Memperluas khidmat guaman syarie

Melihat kepada keperluan membantu golongan memerlukan, ada beberapa badan mula memperkenalkan skim bantuan untuk mereka. Antaranya, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) sendiri menerusi Biro Khidmat Guaman Syarie, Majlis Peguam, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Usaha terbaru sudah diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Bantuan Zakat Baitulmal. MAIWP menubuhkan skim bantuan zakat yang dinamakan Bantuan Guaman Syarie.

Skim itu memberi bantuan kepada mereka yang layak untuk membayar yuran guaman syarie di Mahkamah Syariah. Ia adalah skim baru yang diperkenalkan MAIWP dan belum pernah dibuat oleh mana-mana negeri di Malaysia.

Skim itu diperkenalkan dengan objektif membantu umat Islam yang bermastautin di Wilayah Persekutuan yang menghadapi masalah membiayai yuran guaman mereka di Mahkamah Syariah dalam kes tuntutan mal. Untuk tujuan itu, MAIWP bekerjasama dengan PGSM bagi menjayakan sebahagian operasi skim berkenaan.

Terdapat syarat yang diperhatikan sebelum seseorang berhak mendapat bantuan ini. Golongan yang layak terdiri daripada asnaf fakir, miskin, mualaf dan fi sabilillah. Pemohon hendaklah seorang Islam, warga negara Malaysia, bermastautin di Wilayah Persekutuan, menepati had al-kifayah (ujian bagi memastikan mereka terdiri dari golongan fakir atau miskin) dan mereka juga perlu mengemukakan bukti bertulis mengenai tuntutan di Mahkamah Syariah.

Bagaimana penetapan tahap menentukan seseorang termasuk dalam golongan yang layak mendapat khidmat itu? Dari segi penakrifan, fakir adalah seseorang yang tidak mempunyai sebarang harta benda atau seseorang yang bekerja, tetapi pendapatannya kurang 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan kurang 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang tanggungannya.

Golongan miskin di sini merujuk kepada seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya, tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan orang tanggungannya.

Muallaf juga berhak mendapatkan bantuan ini iaitu seseorang yang dijinakkan hatinya atau diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi mungkin belum kukuh Islamnya).

Istilah fisabilillah pula adalah mana-mana orang atau pihak yang membabitkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan atau mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

MAIWP memperuntukkan RM400,000 setahun bagi tujuan itu dan ia sudah mula beroperasi. Peruntukan itu sangat besar ertinya bagi mereka yang memerlukan dan secara tidak langsung, menggambarkan keperluan mendesak di kalangan umat Islam bagi melicinkan perjalanan kes mereka di Mahkamah Syariah.

Usaha murni MAIWP tidak harus dilihat sebagai pesaing kepada agensi lain yang menyediakan khidmat guaman syarie kerana ia memberi peluang dan pilihan lebih banyak bagi orang awam mendapatkan bantuan.

PGSM sendiri sebenarnya sudah lama memberikan khidmat guaman syarie kepada golongan tidak berkemampuan. Khidmat itu diberikan mengikut kelayakan yang ditetapkan dan pemohon hanya dikehendaki membayar bayaran minimum.

Dengan adanya kerjasama dengan MAIWP, perkhidmatan diberikan akan disalurkan dengan lebih sistematik dan telus di samping dapat meningkatkan profesionalisme di kalangan peguam syarie.

Kerjasama MAIWP dan PGSM akan berlangsung selepas seseorang disahkan memerlukan peguam untuk mewakilinya di mahkamah. Permohonan perlu dibuat kepada Baitulmal MAIWP dan Baitulmal akan menyiasat kelayakan pemohon sama ada memenuhi syarat ditetapkan.

Selepas siasatan selesai dan pemohon disahkan berkelayakan, Baitulmal akan menyerahkan borang berkenaan kepada PGSM. Panel PGSM akan mengkaji kedudukan kes yang sudah atau akan difailkan itu dan seterusnya mengagihkan kes yang dirujuk di kalangan ahli PGSM untuk dikendalikan.

Bayaran guaman dibayar terus oleh MAIWP kepada PGSM yang bertindak sebagai pengurus yang akan membayar kepada peguam syarie berkenaan secara berkala bagi memastikan kes berjalan seperti di harapkan.

