Cara urus pusaka bawah RM600,000

Pewaris wajar ke Pejabat Pusaka Kecil Daerah tanpa perlu ke Mahkamah Syariah

BEBERAPA pihak memberi maklum balas terhadap tulisan yang disiarkan sebelum ini berkenaan harta pusaka daripada sudut syarak dan kali ini akan dikupas peruntukan undang-undang berkaitan pengurusan harta pusaka di negara ini.

Pengurusan harta pusaka di Malaysia agak mengelirukan dan dianggap sukar oleh sesetengah orang kerana ada empat jabatan atau institusi yang mempunyai kuasa ke atas hal berkaitan pengurusan pusaka.

Jabatan dan institusi itu ialah Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad. Kesilapan memilih salah satu institusi di atas dalam mengurus pusaka akan menyebabkan urusan mengurus pusaka menjadi bertambah panjang dan mengambil masa.

Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhad dalam hal pengurusan pusaka di Malaysia. Ia hanya boleh membuat pengesahan siapa waris si mati yang berhak untuk mewarisi harta pusaka dan pecahan bahagiannya mengikut hukum faraid serta membuat pengesahan wasiat atau hibah sama ada bertepatan dengan hukum syarak atau tidak.

Merujuk kepada seksyen 61 (3) (b) (ix) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 yang memperuntukkan: “… dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan penentuan orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak.

Mahkamah Syariah tidak diberi bidang kuasa membuat perintah pembahagian harta pusaka secara faraid walaupun ia berkuasa mengeluarkan sijil faraid. Ini bermakna sijil faraid dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah tidak mempunyai sebarang kuasa pembahagian.

Ia hanya digunakan sebagai rujukan oleh waris atau pihak lain untuk mengetahui siapa waris sebenar harta si mati dan bahagiannya. Perkara ini mendukacitakan kerana Mahkamah Syariah sebagai mahkamah yang membicarakan hal berkaitan orang Islam tidak dapat menyelesaikan permasalahan pusaka orang Islam sendiri.

Contohnya Zain mati meninggalkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM200,000 dan warisnya ialah Ali, Bakar dan Daud. Ali sebagai penama simpanan KWSP mengeluarkan wang itu tetapi tidak membahagikan kepada Bakar dan Daud mengikut hukum faraid. Bakar dan Daud mahu Ali memberi bahagian mereka seperti diperuntukkan mengikut hukum faraid tetapi Ali enggan. Bakar dan Daud memperoleh sijil faraid yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah yang mengandungi nama waris, pecahan bahagian dan jumlah simpanan KWSP. Ironinya, Sijil Faraid itu walaupun ditunjukkan kepada Ali, ia tidak mempunyai sebarang kuasa atau kesan untuk mengarahkan Ali mengikut kandungan sijil berkenaan.

Kuasa terhad Mahkamah Syariah ini sudah diputuskan melalui dua keputusan kes rayuan iaitu Kes Hasan Arif Hafiz Ahmad lawan Hasimah Hafiz Ahmad dan Hasnah Hafiz Ahmed oleh Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor dan Kes Salim Sulong lawan Yusof Sulong oleh Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Terengganu.

Dalam kedua-dua kes itu, panel Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kuasa Mahkamah Syariah hanya terhad kepada memperakukan seseorang adalah waris dan menyatakan bahagian faraid mereka saja.

Lebih mendukacitakan, kuasa terhad Mahkamah Syariah terpaksa dikongsi dengan Pejabat Pusaka Kecil. Dengan kata lain, kuasa memperaku seseorang adalah waris dan bahagian faraid mereka bukan hak eksklusif Mahkamah Syariah. Pejabat Pusaka Kecil daerah juga mempunyai kuasa sama seperti diperuntukkan Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955 (Akta 98).

Apa yang pelik adalah Pejabat Pusaka Kecil berkuasa pula mengeluarkan surat kuasa tadbir atau perintah pembahagian yang tidak dimiliki Mahkamah Syariah. Cuma, Pejabat Pusaka Kecil Daerah hanya mempunyai kuasa dalam kes harta peninggalan si mati adalah harta tidak alih atau harta yang bercampur harta alih dan tidak alih yang nilainya tidak melebihi jumlah RM600,000. Bagi kes yang nilai hartanya melebihi jumlah RM600,000, ia perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil, walaupun si mati dan warisnya adalah orang Islam.

Selain itu, Amanah Raya Berhad juga mempunyai kuasa mengeluarkan surat kuasa tadbir ke atas harta pusaka seperti diperuntukkan Seksyen 17 Akta 532. Cuma bidang kuasa itu terhad kepada harta peninggalan si mati iaitu harta tidak alih dan tidak melebihi jumlah RM600,000. Mujur, Amanah Raya tidak mempunyai kuasa mengesahkan seseorang itu ahli waris dan bahagian faraid mereka.

