Menguruskan khunsa

SOALAN: Mengenai khunsa, bagaimana hukum berurusan dengannya dan apabila mereka meninggal dunia, bagaimanakah hendak menguruskan jenazah mereka?

– Ismail Bajuri, Kota Kinabalu, Sabah.

——————-

Jawapan: Imam kita Nawawi telah mengatakan bahawa khunsa ada dua jenis iaitu pertama, yang ada dua alat kelamin, wanita dan lelaki, kedua, yang tidak mempunyai sebarang alat tersebut selain jalan keluar najis sahaja. Adapun khunsa jenis pertama ini dapat dikenali dengan cara kencingnya, kalau kencingnya melalui alat kelamin lelaki sahaja maka dia dikira lelaki atau sebaliknya maka dia dikira wanita. Tetapi kalau kedua-duanya berhenti serentak maka perlulah dilihat mana yang dulu keluar. Sekiranya ia bermula serentak maka dikira dengan yang paling terkemudian selesainya. Tetapi kalau yang satu alat itu terlebih dulu berfungsi maka yang dahulu itulah yang dikira dan diambil hukumnya dan kalau bersama pada kedua-duanya (keluar dan berhenti ) maka dikira termasuk dalam hukum khunsa musykil yang mempunyai hukumnya yang khusus. Begitu juga haidnya. Tetapi disyaratkan keadaan itu berulangkali berlakunya sebagaimana apa yang ditetapkan oleh Syaikhan (Nawawi dan Shafie). Adapun hukum khunsa musykil itu panduannya kenalah diambil dengan cermat dan selamat serta ditinggalkan apa yang diragui pada hak mereka, iaitu seperti hukum wanita dalam masalah masuk bilik mandi air panas, cukur kepala, bulu ari-ari, azan dan iqamat, aurat, kafan, pengurusan jenazah dan lain-lain. Manakala dalam beberapa masalah lain dia dikira seperti lelaki, iaitu dalam hukum memakai pakaian sutera, perhiasan emas dan berdiri semasa menjadi imam bagi kaum wanita di depan mereka, bukan di tengah mereka seperti imam wanita biasa kerana dikhuatiri mereka dari kalangan lelaki dan haram mengkhatankan mereka atas satu pendapat. Kita tidak harus melakukan sesuatu yang boleh menyakiti sesiapa atau mendatangkan mudarat terhadap sesiapa, kerana semata-mata berdasarkan syak sahaja, tidak harus baginya untuk beristinjak dengan batu, kerana keraguan tersebut dan tidak dapat meyakini dengan alat yang asal dari yang sampingan. Demikianlah hukum yang lain-lain lagi. Wallahualam.

~ YADIM

10 thoughts on “Menguruskan khunsa

  1. Setahu saya, seorang yang khunsa perlu memilih jantinanya apabila tiba waktunya.
    Apabila seseorang khunsa itu telah memilih lelaki sebagai jantinanya, apakah hukum sekiranya timbul perasaan cinta kepada seorang lelaki yang lain?

  2. sy nak tumpang bertanya.kalau khunsa tu nak berkawin mcm mana?andai kata khunsa tu cenderung pada laki?boleh ke khunsa tu jadi laki?atau khunsa ni memang ditakdir kan tak ada pasangan.terima kasih

  3. berkemungkinan..my endoscope laa..khunsa ni terjadi ..ahkibat perilaku manusia itu sendiri..melanggar perintah ALLAH melaku hubong jenis..semasa ..berkeaddan pompuan maseh berada dlm HAID..Maybe darah haid mulai mendatang..belum betul betul..berkeadaan green lights..
    walluallah..

    kadang kala suasah nak di pertikaiakan..sebab bila abe “johnny” memberontak nak jugak..lupa kan ahkibat nyo..ala kata dol morgin tala aje kat blakang jangan..jgn thrust ke kedalei dah laa macei AB dah lah..tojak aje kat tilam..asal dah keluak nyaman aje..okey laa 2…

  4. saya adalah seorang lelaki normal..sejak sekolah lagi saya tidak meminati perempuan mahupun lelaki normal seperti saya.apa yg saya hendak nyatakan disini adalah tentang perasaan saya..saya sekarang sudah ada pasangan,tetapi pasangan saya bukanlah seorang perempuan atau lelaki..tetpi seorang pondan.jika dilihat pada raut wajah dia,saling x tumpah seperti perempuan dan mempunyai naluri serta sifat2 seorang perempuan.dia juga mempunyai kerjaya yang bagus di sebuah syarikat insuran terkemuka sebagai executive untuk projek citibank.perasaan cinta saya pada dia sangat mendalam,saya pernah membawa dia balik ke rumah orang tua saya..dan dia pun pernah membawa balik saya pada rumah org tua dia.dan kami direstui oleh keluarga dia,tetapi tidak pada keluarga saya…kerana dia adalah seorang pondan bukan khunsa.ada sesiapa boleh membantu saya?

  5. aku ade sowng mmber prmpuan yg bercnta dgn pmpuan and pmpuan tu ngaku die khunsa..mase nk tntukan jntine si khunsa ni, dktr buat atas permntaan mak die di mne mak die nk kekalkn die as perempuan..skrng, si khunsa ni ckp die lelaki sbb die dh wt cara kira tulang rusuk tu,mmg kurng satu..so, apekah pandangan pembaca skalian???
    p/s:mntk tolong sgt2 kpada yg ade buah fikiran yg bernas…kcian kt kdua2 orng ni..

  6. Salam…Siapa2 yang punya dua alat kelamin, boleh ym saya di alamat hose_samuel@yahoo.com…Saya lelaki biasa, cuma mungkin kalian boleh kongsi maklumat ttg hermaprodit, pengalaman dan sebagainya…Terima kasih..Wassalam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s