Kemanisan Rumahtangga

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya. Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif. Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:

1. Ciuman – Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin perkahwinan – Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. Makan malam atau bercuti- Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Perubahan – Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab – Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa – Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. Hadiah – Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8. Senyum – Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9. Sentuhan – Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian – Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.

Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda. Selamat mencuba!

Your Partner will love You More!

10 thoughts on “Kemanisan Rumahtangga

  1. stuju sgt ngan wanitabah …. yg terlindung tu jugak yg org suka cakap, suka tgk , suka citer …..
    why not share something yg ada value mcm kes gaduh suami isteri pastu bebaik semula …. means perkara2 mcm ni yg boleh ujudkan kemanisan rumahtangga tu …. kalau citer dlm klambu tu , semuanyer memang best aja … hakikat nyer lom tentu lagi …….. so , wanitabah …. relax ….. jgn marah nora tu , dia too excited …. its a normal reaction . cuma salah tempat lepas perasaan ….

  2. bg farah la kan ade 3 conclusion leh bt ttg NORAA

    1)NORAA ni sbnr nye ade problem dgn husband dia ni..ego NORAA tinggi..NORAA bermegah2 & memuji melambung hubungan kelamin antara dia & husband.but sebenarnye NORAA xpenah kecapinye..so fep-up dgn ape yg b’laku NORAA ni wat la mereka2 la citer…

    sungguh menyedihkan la dia ni…how shame on u…

    2) xpun NORAA ni sbnarnye xkawin lg..tp imaginasi seks die tinggi..so mcm2 citer la die buat asalkan dia dpt puaskan hati dia and tarik perhatian org lain..

    3) or NORAA ni lelaki..a.k.a AARON. saje nak wat kecoh..

    byk conclusion kite leh bt dkt si NORAA ni…

  3. Pada saudara NORA

    saya berpesan kepada anda.. kalau nak sangat berforum didalam site
    ini apa salahnya guna sendiri nick yang awak senitiasa senang..

    Tak payah lah asyik ‘ KLON’ orang lain nye nick je..

    SAYA KASI TIP KAT AWAK YE _

    ” KALAU NAK ‘ KOLN; nick yang lain2 tu ..tukar lah e-mail address awak tu
    ( kena buat banyak2 lah )… sebab kalau awak asyik tukoa ‘ nick’
    TETAPI tak tukar awak punya e-maill address.. awak lihat
    sendiri ‘ BENTUK dan Warna ” avatar awak tu..

    kan sama aje … so nak idup kene pandai.. jgn main redah jer

    apa apa pun tahniah pada awak dan dibulan baik ini snggup
    juga awak berkelakuan sebegini..SYABAS

    selamat berpuasa ( itu pun kalau berpuasa lah)

    salamz

  4. 1. Ciuman – ADA

    2. Cincin perkahwinan – ADA

    3. Makan malam atau bercuti- HM KURANG

    4. Perubahan – MMG MENTAL

    5. Adab – HM KENA LEBIH LEMBUT

    6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa – NI BETUL

    7. Hadiah -ADA

    8. Senyum – ADA

    9. Sentuhan – ADA

    10. Impian – ADA

  5. asalkan dia bahagia… mudah2an bila site owner
    update blog dia dan kalau sumer ‘ posting2’ dia
    berbau sedemikian… dia akan di beri amaran dan
    silap2 asalamualaikum je… kene ‘ kick’
    tak leh masuk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s