7 Tips Penting Untuk Isteri Bermasalah

Suatu pagi, dalam rancangan kaunseling keluarga, di salah sebuah rangkaian radio: Ustaz…. Sudah bermacam cara yang saya buat. Tapi, hati dia masih tak tergerak lagi nak sembahyang. Kadang-kadang tu saya beli kaset dan buku, semata-mata nak ajak dia sembahyang bersama. Saya ni teringin sangat nak berjemaah dengan suami, macam kawan-kawan saya yang lain…” Kes seperti yang disingkap tadi hanyalah salah satu daripada ribuan cebisan dan rempah ratus kehidupan manusia hari ini. Kisah yang benar-benar terjadi, yang perlu kita singkap segala hikmahnya.

Sudah menjadi fitrah manusia mahukan kebaikan dan kasih sayang. Namun begitu terdapat juga segelintir wanita yang bergelar isteri tidak dapat mengecap nikmat bahagia di samping suaminya. Ramai wanita yang merintih dan mengadu sikap suami yang ingkar dengan perintah Allah dan sering melakukan perkara di luar batasan agama. Bukan itu sahaja, malah ramai isteri yang buntu lantaran menjadi mangsa keadaan. Ada antara isteri yang dimaki hamun dan dipukul hanya kerana memujuk suaminya agar taat kepada Allah. Adakah kita boleh menyalahkan takdir yang menjadikan wanita itu insan yang lemah sehingga mereka menerima nasib sedemikian rupa? Sama sekali tidak. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengupas permasalahan ini berpandukan syariat dan menghakiminya dengan adil. Islam ada menyediakan garis panduan untuk umatnya yang menghadapi masalah sebegini. Masalah suami yang sudah hilang pedoman dan tersasar pegangan hidupnya. Bagaimanakah kita sebagai isteri mampu menyelesaikan masalah yang sebegini rumit? Berikut adalah beberapa tips dan panduan yang boleh kita ikuti dalam menangani masalah tersebut:

PERTAMA: INSAFI DIRI

Dalam hendak menegur suami, jangan sekali-kali merasa diri sudah baik atau lebih baik daripada suami. Walaupun kita sudah boleh bersembahyang dan mengerjakan perintah Allah, tapi cubalah renungi diri kita kembali. Adakah selama ini kita begitu ikhlas dalam beribadah kepada Allah? Apakah ibadah kita sudah sempurna dan diterima Allah? Mungkin juga selama ini, kita banyak melakukan perkara yang boleh merosakkan ibadah contohnya mengumpat dan mencela. Kalau kita sentiasa mengenang kelemahan dan kekurangan diri, tentu kita tidak akan memandang hina kepada suami sehingga apabila kita menegurnya, teguran itu penuh dengan kelembutan dan hikmah. Suami tidak merasa `sakit’ atau terhina dengan teguran itu.

KEDUA: BANYAKKAN BERSABAR

Kita juga seharusnya menerimanya sebagai satu dugaan daripada Allah. Allah mahu melatih dan mendidik hati kita agar sabar dalam kehidupan serta matang mengendalikan masalah. Jangan kita terlalu gopoh serta hendakkan hasil yang cepat sehingga cara kita menegur pun seolah-olah mendesak serta mengajar suami.

KETIGA: BAIKI DIRI SENDIRI

Sentiasalah membaiki diri serta menghias diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, redha, berpada-pada dengan apa yang ada dan lain-lain. Akhlak yang baik akan menambat hati suami lantas dia akan mudah mendengar nasihat yang kita berikan.

KEEMPAT: MELAYANINYA DENGAN BAIK

Walaupun derita yang dirasa, namun tugas sebagai isteri tidak boleh diabaikan. Kita wajib menghormati, melayani serta memuliakan suami. Dosa yang dilakukan oleh suami adalah urusannya dengan Allah. Ia tidak menggugurkan kewajipan kita terhadapnya. Justeru kalau kita pun tidak mahu melayaninya, konon sebagai protes terhadap keingkarannya itu, maka kita juga bersalah dan berdosa. Tentu suami akan berang, sudahlah kita tidak menunaikan tugas sebagai isteri, pandai-pandai pula hendak menegurnya. Sampai bila pun dia tidak akan mendengar nasihat kita.