Inilah hakikat yang perlu diketahui dan disedari masyarakat Islam negara ini. Dalam kita selesa dengan jaminan Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan, tetapi dalam soal harta pusaka, Mahkamah Syariah masih terhad kuasanya jika dibandingkan dengan Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad dan lebih sedih jika dibandingkan dengan Mahkamah Tinggi Sivil.

Berhadapan dengan realiti ini, mereka yang mempunyai kes pusaka dengan harta tidak melebihi RM600,000 wajar terus berurusan dengan Pejabat Pusaka Kecil Daerah tanpa perlu ke Mahkamah Syariah.

Bagi yang mempunyai nilai harta melebihi RM600,000 perlu ke Mahkamah Syariah terlebih dulu untuk mendapatkan Sijil/Perintah faraid dan kemudian ke Mahkamah Tinggi Sivil untuk memperoleh Perintah Pembahagian. Ini bagi mengelak berlaku kelewatan dalam menyelesaikan urusan pembahagian harta pusaka si mati dan tohmah kepada Mahkamah Syariah sendiri.

Berkaitan wasiat dan hibah pula, Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa eksklusif untuk membuat perintah pengesahan sama ada wasiat atau hibah yang dibuat oleh orang Islam adalah sah atau tidak. Wasiat atau hibah perlu disahkan oleh Mahkamah Syariah jika ada waris yang tidak bersetuju dengan kandungan wasiat atau hibah itu.

Jika semua waris bersetuju, ia tidak memerlukan pengesahan kerana waris sendiri boleh memberi persetujuan ketika urusan pembahagian harta sama ada di Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya atau Mahkamah Tinggi Sivil.

Perlu diingat, walau bagaimana sempurna sekalipun dokumen wasiat atau hibah yang dibuat si mati, sama ada disediakan oleh peguam atau firma wasiat, jika ia dipertikai kandungannya oleh waris, maka dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk disahkan.

Mahkamah Syariah akan membicarakan wasiat atau hibah itu sebelum memutuskan sama ada ia bertepatan hukum syarak atau tidak. Jika bertepatan, mahkamah akan mengisytiharkan wasiat atau hibah adalah sah dan perlu dilaksanakan terlebih dulu sebelum pembahagian secara faraid dilakukan.

Sudah sampai masanya Mahkamah Syariah dimartabatkan dan diletakkan di tempat sewajarnya dalam memutuskan semua urusan berkaitan orang Islam. Justeru, kita mendesak pihak berwajib dapat membuat pindaan kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah supaya mempunyai bidang kuasa bukan saja memutuskan siapa waris dan bahagiannya tetapi juga mempunyai kuasa membuat perintah urusan faraid, hibah dan wasiat berjalan mengikut hukum Syarak seperti sewajarnya demi kebaikan dan kebajikan umat Islam di negara ini.

INTI PATI

  • Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhad dalam hal pengurusan pusaka di Malaysia. Ia hanya boleh membuat pengesahan siapa waris si mati yang berhak untuk mewarisi harta pusaka dan pecahan bahagiannya mengikut hukum faraid serta membuat pengesahan wasiat atau hibah sama ada bertepatan dengan hukum syarak atau tidak.
  • Mahkamah Syariah tidak diberi bidang kuasa membuat perintah pembahagian harta pusaka secara faraid walaupun ia berkuasa mengeluarkan sijil faraid. Ini bermakna sijil faraid dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah tidak mempunyai sebarang kuasa pembahagian.
  • Empat jabatan dan institusi urus harta puasaka iaitu Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad. Kesilapan memilih salah satu institusi di atas dalam mengurus pusaka akan menyebabkan urusan mengurus pusaka menjadi bertambah panjang dan mengambil masa.

    Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar dan persoalan boleh dihantar ke exco_pgsm@yahoo.com

  • 10 thoughts on “Cara urus pusaka bawah RM600,000

    1. kalau begitu s pejabat manakah yang lebih bertanggungjawab dan membantu bagi menyelesaikan hal faraid untuk jumlah dalam 12,000 melalui ASB. Sesiapa yang boleh membantu boleh berhung melalui emel saya
      lips222@gmail.com

    2. terpinga2 hambo,islam hidari agak nya ? islam itu islam ini tetapi pelaksanaan macam roti canai rojak mentimun durian.hambo ingat MTS boleh urus 100%.amat kecewa dan tawar raso hati den,sebab den baru ajo hadziri panggilan MTS(kematian isteri tiada anak ada wasiat buat sendiri dgn 2 saksi,—-di mana den bole pergi lagi- ‘one stop centre’ bagi penyelesaian—–,ARB dgn clause membimbangkan -kes kemalangan -pengakuan tidak boleh ambil undang2 dan charge atas harta terkumpul….buang maso ajo.

