manakala jika pada hujung minggu, beliau akan pulang dalam pukul 4 pagi ke atas. Saya sudah cuba menegur (dengan cara yang baik), walau bagaimanapun beliau menuduh saya suka membebel. Oleh yang demikian, bantulah saya dalam menangani masalah ini demi keharmonian rumahtangga saya. Terima kasih.

  2. suami sy pun.kerja jauh dan balik cuma sebulan sekali.belum sampai umah kawan dah menunggu.bila balik bukan rindu kita tapi kawan.kawan pun apalagi main jarum.kalau nasihat mengamuk..habis disepak benda dalam umah.tak nasihat makin menjadi2.kawan pun satu hal,bukan tak ada otak kot laki kita baru balik ,janganlah ganggu.ini tidak hantar sms walaupun tak berjawab setiap hari saja nak mengacau.apa-apa pun 2×5.kalau suami sy x layan x jadi camni.sy hanya berserah pada allah setelah puas menangis dan merayu dia tetap degil

  3. Suami saya pun macam tu, mula2 saya tegur secara lembut, tak jalan, saya guna sms secara kasar….saya buat sikap dingin kepada dia, saya boycott…dia so far ada prubahan…tapi bergantung kepada jenis suami

  4. suami saya dah biasa hidup berkawan, malah sebelum kahwin pun suami saya dah biasa keluar malam. Selepas anak 1, suami masih aktif keluar malam sampai lewat subuh baru balik, saya pernah tegur, sekejap baik lepas tu jadi balik… saya tak tahu nak buat apa lagi… saya izinkan suami keluar malam tapi bersyarat penuhi segala keperluan keluarga dan pulang awal, saya x nak jadi punca suami dan kawan putus sahabat… di sebabkan terlalu memberi kebebasan pada suami.. suami saya sudah pandai menipu keluar dengan perempuan perempuan lain… suami bagi alasan ada urusan lain… saya terlalu percayakan suami..tapi ini balasan yang di beri terhadap kepercayaan suami

  5. suami sya keluar mlam bla dah sbuh bru balik dah mcam2 sya buat bila marah dya wt dekk je,bla sya merajuk dia pjuk dia jnji tak nk wat dah elok la 2,3 hri bla kawan dia call ajak mnum2,lepak2 dia jdi balik…sya dan suami telah punyai seorang ank tgjawab mkan,mnum,pkaian,kasih syg,segalanya dia tak abaikan tp masalahnya suami sya ska kluar mlam..bla nk tdur suami takder kat sbelah hmmmmmmmmmmmmm

  6. Suami sy pun sllu balik subuh gara2 lepak dgn kwn, tapi yg bagusnya, suami sy angkat fon tiap kali sya kol, so sya tak la berapa ragu2, tapi kdg2 sy hantar sms2 yg menyakitkan hati dia, tuduh dia smbarangan, dia ckp dia cuma kuar dgn kwn, bukannya tak balik, mslhnya tiap mlm sy ksunyian, tdur dgn anak dan seperti takder suami. Dah kelamaan begitu, sy fed up, sya biar kan dia buat apa yg dia mahu, smpai sy pun malas dah nak layan dia, sampailah dia sedar kelakuan sya, mgkin dia kesian atau aper, akhirnya dia sllu pulang awl temankan sy…biarlah pulang pkul 1, yg penting jgn subuh baru pulang..

  7. saya terlampau stress sampai saya tpksa berubat di pakar perawatan islam..selepa lahir ank pertama suami sy sering keluar malam..lpk ngn kawan katanya..atau g buat grab car..saya mls nk bising..saya tpkasa diam..walau hakikatnya sy terlampau mkn ht dgn perangai dia yg mjdi2 selepas kawen ni..saya selalu tinggal bersama ank saja yg berusia 6 bln..kdg2 saya sedih melihat pasangan lain yg selalu bersama isteri dan ank..saya mls nk pkir semua ni lg..dlm hdp sy cuma ada ank sje….cara terbaik..ape yg patut sy lakukan…

  8. Sama juga suami sy pn..suka kuar mlm..katanya lepak2 ngan kawan2..balik dekat nk subuh..kadang2 kul 3, kadang kul 2 pagi..walaupn balik awal tpi ttp sy ttp tido sorang2 ngan ank..sbbnye..dia sibuk bermain fon..smpai ke pagi..entah lah..smpai terkatoi ada chat ngan pompuan lain sehingga bertukar pic yg memberangsangkan..sedih dan kecewa hati sy..di larang n di tegur ckp kita kongkong..bila bergaduh pasal bab ni..baik lah kejap..pas tu buat balik perngai tu..agak2 nye apa yg di cari oleh suami yg mcm ni ye..?? Dlm fon penuh gambar pompuan seksi dn bogel..video porno.. Nk kata layanan x bgus semua ok..hurmmm entah lah..hati ni tgh bersabar je ni..

  9. Saya sudah 5 tahun kawin…selepas melahir ank ptme..suke kuar mlm…balik sampi a 4@5 pg..sy jadi buntu
    ..nak ditegur x blh terima…alasan suke2…saya ni siape kat rumah..perempuan nk lpaskn nafsu bile perlu…yaAllah ape harus aku buat…

  10. Suami saya bukan sahaja suka keluar malam hujung minggu pun keluar…. Tak hiraukan anak bini dirumah… Bila ditegur, dia tanya balik dgn kita,”Siapa awak nak halang2 saya….. Memang makan hati

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s