Tips Menggunakan Produk Kecantikan

PANDUAN untuk mereka yang menggunakan produk kecantikan untuk menjaga wajah dan badan.

– Lingkaran kedut atau garisan halus semakin menyerlah di dahi atau pipi. Jangan gunakan sebarang produk kecantikan jika khuatir bahan yang terkandung di dalamnya. Sebaiknya, tanya pakar kecantikan atau ahli farmasi jika bimbang terhadap kandungan bahan yang digunakan itu.

– Jangan terlalu mendedahkan produk kecantikan pada unsur panas kerana proses pencahayaan atau pancaran ultra ungu akan membakar serta memberi kesan kepada kulit wajah seseorang. Ini kerana, radikal bebas yang terdedah kurang berkhasiat serta kurang memberi kesan apabila digunakan.

– Berhati-hati dengan produk tiruan. Ia boleh dikesan menerusi label dan cara pakej yang memperlihatkan ciri-ciri hampir sama dengan produk asli. Produk mempunyai tanda hologram yang dicetak secara laser dan sukar ditiru, sekali gus memudahkan anda mengenal pasti keasliannya.

– Jangka hayat maksimum sesuatu produk adalah lima tahun namun ia bergantung kepada produk berkenaan. Produk cecair mempunyai jangka hayat lebih pendek. Jika tempohnya sudah melebihi jangka masa itu, jangan digunakan lagi.

– Beri perhatian terhadap proses atau tarikh pembuatannya yang tertera MAL.

– Jika produk kecantikan baru diperkenalkan, jangan terus disapu pada muka. Sebaliknya gunakan bahagian kulit tertentu seperti perut atau lengan untuk disapu supaya tidak memudaratkan muka anda.

– Jika ada kulat atau tumbuhan tertentu pada produk, jangan gunakan produk terbabit.

– Jangan mudah menukar produk yang biasa digunakan dengan produk baru.

– Jangan suka bertukar-tukar atau meminjam produk kecantikan orang lain kerana kulit mungkin tidak sama.

– Jika ada perubahan negatif secara mendadak, hentikan penggunaan produk itu. Sekiranya keadaan tidak berubah, berjumpalah doktor.

2 thoughts on “Tips Menggunakan Produk Kecantikan

  1. saya ada masalah, tolong bantu..muka saya dulu cantik, licin.skarang naik biji-biji kecil kat muka..saya tak pasti sebab apa, skarang makin banyak. dulu saya pakai tia dan juga ambil DHN..so macam mana?bulan depan saya nak naik pelamin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s