KELIMA: MENEGUR DAN MEMUJUK DENGAN BERHIKMAH

Air yang menitik perlahan, mampu melekukkan batu yang pejal. Begitulah, perumpamaan yang begitu sesuai untuk kita. Walaupun kita begitu sukar untuk menyedarkan suami kita, tetapi usaha itu perlu dilaksanakan secara perlahan-lahan dan berterusan. Dengan usaha yang sebegini, insya-Allah ia akan membuahkan hasil yang lebih baik dan berkesan. Sebagai contoh, apabila suami kita jarang bersembahyang, maka biarlah kita yang menggantikan peranannya. Kita sendiri boleh menjadi imam kepada anak anak kita ataupun membaca al-Quran bersama-sama mereka selepas menunaikan solat berjemaah. Secara tidak langsung, apabila seorang ayah melihat isteri dan anak-anaknya ikhlas beribadah kepada Allah, setidak-tidaknya dia akan berubah sedikit demi sedikit. Selain itu, kita boleh membeli beberapa kaset, video panduan dan buku-buku agama yang berkisar tentang cara perlaksanaan solat dan ibadah-ibadah lain. Hadiahkanlah kepadanya pada hari istimewa seperti hari kelahirannya atau hari ulang tahun perkahwinan. Kita juga boleh menulis surat sebagai bicara hati dengan menggunakan bahasa yang baik dan berhikmah. Semoga hatinya akan dapat menerima hidayah Allah di akhir nanti.

KEENAM: MEMINTA BANTUAN PIHAK KETIGA

Kebiasaannya, seseorang suami itu mempunyai rasa ego apabila kesalahannya ditegur oleh si isteri. Perkara ini mungkin membawa kepada perselisihan faham dan membawa perpecahan dalam keluarga. Justeru itu, adalah lebih baik sekiranya kita meminta bantuan daripada pihak ketiga untuk menasihati suami. Mereka yang kita pilih mestilah dihormati juga oleh suami. Melalui mereka bolehlah kita mencurah rasa hati dan mengajak suami agar taat kepada Allah serta meninggalkan perkara yang dimurkai-Nya. Mungkin mereka terdiri daripada ahli keluarganya, jiran, teman, ayah bondanya ataupun orang yang baik pengamalan agamanya. Semoga dengan nasihat daripada orang yang lebih dihormatinya itu akan memberi kesan yang mendalam di hatinya. Umpama tanah di lembah, ia akan subur apabila air hujan menyiraminya.

KETUJUH: BERDOA DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH

Sebagai seorang mukmin, setiap perkara yang kita usahakan perlulah disertai dengan tawakal. Kita sewajarnya berdoa kepada Allah, agar dia melimpahkan hidayah kepada keluarga kita lebih-lebih lagi kepada suami. Doakanlah juga semoga kita terus kekal hidup di landasan Islam yang sebenar. Semoga dengan doa yang berterusan, ia akan diperkenankan oleh Allah. Sesungguhnya, Allah tidak mempersia-siakan segala usaha dan doa hamba-Nya yang beriman. Allah ada berfirman: “Berdoalah kepada Aku, akan Kuperkenankan permintaan itu.” Masalah yang kusut akan terlerai jika kena gaya dan caranya. Apabila kita merasakan suami kita jauh daripada hidayah, maka kitalah yang berperanan besar untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar. Walaupun mereka telah tersasar jauh dari landasan syariat, usahlah kita berburuk sangka serta memandang rendah kepada mereka. Apatah lagi untuk putus harapan dengan Allah!

Sumber : http://www.keluarga.net.my


Isteri Dingin? Rahsia Mengghairahkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.

18 thoughts on “7 Tips Penting Untuk Isteri Bermasalah

  1. skrg ni saya ada masalah besar dgn suami sy.skrg ni die nak bercerai dengan say.sebab die ckap sy ni curang.sy n suami berjauhan sbb sy belajar kat shah alam.die d terengganu.sy nak balik tp die ckap die dah xnak jmpa saya.mcmana sy nak pujuk hati die skrg ni??tlg la sya…

    • aslmkm ain, akak mmpunyai masalah yang sama & serupa dgn ain. Akak tlh melakukan sesuatu tanpa izin suami iaitu sanggup bertukar tmpt krja dari kl ke melaka semata2 utk mgmbil kmbali anak sulung kami yg ditggalkan sejak lahir hgga skg berumur 9 thn. setelah 8 bln merasa ditinggalkan,suami akk tdk mahu mgizinkn akk blk lagi ke kl lbh2 lg pd hujung mggu. baru2 ini dia tlh brterus-terang x mau akk kmbali lg dan bertaklik akn jatuh talak 3 klu akk blk juga tnpa pgtahuan @ izinnya. tp smpai skg dia tdk izin akk blk pun. akk mmg rasa trtekan sgt dgn tndakn suami ini.