    3. Selama ini (dalam hayat-ingatan saya ) — ingatkan mahkamh syariah akan menolong atau dapat menolong untuk menyelesaikan kes harta pusaka , mengikut cara – perundangan islam, tetapi ternyata samasekali “mimpi disiang hari” – supaya terlepas dari azab allah kemudian hari, tetapi apa yg saya bayangkan atau fikirkan selama ini ternyata dalam igauan saya saja,setelah saya baca penjelasan diatas rasa terkilan juga den dengan kekuasaan M.S. (nama aje bosa-tetapi tindak tanduk -kebolehan-haprak) amat menyedihkan . I rasa (syorkan) kalau mana2 insan yang mengalami masaalah saper ti I ni (harta peninggalan tak seberapa) pergi saja ke pejabat tanah (pejabat pusaka kecil -kalau di KL tingkat 2 wisma JUPEM, Jalan Semerak-03 26921153 berhadapan dengan Ibu Pejabat Felda. ) mereka akan menguruskan semua – (contoh nya: walau pun jika ada waris 2 yang enggan berkerjasama – untok memberi-salinan ic – pejabat pusaka kecil akan cuba menguruskan – tetapi lain pula di M.S mereka akan memaksa kita untuk mendapatkan -salinan ic waris-walau pun telah naik court-hakim telah membuat keputusan.) Saya juga hairan, mengapa ada negara2 Islam yang lebih bertamadun datang ke negara kita untuk melihat dan belajar untuk mencotohi pelaksanaan hukum2 Islam di malaysia,sedangkan kita ternyata tidak ada berkemampuan langsung dalam hukum ALLAH yang amat penting ini ?. wallaualllam.

    4. Asmk,

      Untok mendapatkan sijil faraid ada lah mudah,tetapi system masuk mahkamah syariah ada lah boring buang masa aje,lebeh baik cara angkat sumpah dgn persurohanjaya sumpah cara biasa aje disaksikan aje,lagi pun sijil faraid buat syarat aje -sah laku dlm setengah pembahagian sahaja.

      Bagaimana saya mendapatkan sijil faraid diMahkamah Tinggi K.Lumpur:-

      – Isi borang bersertakan apa2 persuratan diperlukan.
      -selepas 1 bulan dipanggil masuk pembicaraan mahkamah tinggi syariah-keadaan suasana mengatasi- kesuntukan masa.
      -Tuan Hakim berkumat kumit,tak jelas apa yg dikatakan ada yg aku tak faham lansung ,cuma aku menyata ya sahaja.kalau mahkamah ugama kafir biasa nya -kedengaran suara “jelas dan nyata” kita boleh lihat dan dengar tak ada macam terselindung atau saolah-olah berbisik-bisik.
      -tak sampai 15 minute.
      -Sebulan kemudian sijil boleh diambil
      -Kata hamba Allah-di EPF sijil Faraid tak laku,tuntutan hanya diberi kepada penama sahaja.(wallauallam)

    5. Pengurusan harta pusaka boleh dibuat di:

      1.Mahkamah Tinggi -kuasa

      2.Pejabat Tanah -unit pusaka kecil–tempatan-dimana harta terkumpul -terbanyak-Anggaran terkumpul tidak melebehi RM600.000.00
      Kalau diBandaraya Kuala Lumpur :Jabatan Tanah dan Galian,Tingkat 2,Wisma JUPEM.Jalan Semarak.K.Lumpur 03-26931153

      3.Amanah Raya Berhad-Harta tidak seberapa atau melebehi RM600.000.00
      Kalau di Bandaraya Kuala Lumpur :4 Jalan Ampang. K.Lumpur 03-20557689/683/690.

      -Sijil Faraid boleh dimohon dimana2 Pejabat Ugama terdekat-harta terkumpul.
      Jika ada waris2 yg tidak dapat dikesan atau enggan berkerjasama,untok memberi kan butir2 peribadi(salinan IC) jika tidak menggunakan penguam,berkemungkinan boleh mengunakan akuan bersumpah-(Persurohanjaya sumpah-dalaman,tgkt 1 Mahkamah Tinngi K.Lumpur,sebelah station kereta Api).