Segala prosiding di Mahkamah Syariah akan dijalankan ahli PGSM yang terlatih mengendalikan kes di Mahkamah Syariah. Semua kes terbabit akan dilaporkan perkembangannya kepada pihak Baitulmal dari semasa ke semasa.

Di pihak persatuan, kami akan sentiasa memastikan ahli yang diserahkan kes menjalankan amanah dan tanggungjawab sosial ini dengan berkesan di samping mempertingkatkan kualiti kes yang dibawa.

PGSM akan sentiasa membantu Mahkamah Syariah mencapai keadilan menerusi perkhidmatan guaman syarie di samping menyuarakan hak anak guam dengan berkesan dan sistematik.

Kerjasama unik antara MAIWP dan PGSM sudah tentu memanfaatkan golongan tidak berkemampuan untuk membayar yuran guaman syarie. Ia sejajar hasrat kerajaan untuk membantu golongan tidak berkemampuan dan selari dengan matlamat serta moto PGSM iaitu ‘Meletakkan Hak kepada yang Berhak’.

Inisiatif MAIWP ini seharusnya dipuji kerana prihatin terhadap keperluan semasa umat Islam. Kita mengharapkan usaha murni sebegini diteruskan badan lain terutama Majlis Agama Islam negeri lain yang masih belum mempunyai skim seumpama itu. Pihak kami bersedia memberikan kerjasama demi membantu golongan kurang berkemampuan.

Sebarang pertanyaan atau permohonan bagi mendapatkan khidmat Bantuan Guaman Syarie boleh diajukan kepada Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bangunan Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2, 50676 Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-21675222 atau faks kepada 03-21675252.

Bantuan Guaman Syarie

  • Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menerusi Biro Khidmat Guaman Syarie, Majlis Peguam, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO)dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Bantuan Zakat Baitulmal menubuhkan skim bantuan zakat yang dinamakan Bantuan Guaman Syarie.
  • Skim Bantuan Guaman Syarie diperkenalkan dengan objektif membantu umat Islam yang bermastautin di Wilayah Persekutuan yang menghadapi masalah membiayai yuran guaman di Mahkamah Syariah dalam kes tuntutan mal
  • Golongan yang layak terdiri daripada asnaf fakir, miskin, mualaf dan fi sabilillah. Pemohon hendaklah seorang Islam, warga negara Malaysia, bermastautin di Wilayah Persekutuan, menepati had al-kifayah dan mereka juga perlu mengemukakan bukti bertulis mengenai tuntutan di Mahkamah Syariah.Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dikirim kepada exco_pgsm@yahoo.com
  • 21 thoughts on “Memperluas khidmat guaman syarie

    1. isteri saya telah mefailkan saman penceraian di bawah seksyen 47 (penceraian)
      Soalan saya:
      1. Apakah hak saya dalam kes ini
      2. Dia telah keluar dari rumah tanpa izin..apakah tindakan saya
      3. Adakah saya layak minta ganti rugi
      4. Sila hubungi saya 019-3514863 Rosli
      5. Saya akan di panggil ke mahkamah pada 1/11/2007
      6. Saya perlukan nasihat dan tunjuk ajar kerana saya tidak mahir dalam undang undang keluarga.

    2. Bekas suami saya sering mengganggu saya.Saya kini sudah berkahwin dan suami baru saya sering tertekan dengan gangguan itu.Bekas suami saya pernah menghantar sms yg berbaur ugutan kepada saya dan suami.Dan yg terkini dia sudah berani mengunci rumah saya ketika saya tiada di rumah.Apa yang saya perlukan ialah saya ingin memintak pertolongan guaman utk hak penjagaan anak-anak saya dan juga dapatkan perintah mahkamah supaya dia tidak boleh berada dekat dgn rumah saya..bagaimana caranya saya utk memohon bantuan itu dan berapa lama saya harus menanggung semua ini

    3. Saya dan suami tiada persefahaman lagi sejak 3 tahun yang lepas, selalu bertengkar dengan suami tentang sesuatu perkara samada kecil mahupun yang melibatkan keluarga.
      Setelah berulang kali saya meminta kan agar kami berpisah, tetapi tiada alasan yang kukuh untuk kami ajukan kepada pihak jabatan agama. Sehingga sekarang saya buntu kerana tiada alasan yang kukuh untuk membuat tuntutan cerai keatas suami.