  2. asalamualaikum..sy bnr2 mmlukan org yg pakar dlm mnyelesaikan hal rumah tangga….sy ni sdh mluk islam slama 5 thn dan dh brumah tangga slama 5 thn.Tp sy ada mslh dgn sikap suami sy..tlg la sy selesaikan mslh ini.

  3. Assalammualaikum kaum ibu semua,…

    Msalah saya lain pula…
    Sila berikan pandangan secara jujur..dan bersifat menyelamatkan rumahtangga saya.

    Saya telah berkahwin selama 15 tahun dan mempunyai 5 orang cahaya mata…,semuanya comel-comel. Ini mungkin kerana isteri saya seorang yang comel juga.

    Saya telah melalui pelbagai asam garam dalam perkahwinan saya. Tetapi satu kesilapan telah berlaku di mana sekitar tahun 2008 iaitu apabila saya dan isteri mengambil keputusan untuk berniaga…,dipendekkan cerita business itu terlingkup. Dan, kami mula menyalah satu sama lain. Kami mengambil keputusan untuk bekerja makan gaji semula. Tetapi dalam tempoh 8 bulan tidak bekerja, tekanan makin menjadi-jadi. Isteri saya makin membenci saya, tidak ada kerja, cuma jadi assitant kepada abang ipar saya buat kerja electrik…dapat sikit saya bagi dia sikit…sekitar 20-30 hinggit sehari..
    Tetapi rupa-rupanya sepanjang itu…,ada dendam kesumat yang masih tersemat didalam hatinya…semua kisah lampau saya diungkit, menyesal berkahwin dengan saya dan sebagainya.
    Saya telah bermuhasabah diri dengan drastik, kalau dulu saya tidak pernah memijak tikar sembahyang sekarang saya sudah meringankan diri mengerjakannya termasuklah solat2 sunat yang berkaitan…dan sering memint apertolongan yang maha esa…
    Akan tetapi yang amat mendukacitakan saya…dia hanya menunggu masa rupa-rupanya…
    Alhamdullilah…,selepas perit getir iaitu selepas Syawal tahun lepas…,isteri saya telah mendapat pekerjaan semula yang ada kaitan pengalamannya iaitu dalam bidang perubatan di salah satu Hospital Swasta di Melaka. Saya pula, dua minggu kemudian dapat kerja di Kuala Lumpur…,pada permulaannya kami amat gembira kerana beranggapan masalah kewangan telah berakhir…tetapi sepanjang 8 bulan jobless..,banyak hutang yang tertunggak…surat lawyer/ mahkamah penuh peti surat…kami tertekan lagi…,oleh kerana gaji saya besar sedikit…hutangnya tak banyak sedikit saya tampungkan terlebih dahulu …sementara saya buat rayuan di AKPK untuk meringankan beban hutang…,selam 6 bulan ada dok menyelesaikan tunggakkan…belum cerita lagi, kereta kami pun terjual semasa tidak bekerja…setelah namanya bersih di cicriss saya menggunakan kenalan yang ada untuk memohon pinjaman kereta…tetapi selalu gagal sebab rekod tidak bersih…,isteri saya melenting semula…dia mula mengugut saya kalau tidak dapat kereta dia akan mula mengikut jantan lain pergi dan balik kerja…,dia juga memberitahu ada lelaki yang offer dia apa sahaja kalau dia nak ikut lelaki itu…itu tekanan pertama yang saya hadapi…,tetapi saya gahkan jugak naik turun bank untuk mencari cara macam mana nak selesaikan kemelut ini. Kemudian ada bank yang sanggup tetapi dengan downpayment yang agak tinggi…sekali lagi budget saya lari sebab nak mengadakan deposit..dan perbelanjaan dia terpaksa saya catu…dia melenting juga…tetapi saya buat tak tahu dan sabar…saya akhirnya dapat mengeluar sebuah VIVA untuk dia dan anak-anak di Melaka…saya sanggup naik turun bas di KL…,tetapi lain jadinya pula…setelah ada kereta…perangainya semakin berubah…lebih suka mencantikkan diri..dan lebih seronok berpakaian tidak senonoh…dan seperkara lagi sering menyanjung orang lain di depan saya…dengan menceritakan gaji orang itu besar dan sebagainya…apabila ditegur..terus melenting dan semua kain baju di rumah di selerakkan…dan yang lebih tergamak terluah dari hatinya…”awak sudah tiada lagi dihati saya” hati saya dah kosong….sesiapa saja boleh masuk….awak kan takder sini….itu lebih baik…..awak nie menyusahkan kerja saya sahaja”….,
    kemuncak perbalahan kami ialah pada 9hb September ( baru jer puasa )….,saya telah mendapat ‘rasa’ dia ada hubungan dengan lelaki lain…anak-anak saya pun telah memberikan sedikit maklumat kepada saya…dia sering keluar malam dengan alasan “on call”…( tetapi memang benar dia bekerja )…,ruang “on call” telah digunakan olehnya untuk berhubungan rupanya. Saya telah setkan caller divert ke handphone saya…,bagai nak runtuh langit apabila call sampai ke saya dan saya tanya apa hubungan dengan isteri saya…lelaki itu mengaku telah berhubungan dengan isteri saya sekian lama dan dia hanya suka-suka dengan isteri saya…dan dengan nada tidak sopan memarahi saya kenapa nak bergaduh pasal perempuan. Dia mungkin tidak mengerti apa maksud “perempuan” dan apa maksud “isteri orang”.
    Apa yang mendukacita saya ialah dia pernah memberi perangsang kepada saya supaya bersama-sama membaiki kesilapan lalu dan saling mempercayai…,dan pandai menilai yang mana baik dan yang mana buruk…kononnya saya tidak harus berperasangka kepada dia memandang sorang di Melaka dan sorang di KL.
    Semenjak peristiwa ‘tertangkap” itu…,isteri saya semakin berani mencabar kuasa taklik yang ada pada saya…,dia menjadi semakin kemaruk mencari kesalahan saya….,atau paling murahan taktiknya ialah menimbulkan kemarahan saya….tak putus2 dari mulutnya meminta dilepaskan/diceraikan kerana ingin punya kehidupan sendiri katanya. Mungkin ini hasil hasutan syaitan yang mengelilingnya saban hari di tempat kerja. Isteri saya memang diketahui seorang yang suaminya kerja berjauhan di kalangan doktor-doktor / kakitangan2 / vendor2 lelaki di situ. Perasaan dendamnya terhadap kisah lampau saya telah diasah dengan begitu berkesan sekali terhadap isteri saya.