      -Jika keadaan terdesak berkaitan pengurusan jenazah, didalam atau luar negara,hubongi lah pihak one stop centreRM service 0123978779//0192608776//03-78800061/fax03-78800062 atau Jadi ahli NAQIA ASSIST 42566300 / fax03-42581133////0199046652/0126353716///01633936954
      berkemungkinan

    6. Isteri saya meninggal august 2007,tampa anak meninggalkan 4 adik beradik seibu sebapa yg berpelajaran tinggi dan berpengetahuan ugama sepatutnya memberi kerjasama dalam surat menyurat dgn pihak mahkamah syariah atau sebagainya, bertujuan untukmelunaskan hutang2 aruah supaya roh nya mendapat ketenteraman drp tersiksa oleh hutang.sampai sekarang hutang piutang masih belum dapat di jelaskan,bukan aruah tak meninggalkan duit (saya tak berkemampuan),tetapi pihak berkuasa berbagai – gagal mengeluarkan surat kuasa untuk saya bertujuan – memberi pada pihak bank dsbnya-mereka seolah2 mengikut peratur peraturan birokerasi,yg mengambil masa.ada anak saudara yg mengambil dan menyimpan sebahagian kecil dp harta sepeninggalan aruah tampa merujuk kpd saya (kata nya adat puak daerah mereka membolehkan tetapi di kampong saya 101% di beri pada suami)walau pun saya gagal mendapatkan salinan document2 penting drp adik beradik aruah,saya berjaya mendapatkan sijil Faraid dgn akuan bersumpah -bertanggongjawap sepenohnya,supaya hal hutang dapat di selesaikan dgn segera ((disini ingin dinyatakan -berkemungkinan mana mana individual yg bemasaalah saperti saya , tidak perlu bersusah payah mendapatkan “Sijil Faraid” dahulu drp mana2 Mahkamah Syariah, yg akan membebankan anda tampa document2 yg diperlukan-terutama salinan2 ic waris terdekat-anda ‘berkemungkinan’ hanya perlu pergi ke-Pejabat Pusaka Kecil Tempatan-di Daerah masing2-innsyaallah mereka akan dapat menolong untok mendapatkan sijil faraid- berkemungkinan ) .contohnya,saya menghantar document2 ke Pejabat Tanah Pusaka Kecil pada bulan AUGUST 2007,menerima panggilan “temuduga” pada MEI 2008-bersambong…

    7. issss..aku pun baru aje masuk mahkamah syariah jalan hishamuddin semalam..pada pandangan aku aja laa..suasana prosiding samo aje had mahkamah ‘kafior’ kat luak sano tu..jawapan yang di kehendaki YA atau IDAK..sepatut nya sebagai orang islam kita kena tukaq sikit fomat kebebasan bersuara..menjawab terus …bukan terantai dengan atur cara mahkamah biasa..contoh nya kalo penguam pendakwa..menyoal kita misti di beri kebebasan untok menjawab terus.. ..bukan hanya YA ato TIDAK..atau di jawap kemudian…ini mahkamah islam bukan format kafior….lagi pun penguam pendakwa (luar) yg mengarah sedimikian..seolah olah mereka ada kuasa….

      • aku sebagai orang islam lebeh rela kalau.. di beri kebebasan untok untok mengunakan perkidmatan mahkamah syariah atau civil-biasa berkaitan harta pusaka …..apa ada beza crook dengan lanun ?

    8. kkman takdo namo sodap laen ko..demo balu ajorr adorr experiement pertama kes seumpamo nyo itu ..ado nyoo sebagitiu..kes kou yeng pertamo..gak jugak jadie olang pertamo dalei hael macein tu yorr..laen laen selalu penuh dengei tuntutan kes cerai berai..kongkek mengonkek kot kot ajerr nie…hi hi hi ..bayeingkaen keadaan kes seupamae bagini rupe..kira kes sebutan umapam yg baru lah kkman..had sebutan demo di sitiu terulung kali daleim sejarah ..agak gak nye..mengkuin kato tuan yaeing arif hakim sebagitiu lah wallauallam.

      dalein kes mus nie walao puin mu ado surat hibah berjela jela ..tampo ado mengueatkan dgein saksi hidup atau tuloesei ..dalam pengakuaen pemberien hibah nie..mu kalah..walaupuin mu mendasoar di saksi kein subahnnallah ta’alah.

      Jadie sapo sapo naek buat penghibahaei kepado mano mano ..sapo sapo sajo die sukoei. walaopuin dengei tulisei tagei sendiri semiesti nye ado dua orang saksi..menyaen dan saksi berkeneaen misti atao cara laen mistie sanngup datei semaso perbicaraea..kalao idok demo dok ikut hukum faraid..

    9. Salam,adik saya bru saja meninggal dunia…ada kwsp sebnyk 31 k..pewaris pn dh meningal(bapa)…agensi yg sepatut ye…saya pergi ke mne?pejabat pusaka ke?..t.k

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s