      Suami tiada pendirian mahu melepaskan saya dan dia selalu merujuk kepada keluarganya dan keluarga saya biarpun dia susah tahu perhubungan kami tiada sefahaman lagi. Saya hidup tertekan dengan sikap kami dan hampir 3 tahun juga saya makan hati dengan sikapnya. Kami sudah berusaha untuk berubah, tapi gagal.

      Apakah langkah yang perlu saya lakukan? Perlukan mencari Peguam untuk masalah saya ini?

      Persoalan saya sekarang, bolehkah saya menuntut cerai dengan alasan tiada persefahaman lagi antara kami?

    4. saya cuba mendapatkan khidmat peguam sharie untuk mempercepatkan kes untuk isteri sya mendapatkan hak anak dan nafkah. pada mulanya peguam ini meminta rm1500 untuk meneruskan prosiding mendapatkan hak anak tetapi setelah 2 minggu peguam ini memberikan satu lagi option untuk mempercepatkan kes mahkamah iaitu saya terpaksa membayar sejumlah rm10000 untuk memfailkan ex-parte.dan dijanjikan kes akan selesai dalam masa 2 minggu. apakah ada disebalik batu niat peguam ni semasa mula-mula kes saya dirujuk padanya. untuk makluman tuan , kes ini membabitkan isteri saya dan bekas suaminya berkaitan hak jagaan 2 orang anak mereka dan hak nafkah.

    5. Sy telah memutuskn pertunangan sy sebulan sblm tarikh kahwin. Oleh kerana tidak berpuas hati dgn sebab yg saya berikan utk putus, keluarga perempuan telah memfailkan saman malu ke atas saya. Sy telahpun menerima ‘letter of demand’ drp peguamnya menyatakan jumlah pampasan yg mereka inginkan.
      1. Bagaimanakah patut saya hadapi masalah ini?
      2. Siapakah patut sy berjmpa utk consultation?
      3. Bolehkah sy mewakilkan diri sdiri ketika di mahkamah nnt?

      Sekian, terima kasih.

    6. saya selalu gaduh ngan tunang saya. dia selalu paksa saya untuk selalu luang masa untuk selalu bersamanya. saya rimas! saya ada komitmen lain yang jauh lebih penting daripada dia. skang dia xkeje. cam ner nk kawin kalo asyik mintak $ saya jer?? da la saya pn kuli kilang! saya tension arr kalo lme2cam ney..tlg arr cam ner nk putus ngan tunang xgne tue???..ujung bln ney ptutnye ktowg kawin..tp bajet lari arr cos tanggung dia ari2,tiap jam,tiap mnt..sume lah..saya da xder perasaan kt dia..TOLONG la…!!!!

      • kalau ikut undang-undang islam pun, kalau dah bertunang dan ketidaksefahaman…baiklah putus je..kalau pihak perempuan yang mintak putus..so pulangkan la cincin balik.kalau lelaki yang putuskan pertunangan..perempuan boleh simpan cincin.cuma kalau under LRA (untuk non-muslim) baru ada provision untuk promise to marry.tapi kita islam…kalau dah ada konflik…putus.dan pulangkan cincin je.ikut atas budi bicara pihak lelaki dan perempuan la kalau nak kena ganti rugi ke pe..bukan susah pun.

    7. Sya …kalau dah tak ada perasaan putuskan aja pertunangan.Cakap aja berterus terang padanya…kemudian beritahu mak bapak sya …. pulangkan cincin ,rasanya orang tua tahu kot adat adat putus tunang ni.Buat apa nak cari masaalah.Ni belum kawin lagi ,kalau dah kawin entahlah ….

    8. kronik tunang sya tu sya….pulang dan putuskan baik2 …sekarang ni macam2 ragam ada…manusia tak takut buat salah dah sampai berbunuh pun sanggup….

    9. zaire…apa sebab kau putuskan?…dan rasa macam tak critical kut kalau putus
      bukan last minute…or is it last minute?….