    Saya menjadi teramat buntu, setiap hujung minggu apabila saya balik menjengahnya dan anak-anak…,ada sahaja punca kelahi dan pertengkaran….anak-anak sudah bosan dan yang nombor tiga pelajarannya semakin merosot. Menurut anak-anak…. isteri saya terus mencantikkan diri…,balik kerja terus baring dengan alsan penat…,bangun selepas maghrib….,mandi dan terus berada depan cermin berjam-jam….jam 10malam ada “on call”…,berseri-seri dan wangi meninggalkan rumah….,belum lagi bab pakainan…kalau tak pakai yang nama buah dada….tidak sah! Tetapi dengan raut muka bergitu sinis…menyindir saya bahawa dia tahu halal haram…dan suruh saya cerminkan diri dulu sebelum menegurnya…Anak perempuan saya yang bertudung teramat malu…malam semalam di Melaka pun saya curi – curi keluar dengan anak perempuan saya di tebing sungai melaka untuk berbincang mengenai masalah Mummynya. Kami menagis bersama di situ.
    Hati suami mana yang tidak menjadi buntu jika berhadapan dengan keadaan ini..? Saya sudah tidak boleh menegur…,saya sudah hilang kelayakkan sebagai suami kerana saya lelaki yang hina di sisinya dan kenalannya…memang keterlaluan jika saya katakan saya pernah mengancam minum racun tikus dihadapannya…pandai pula di berceramah pasal Tuhan masa tu.
    Tetapi jika saya sudah berusaha untuk menaikkan taraf keluarga saya…,kenapa isteri saya melakukan usaha-usaha menghancurkannya…, balasan Allah apakah ini ?
    Atau saya tidak cukup berusaha?
    Atau saya belum cukup ilmu dalam mendidik isteri?
    Atau dia sudah ada yang berjanji untuk menjaganya lebih baik?
    Saya tidak kisah kalau orang itu jenis yang bertakwa kepada Allah…tetapi janganlah dia masuk ke kancah kemungkaran, zina dan maksiat…kerana walaupun saya bercerita panjang lebar…,kesilapan lalunya tidak pernah saya ceritakan pada sesiapa…kecuali kemelut yang berlaku sekarang….itu pun sebab saya inginkan pandangan dari sudut hati seorang perempuan atau pun seorang yang ibu….seperkara lagi …,ini adalah kerana saya sangat sayangkan isteri saya…

