Herba untuk kesihatan seksual

Soalan 1:

Sebaik memasuki usia 50-an, saya dapati keinginan seks semakin menurun dan sering keletihan. Walaupun ada banyak ubat yang berada di pasaran, saya lebih berminat untuk alternatif lain yang lebih selamat dan mesra pengguna untuk tempoh jangka panjang. Apakah herba yang boleh diambil untuk meringankan masalah yang dihadapi?

Penggunaan herba sejak berkurun lamanya menunjukkan ia bermanfaat dan selamat digunakan sekiranya diambil dengan dos yang sepatutnya. Antara herba tradisional adalah puncture vine, yang digunakan dalam perubatan ayurvedik sebagai tonik perangsang seks dan digunakan untuk meringankan masalah berkaitan dengan seksual.

Horny goat weed atau nama saintifiknya epimedium sagittatum adalah antara herba yang bertindak sebagai agen afrodisia yang boleh meningkatkan keinginan seks dan masalah seksual termasuk memperbaiki tahap ereksi lelaki. Horny goat weed bukan saja baik untuk lelaki, tetapi juga bermanfaat bagi wanita untuk melegakan gejala menopaus.

Muira puama juga bermanfaat untuk membantu mengekalkan ereksi. Begitu juga dengan Ginkgo dan Ginseng yang mendapat kepercayaan oleh masyarakat terdahulu sebagai herba yang meningkatkan peredaran darah yang sihat serta berperanan dalam meningkatkan tenaga, manakala Withania pula bermanfaat untuk fungsi saraf yang sihat dan sebagai tonik untuk melawan tekanan emosi.

Soalan 2:

Saya mengalami masalah pembuangan air kencing yang kerap dan ia makin ketara sejak kebelakangan ini. Selain itu, saya kurang berkeinginan untuk bersama isteri. Adakah ia berkaitan dengan masalah ini dan apakah faktor lain yang menyumbang kepada kemerosotan keinginan seks di kalangan lelaki?

Masalah kencing yang kerap yang disebabkan oleh pembesaran prostat boleh berlaku seiring dengan peningkatan usia. Begitu juga dengan kemerosotan keinginan seks yang dikaitkan dengan faktor penuaan, akibat perubahan paras hormon testosteron.

Biji labu dan saw palmetto adalah antara herba popular yang sudah lama digunakan oleh pakar herba dan ahli naturopati untuk merawat masalah prostat. Keberkesanan herba ini dipercayai akibat kandungan asid lemak perlu yang tinggi, zink dan sterol tumbuhan. Gabungan kedua-dua herba ini iaitu saw palmetto dan biji labu menghasilkan kesan yang baik, iaitu melegakan gejala pembesaran kalenjar prostat seperti kencing yang kerap dan sebagainya.

Masalah kemerosotan boleh diburukkan lagi dengan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan diabetes. Penghidap diabetes lebih cenderung mengalami gejala kemerosotan kesihatan seksual lebih awal berbanding dengan mereka yang sihat, iaitu tiga kali ganda untuk mengalami masalah ereksi yang serius.

Dianggarkan 35 hingga 50 peratus lelaki diabetes mengalami mati pucuk. Bagi penghidap tekanan darah tinggi, ia boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan keras, lalu menjejaskan pengaliran darah ke penis, sekali gus menjejaskan kualiti ereksi.

Lelaki yang mendapat rawatan penyakit kardiovaskular berisiko empat kali lebih tinggi mendapat masalah disfungsi erektil yang serius berbanding dengan lelaki yang sihat. Bagi mereka yang mengalami pembedahan, terutama pembedahan pada pundi prostat yang memungkinkan kecederaan pada saraf di bahagian alat kelamin juga berisiko untuk mengalami masalah ini.

Masalah psikologi seperti gangguan emosi, kemurungan, rasa rendah diri, tekanan, masalah rumah tangga dan bimbang mengenai prestasi seksual juga turut menyumbang. Faktor yang berkaitan dengan kesihatan emosi ini dikatakan boleh menyumbang antara 10 hingga 20 kepada kejadian lemah syahwat.

Amalan gaya hidup sihat juga amat perlu. Elakkan daripada merokok, pengambilan pil khayal, diet yang tidak sihat dan paras kolesterol yang tinggi boleh memburukkan masalah sedia ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan, sila hubungi penasihat kesihatan pelanggan BiO-LiFE di talian 03-77287407 (Isnin-Jumaat: 9 pagi hingga 6 petang) atau e-mel kami: health@biolife.com.my



Teknik Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

One thought on “Herba untuk kesihatan seksual

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s