      ..ini arguement aku je….bukan pendapat lawyer bijak…..there has never been any
      written contract kan…apa nak takut…

    10. sjak bkwn smpaila bertunang, mcm2 sgt yg terjadi..smpaila 2 bln terakhir sblm kami patut bernikah..aku mmg dh takde rasa syg dgn dia..pegi beli brg hantaran pun aku buat sekadar meneruskan je apa yg dh diusahakan..aku putuskan sebulan sebelum tarikh nikah. dan masa tunang dah sebut, “kalau terputus, putus mcm tu je..” – dah pergi ke rumah elok2 dan putuskan..pulang brg2..tp masih diaorg nk saman.

    11. assalamualaikum

      saya ingin bertanyakan beberapa soalan kepada pihak tuan/puan…

      1)arwah nenek saya ade meninggalkan beberapa bidang tanah..arwah nenek saya ade 3orang anak perempuan.salah seorang nya adalah arwah ibu saya.akan tetapi semasa arwah nenek masih hidup,beliau tidak pernah membuat sebarang wasiat tentang pembahagian tanah tersebut..akan tetapi selepas arwah nenek meninggal,salah seorang daripada anaknya telah menjual kesemua tanah tersebut tanpa pengetahuan kami.untuk makluman tuan/puan,ibu saya juga telah meninggal dunia.adakah kami sebagai anak2nya dan cucu lelaki kepada arwah nenek akan dapat bahagian daripada penjualan tanah tersebut..

      2)sekiranya kami ada hak terhadap hasil penjualan tersebut,tetapi orang yang menjual tanah tersebut tidak mahu memberi bahgian kami,apakah tindakan yang patut kami lakukan..kami adalah cucu arwah nenek..

      3)dimanakah kami boleh dapatkan bantuan untuk menuntut hasil tersebut…

      diharap pihak tuan/puan dapat membantu kami..

      • Jika tiada wasiat ,pembahagian dapat di buat secara faraid oleh PUSAKA KECIL di daerah masing2 atau melalui amanah raya bhd kalu harta terkumpul melebehi RM 2 juta.

    12. assalamualaikum…
      saya sudah berkahwin untuk kali kedua..kedua2 perkahwinan saya hancur..isteri kedua saya telah memfailkan cerai fasakh..membayar 300 selama 3 bln dan menunutut wang mutaah sebanyak rm12000…saya bersetuju untuk membayar dengan ansuran sebayak 300 sebulan…tetapi kini die mengungut untuk membuat saman malu terhadap saya jika saya gagal untuk memberi rm 400 sebulan kepadanya..apakah yang patut saya lakukan sekiranya dia betol2 menyaman saya?

      • GIE ajo kat mano2 pejabat pusako kecil di daerah masing2..kalo kat KL tgt 2 wisma jupen, Jln Semerak K>L> UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA WILAYAH PERSEKUTUAN….
        03-26931797 smbgn 105… FAX : 03-26921172

    13. kalo persetujuan tercapai cara sah rm300.00. apo nak di rusingkan lage jang, kalo idak bior die bawa ke pengadilan..u sebutkan jumlah termampu-membayor, barangkali boleh di uruskan tapi kamu jgn lah mungkar seterus nya kelak..dosa.., kalo dah dapat kutip buah takan dahan pokon pun nak di cantaskan…nabti laen kali dah tak do buah nah di kaitkan

    14. tak semua BBG dapek menolong (Bgn perangsang Shah Alam)..ato padei berkaitan …menolong ..benda2 sekecil ..pengisian borang… kaitan affidavit ..mereka terang2 menyatakan tak fasih tahu..termasuk sister in islam pun tak dapek membantu..cuma obarat gajah putih aje depan mato..macam orang merana – keparat..kalo tak keluak TV atu macam lain2 di sokong oleh kram singh wolokria di aduan rakyat ..tak do sapo yg pedulikan… kato2 memang sodap didogar…dari berito

    15. salam…saya tegah keliru n sedih adakah talak yang di lafas kan suami kepada saya betol???? masa kami tegah bertengkar beliau(suami) da bertaya nak ape saya pun cakap lepas jelah kalau tak sayang cerai je….beliau tanya talak berapa pada saya n saya jawab talak 3….beliau tanya betol ke..saya cakap ye…beliau cakap kalau tu yang kamu nak abang cerai….adakah jatuh talak yang di lafas kan tu (abang cerai)tampa meyebut nama saya dan berapa talak…..untk pegetahuan saya sudah berkahwin 3tahun di kurniakan 1cahaya mata(umr 1thn) dan sekarang sedang hamil 7blan….

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s