    Saya tidak kisah kalau ingin memberikan pandangan / nasihat di forum ini atau ada yang ingin memberi pandangan peribadi …,boleh terus email ke saya….serimelaka@gmail.com

    Saya sudah buntu dan sudah berkira-kira ingin mengambil jalan seperti yang dimintanya…..

    Sekian Insyaalah kita berjumpa selepas ini…

    • Salam Bro,

      Kalau ada masalah kewangan hang p jumpa AKPK. Betul la tu.

      Masalah r/tangga awat hang x p sama2 jumpa kaunselor MAIJ?

      Seorg ibu 5 anak bila telah khayal dgn keduniaan payah nak sedar. Hope for the best, expect for the worst. Moga kita semua mendapat HIDAYAH!

  4. Salam kembali,

    Memang ada perancangan…,tetapi dia suruh saya seorang yang pergi.
    Dia lagak macam boss besar…,siap cakap “aku dah ready…,tak heran apa kau nak buat”

    Saya tak pasti…,”benda” yang saya dok pertahankan nie “benda elok” ataupun tidak.

  5. Ayah Pis (Bkn Ayah Pin),
    Penyakit cinta golongan dewasa (30an keatas) nii mmg teruk. Lagi ditegah lagi menjadi seakan anak kecil kita bila kita marah lg dibuat.

    Kawan mmg nak beri pandangan secara jujur tp bila baca statement hang kat ataih tu mintak pandangan yg boleh menyelamatkan r/tangga hang so, i reserved my comment.

    Hope, ada forumer2 lain tolong bg input sikit. Kebayan mana? Kebayan?

  6. ayah peace .. mungkin memang benar dia sendiri tidak mahu meneruskan perkahwinan ini .Dia berkelakuan sebegini sebab jiwa dia sendiri memberontak.Hanya awak berdua yang tahu ..Kadang kadang perpisahan itu jadi hikmah untuk meleraikan jiwa jiwa yang menderita ..

  7. Assalammualaikum…,

    Saudara Zidane tak perlulah sekat apa-apa pandangan yang ingin diberi…,sekarang ini saya terima sahaja apa-apa pandangan kerana saya memang memerlukannya.

    Pandangan Kebayan bahawa dia memang tidak ingin meneruskan perkahwinan ini ,..itu memang selalu dia ucapkan…,tetapi mengenai hanya kami yang tahu…,setahu saya…,rasa saya dia sedang keliru antara mahu kehidupan sendiri atau sayangkan keluarga…

    Saya pernah memberitahu dia…,jika dia mahu kehidupan sendiri…dia akan dapat dengan mudah…tetapi dia takkan dapat semula apa yang dia pernah kecapi. Masa tu dia terus terdiam. Saya tak tahu apa yang disedang fikir dan rancang.

    Jadi kepada semua, harap boleh memberikan saya peransang untuk menghayun kemelut ini jauh-jauh.

  8. salam ayah peace .. dalam kesibukan awak menghambat masa untuk memperbaiki taraf hidup .. awak lupa untuk meluangkan masa pada insan yang berada disisi awak .Isteri awak sebenarnya kesunyian sebenarnya .. dalam erti kata lain .. hatinya sudah lama jauh dari awak lantaran kesibukan awak .Diburukkan keadaan dengan tekanan sampingan yang datang kerana kegagalan perancangan.Sudah lama dia memendam rasa akan keadaan ini .
    Ayah peace .. buat masa ini .. kata nasihat ibarat minyak yang menyiram api .Apa yang perlu awak lakukan , cubalah mengambil hatinya kembali .Mulakanlah perasaan berkasih sayang seperti baru baru berkahwin dulu .Sebenarnya .. itu yang seorang isteri dambakan .. kasih sayang .. perhatian ..pujian ikhlas dari sang suami .. buatlah dirinya dihargai.

