Suami kaki pukul

Bersama: NUR FADHLIN MOHD YUSOF

SOALAN
SUAMI saya seorang pemarah dan sering mengasari saya. Saya selalu dipukulnya sehingga cedera parah dan dia kerap merosakkan barang-barang rumah.

Saya ada menyuarakan keinginan untuk berpisah dengannya tetapi dia mengugut akan mencederakan saya jika saya membuat permohonan cerai. Kami telah mendapatkan khidmat kaunseling di JAIS sejak tahun lalu namun tiada tanda-tanda yang dia akan berubah sikap. Saya sudah tidak sanggup untuk meneruskan kehidupan sebegini. Apakah yang patut saya buat?

– Siti Sarah,Shah Alam, Selangor.

———————

JAWAPAN

Situasi yang puan alami merupakan sejenis keganasan rumahtangga. Keganasan yang berlaku dalam institusi kekeluargaan merupakan suatu kesalahan jenayah; ikatan perkahwinan sama sekali tidak memberi hak kepada seseorang untuk bertindak kasar terhadap pasangannya. Tambahan pula, agama Islam mengajar bahawa perhubungan antara lelaki dan wanita perlu berlandaskan perasaan saling sayang-menyayangi dan kasih-mengasihani (Surah Ar-Rum ayat 21).

Seksyen 2 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 mentafsirkan ‘keganasan rumahtangga’ sebagai mana-mana perbuatan berikut:

(a) mengugut untuk mencederakan mangsa;

(b) mencederakan mangsa secara fizikal;

(c) memaksa mangsa melakukan apa-apa perbuatan baik berbentuk seksual atau tidak;

(d) mengurung atau menahan mangsa;

(e) merosakkan harta benda untuk menakutkan mangsa.

Dari sini, jelaslah bahawa suami puan boleh didakwa sebagai pesalah keganasan rumahtangga. Terdapat beberapa jalan yang puan boleh ambil bagi menyelesaikan masalah ini, yakni:

(a) memohon Perintah Perlindungan daripada mahkamah;

(b) menuntut pampasan;

(c) memohon cerai secara fasakh.

Secara ringkasnya, Perintah Perlindungan berfungsi menghalang suami puan daripada menggunakan keganasan ke atas puan. Perintah ini dikeluarkan dalam dua peringkat: Perintah Perlindungan Sementara dan Perintah Perlindungan Muktamad.

Perintah Perlindungan Sementara dikeluarkan atas tujuan melindungi mangsa keganasan rumahtangga sementara kes disiasat oleh pihak polis. Untuk mendapatkan Perintah ini, puan perlu membuat aduan ke balai polis yang berhampiran dengan tempat tinggal puan. Dalam laporan itu, puan perlu menyatakan segala bentuk ugutan dan keganasan yang pernah dilakukan oleh suami terhadap puan.

Selepas membuat laporan, puan akan diberikan resit untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan di mana-mana hospital kerajaan. Seterusnya, serahkan sesalinan surat pengesahan dan laporan doktor pemeriksa yang diperoleh kepada Pegawai Penyiasat yang mengendalikan aduan puan.

Pegawai tersebut akan mengeluarkan surat saranan untuk puan memohon perlindungan sementara. Surat ini dialamatkan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat yang akan membawanya kepada Majistret bagi mendapatkan Perintah tersebut. Perintah Perlindungan Sementara ini berkuatkuasa sehingga siasatan atas aduan puan selesai.

Selepas siasatan kes puan tamat dan suami puan didapati bersalah, Perintah Perlindungan Muktamad akan dikeluarkan. Perintah Perlindungan juga boleh mengandungi syarat-syarat berikut:

(a) supaya suami puan meninggalkan rumah biarpun rumah itu adalah miliknya;

(b) dia tidak boleh memasuki kediaman puan melainkan dengan kehadiran polis;

(c) dia tidak boleh menghubungi puan sama ada secara bertulis mahupun elektronik;

(d) dia memberikan kenderaan yang puan gunakan selama ini kepada puan.

Perintah ini berkesan bagi tempoh setahun daripada tarikh ia dikeluarkan dan ia boleh diperbaharui jika suami puan melanggar syarat-syarat di bawahnya. Perintah ini juga boleh diperbaharui bagi tempoh setahun lagi jika Mahkamah berpuashati yang ini merupakan langkah terbaik demi keselamatan puan tetapi lanjutan ini tidak boleh dibuat lebih daripada itu.

Memandangkan puan mengalami kecederaan dan kerosakan harta-benda akibat perlakuan suami, Mahkamah boleh memerintahkan agar puan dibayar pampasan yang setimpal termasuk nilai kesakitan yang dialami akibat kecederaan; kos perubatan; kerugian daripada kehilangan pendapatan; dan nilai harta-benda yang dirosakkan.

