50 peratus ketidaksuburan berpunca daripada lelaki

Pasangan berusia lebih 30 tahun perlu segera dapatkan nasihat doktor, jalani rawatan jika gagal dapat anak

Dalam kebanyakan kes ketidaksuburan, 50 peratus masalah berpunca daripada suami. Daripada 10 lelaki tidak subur yang mendapatkan rawatan, dua daripadanya langsung tidak memiliki sperma dalam air mani.

Pakar Perunding Urologi, Institut Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur, Dr Murali Sundram, berkata biasanya 90 peratus pasangan yang baru berkahwin akan memperoleh zuriat dalam tempoh setahun, tetapi antara 10 hingga 15 peratus berhadapan dengan masalah ketidaksuburan.

“Jika umur kedua-dua pasangan kurang daripada 30 tahun, mereka tidak perlu dirawat, sebaliknya boleh terus mencuba untuk hamil dalam tempoh dua tahun selepas berkahwin. Bagaimanapun, kalau sudah berusia lebih 30 tahun dan selepas setahun tidak boleh hamil, cepatlah berjumpa doktor,” katanya.

Dr Murali berkata, sperma dihasilkan secara berulang sebanyak 100 juta setiap hari. Penghasilan sperma adalah proses yang panjang. Ia bermula daripada sel-sel stem hingga kepada pembentukan sperma matang selama tiga bulan.

Dalam kes ketiadaan air mani atau dikenali sebagai ‘Azoospermia’ ia boleh terjadi disebabkan tubul gulung (small coined tubules) dalam buah zakar tidak berkembang dengan baik.

“Selain itu, azoospermia boleh juga terjadi kerana kedudukan buah zakar yang dekat dengan badan. Dalam keadaan ini penghasilan sperma terganggu dengan suhu tubuh. Suhu zakar sepatutnya kurang daripada suhu tubuh,” katanya.

Ada juga lelaki yang menghasilkan bilangan sperma yang normal tetapi masih dikategorikan tidak subur. Ini disebabkan sperma yang terhasil tidak berkualiti, tidak bergerak, tidak berupaya untuk mensenyawakan telur atau bentuknya yang abnormal. Malah, sesetengah lelaki tidak menghasilkan hormon testosterone pada tahap yang normal, tetapi azoospermia bukanlah satu-satunya punca masalah ketidaksuburan lelaki. Ada beberapa lagi punca masalah ketidaksuburan lelaki.

“Satu lagi masalah yang agak lucu tetapi benar ialah ada pasangan muda yang tidak tahu bagaimana dan bila untuk bersama. Pasangan seharusnya bersama pada hari ke 14 daripada hari pertama isteri datang haid. Waktu itu adalah waktu subur dan ia hanya bertahan untuk dua hari. Jika suami isteri bersama pada luar tempoh itu, memang sukar untuk mendapatkan anak.

“Ada pelbagai rawatan untuk pelbagai keadaan ketidaksuburan, tetapi rawatan bergantung pada masalah dan kehendak pesakit. Misalnya, untuk rawatan in vitro fertilization (IVF) atau suntikan sperma ICSI (intracytoplasmic sperm injection) dibuat untuk pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata,” katanya.

Faktor Ketidaksuburan Lelaki

  • Varicocele (saluran darah pada bahagian testis membengkak)
  • Saluran pada testis tersumbat/tiada saluran
  • Saluran pada testis berputar belit (testikular torsion)
  • Masalah hormon
  • Masalah ejakulasi
  • Kesan sampingan penggunaan bahan kimia, ubat-ubatan, alkohol atau dadah
  • Kesan pembedahan pada masa lalu
  • Jangkitan bakteria
  • Penyakit (diabetes mellitus).
  • Obesiti
  • MerokokRawatan
  • Kaunseling
  • Ubat-ubatan termasuk terapi penggantian hormon dan antibiotik
  • Pembedahani) varicocelectomy – bagi mengeluarkan saluran darah yang bengkak.ii) PESA (percutaneous epididymal sperm aspiration) – bagi lelaki yang sudah menjalani rawatan mengikat saluran pada testis atau tiasa saluran vas deferens (yang menjadi medium mengangkut sperma).iii) Biopsi testikular – potong sedikit tisu daripada satu atau kedua-dua buah zakar untuk analisis bilangan sperma. Ia membolehkan pasangan melakukan rawatan kesuburan seperti IVF dan ICSI.Rawatan Gangguan Sperma
  • Masalah hormon Tahap hormon yang dirembeskan kelenjar pituitari iaitu hormon perangsangan folikel (FSH) dan hormon luteinizing (LH) kadang kala rendah di kalangan sesetengah lelaki. Jika kekurangan hormon LH dan FSH yang menjadi punca ia boleh dirawat dengan suntikan hormon tiruan. Kadangkala saiz buah zakar akan bertambah. Ini diikuti dengan penghasilan hormon lelaki (testosterone) pada tahap normal selepas beberapa kali rawatan.
  • Saluran tersumbatSekitar lima peratus lelaki yang kurang subur berhadapan masalah saluran epididermis tersumbat. Ia menyebabkan sperma tidak dapat disalurkan keluar ketika ejakulasi. Rawatan biasa bagi menangani masalah ini adalah pembedahan. Biasanya sperma akan meningkat sebanyak 50 peratus selepas rawatan.
  • Gangguan ketika hubungan kelaminLelaki yang berhadapan masalah ketika hubungan kelamin berisiko berhadapan dengan masalah ketidaksuburan. Antara masalah itu termasuklah mati pucuk, kegagalan ejakulasi dan sebagainya. Begitupun kebanyakan gangguan ini boleh diatasi dan dapat dirawat.
  • Masalah lain dalam penghasilan sperma dan fungsi spermaSekitar satu pertiga lelaki yang membuat pemeriksaan ujian air mani mempunyai jumlah sperma yang kurang daripada purata yang sepatutnya. Masalah itu disebut sebagai ‘oligospermia’. Kadangkala punca masalah ini disebabkan pengambilan alkohol yang banyak, obesiti, kekerapan mandi panas, sauna dan kesan pengambilan ubat-ubatan. Bagi kes seperti ini, ujian air mani perlu dibuat bagi menentukan rawatan.FAKTA:
    Ketidaksuburan lelaki
  • Lebih daripada 90 peratus kes ketidaksuburan lelaki disebabkan tiada sperma, sperma tidak berkualiti atau kedua-duanya. Dalam 30 hingga 40 peratus kes sperma yang abnormal, puncanya tidak diketahui. Ia mungkin disebabkan satu atau lebih faktor termasuk penyakit yang kronik, pemakanan kurang nutrisi, kecacatan genetik, struktur yang abnormal atau faktor persekitaran.

One thought on “50 peratus ketidaksuburan berpunca daripada lelaki

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s