  9. Salam kebayan,

    Itu lah yang saya laku…kalau dulu saya balik ke melaka hanya pada ujung minggu…kebelakangan ini ( semenjak bulan puasa )…,saya balik juga pada selasa atau rabu…khamis pagi ker bergegas ke KL sambung kerja sehingga sabtu kerana ingin meluangkan masa bersama dia dan anak-anak.

    Balasan yang saya terima………”kenapa kejap-kejap balik! rimas aku ! masalah betullah kalau awak ada!”
    Mungkin sebab saya selalu menegur dan nasihat sesuatu yang dia suka tetapi saya tak suka..macam biasalah…masalah pakaian, keluar malam …. dbsnya…

    Soal menerapkan perasaan kasih sayang…
    Bila saya terhidu “perangai baru” dia…,bila balik melaka…saya bawa dia ke tempat-tempat romantis dulu masa bercinta…bercerita semula keindahan masa lalu…dan sebagainya…pergi ke gerai makan sejak 15 tahun dulu…sempat juga saya bawa dia ke Jakarta dan Bandung untuk shopping baju anak-anak dan juga sempena ulang tahun perkahwinan kami…seminggu sebelum puasa…tetapi semua itu tidak tercalit unsur kebaikan pada diri dia…memang benar hatinya telah jauh..ditambah lagi saya tidak boleh bersama dia di kebanyakkan masa bersama dia…

    Sekarang anak-anak menjadi pemberi maklumat…
    Baru sekejap yang sulung telefon…semalam dia takder aktiviti malam….malam nie tak tau lagi…
    Itulah kerenahnya…samada balik lambat sehingga jam 9malam…atau balik awal…tido sekejap…8malam keluar sehingga jam 11-12malam…alasan “on call”
    Tetapi saya paksa diri saya berfikiran positif supaya tidak jatuh fitnah terhadap isteri sendiri…saya juga tidak tahu tahap mana kemungkaran yang telah berlaku…

    Tetapi dari perubahan dirinya…tanggungjawab ke anak-anak telah kurang…,bilik tidur saya dan dia di melaka…dan macam bilik bujang…tiap2 kali saya balik…saya yang kemas…baju anak2 yang telah dicuci berlonggok selama seminggu ….saya jugak yang lipat..sorting dan susun cantik2…dia….penat sangat melayan kerenah kerja katanya…saya di KL, saya apa saya tahu katanya….he..he..he..( lucu kan? )Tetapi bila bab nak keluar…orang mesti tak percaya dia sebenarnya berantakkan di rumah…

    Kebayan cuba bayangkan kalau saya tak balik sebulan?

    Maaf semua…,saya menulis panjang.
    Ini mungkin kerana …inilah pertama kali saya meluah, berkongsi dengan orang lain masalah saya.
    Sebelum ini saya hanya memendam.
    Dan seperkara lagi,…kemelut kali ini dirasakan perlu ditamatkan segera.
    Itu yang saya masuk ke forum ini walaupun tanpa diundang untuk mendapat sedikit nasihat dan langkah sepatutnya…dan juga untuk melegakan hati.

  10. Ayah Pis, pernah dengar x ahli ilmuwan agama ada kata cari/kenali diri sendiri dahulu barulah kenali Tuhan.
    Disini bknlah kwn nak cerita psl istilah tasawuf ka apa ka.

    Dlm hal ini mungkin anda blum mengenali personaliti pasangan anda. Adakah anda benar2 tahu siapa dia sblum ber/tangga dulu. Adakah dia seorg wanita playgirl, pakwe keliling pinggang, gadis genit menjd pujaan ramai? Perempuan nii bila2 masa shj kenangan dahulu yg indah2 boleh “ignite” dlm diri mrk. Suami sewajarnya bijak bermain dgn “imaginasi” dan “emosi” yg ada dlm diri isteri.Semstinya 2 perkara tersebut tdk boleh dicabar oleh “kuasa/power” dlm diri lelaki. Suprisingly, elemen kuasa tersbut akn kalah dgn unsur imaginasi/emosi tadi.

    Isteri anda telah ada org ke-3, setuju? Sebenarnya andalah yg telah membuka ruang kearah itu. Dgn harapan takpelah, bersangka baik, tawakkal saja. Tawakal sebenarnya adalah apabila kita meninggalkan/parking kereta 5 Series kita dlm keadaan berkunci bkn dgn keadaan keempat2 pinti terdedah.

    p/s: Sorry nnt sambung lg, ada mesyuarat perwakilan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s