Selain itu, puan juga mempunyai alasan yang kukuh untuk membuat permohonan perceraian secara fasakh di Mahkamah Syariah. Seksyen 53 (1) (h) (i) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan bahawa sekiranya suami lazim menyakiti isterinya atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya, isteri tersebut bolehlah memohon untuk mendapatkan perintah pembubaran perkahwinan di Mahkamah.

Kami juga menasihatkan puan mendapatkan khidmat bantuan Pertubuhan Pertolongan Wanita (Women’s Aid Organisation) di talian 03 7956 3488 atau hantarkan e-mel kepada wao@po.jaring.my untuk mendapatkan pertolongan mereka.

Pertubuhan ini ada menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk, antara lain, khidmat kaunseling dan juga rumah perlindungan bagi wanita yang menghadapi masalah seperti puan. Alamat rumah perlindungan ini dirahsiakan demi keselamatan penghuni-penghuninya.

– Nur Fadhlin Mohd Yusof Pegawai Undang-Undang Sisters In Islam.

Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada Sisters In Islam di alamat No. 7, Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya, Selangor atau telefon ke Talian TeleNisa di 03 77843733 pada setiap hari Isnin, Khamis dan Jumaat atau e-mel kepada: sistersinislamlegalclinic@yahoo.com

5 thoughts on “Suami kaki pukul

  1. sy seorg isteri yg berusia 28 tahun. suami sy berusia 31 tahun. kami telah berkahwin di thailand. masih belom mendaftar di malaysia. suami sy tidak bekerja dan baru habis belajar dan sedang menunggu panggilan untuk mengajar (bakal guru).
    sy sgt terkejut,die memukul sy dgn menampar mulut sy sehingga berdarah dan tekoyak bahagian bibir serta memukul bahagian bahu dan belakang sy berkali2 tanpa henti sehinggalah ibu sy mendengar dan menghentikan perbuatannya itu. sy sakit sehingga tangan sy tak boleh bergerak. alasannya ialah kerana sy lewat menunaikan solat zohor pd ketika itu jam sudah 4pm.
    die menengking2 sy dan terus memukul sy tanpa rase bersalah. malah die ckp dlm islam pon die wajib memukul sy jika sy bersalah. apakah yg harus sy lakukan? sy sgt keliru.. kerana de masih tdak ade rase bersalah. perlukah sy membuat laporan polis? sy sgt trauma. tlgla sy

    • saya juga mengalami perkara yg sama..berkahwin di thailand n masih belum mendaftar..suami sy seorg yg pemarah dan kaki pukul..puan ada hak untuk melaporkn kepada polis..itu untuk keselamatan..
      puan boleh suruh suami mendaftar dan membuat sumpah di mahkamah jika dia terus memukul puan maka talak akan jatuh..lebih baik jika puan melapor dari badan terus terseksa..

    • Buatlah laporan polis…nasib kita sama sekarang..sy dipukul di rumah org tua sy pd hr raya prtama..sy buat laporan dibalai polis pd hr ry kedua..terus dpt surat utk ke hospital..sy ditahan wad krn sawan ekoran kejadian itu..sy juga brnikah di Hatyai pd tahun 2012 dan blom daftar disini..alasan suami tidak cukup wang dan byk lagi alasan dia kemukakan..

  2. Saya seorang isteri, kami baru berkahwin selama 2 bulan.. Baru2 ini kami bergaduh kerana sifat cemburu buta dan perselisihan faham.. Kami bergaduh dan dia memukul sy, menghentak kepala sy di dinding dan menampar muka saya hingga pecah bibir saya.. Namun selepas 2,3 jam kami berbaik kerana saya mengalah dan meminta maaf.. Namun selepas seminggu, dia menggugut untuk memukul saya lagi. Dia sering berkasar dan marah2 walaupon bukan salah saya.. Cth : jem. Sy hanya mendiamkan diri sebab takut suami naik hantu lg. Tp jiwa saya tersiksa. Saya rasa masih terlalu awal utk bercerai. Apakah jalan terbaik bagi saya.

  3. 18sx…
    Kajian Menunjukkan… 70% Dari Para Suami Gagal Memuaskan Isteri Mereka (Klimaks Tak Sampai) Ketika Melakukan Hubungan Seksual !

    Satu dialog antara sepasang suami isteri…

    Suami : Macam mana Ayang, Ayang puas tak tadi?
    Isteri : Hmm… oklah puas…
    Suami : (Dalam hatinya… “puas jugak isteri aku ni… masih power aku ni…”)
    Isteri : (Dalam hatinya… “ kalau aku cakap tak puas nanti kecik pulak hati dia”)

    semua ini akan berakhir..pm saya jika berminat
    masalah rumahtangga/seks/
    add/pm saya di / facebook pacak pacak bera

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s