Jerawat – Jangan pandang remeh

Oleh Siti Zaleha Jorimai

“SAYA tak tahu lagi apa yang perlu saya buat. Bermacam-macam ubat dan petua saya dah cuba tapi jerawat tak mahu hilang juga. Kadang-kadang malu juga melihat keadaan wajah saya lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan orang. Pernah saya tidak datang satu temuduga kerja kerana malu dengan muka saya yang penuh jerawat.”

Demikian antara luahan hati Norlia Ahmad, seorang remaja yang pemalu dan lebih suka menyendiri gara-gara kurang keyakinan disebabkan masalah jerawat yang agak serius dialaminya.

Norlia tidak berseorangan, sebaliknya ramai lagi remaja menghadapi masalah sama kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah mengalami jerawat iaitu antara 80 peratus hingga 90 peratus.

Malah lebih teruk, kira-kira 30 peratus remaja yang berjerawat akan terus mempunyai masalah itu sehingga mereka dewasa.

Profesor Perubatan Mikrobiologi dari Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU), Prof. Ong Kok Hai berkata, untuk mengatasi masalah jerawat, seseorang terlebih dahulu perlu mengetahui punca yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku.

Secara umum katanya, jerawat adalah keadaan abnormal pada kulit akibat gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak (sebaceous gland) hingga menyebabkan saluran folikel rambut atau liang roma tersumbat.

Ini menyebabkan radang (bengkak) yang biasanya terjadi pada dada, belakang badan dan muka – bahagian paling kerap dijangkiti.

“Kita perlu faham bahawa kulit mempunyai banyak lapisan. Lapisan paling atas akan bertukar setiap 28 hari dan mengelupas sebagai sel mati. Dalam keadaan tertentu sel mati ini termasuk ke dalam liang-liang roma.

“Apabila liang-liang roma ini mengeluarkan minyak ia bercampur dengan sel-sel mati lalu membentuk gumpalan yang menyekat liang-liang roma,” katanya.

Menurut Kok Hai, jika tidak dikeluarkan, gumpalan ini memerangkap bakteria P. acnes di dalam liang roma tersebut sehingga menyebabkan radang dan seterusnya timbul jerawat.

Menurut Kok Hai, kebiasaannya jerawat bermula dengan kelihatan seperti bisul atau benjolan kecil pada kulit berwarna keputihan atau kemerahan.

Menurutnya lagi, punca sebenar terbentuknya jerawat tidak diketahui, bagaimanapun para doktor telah menyatakan beberapa faktor yang mungkin boleh dikaitkan sebagai penyebab masalah kulit itu.

Antaranya, peningkatan hormon di peringkat remaja menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak sebum, oleh itu liang roma tersumbat dengan lebih kerap.

Menurutnya, hasil penelitian menunjukkan sebanyak 85 peratus mengalami jerawat pada usia 12-25 tahun, 15 peratus mengalaminya hingga usia 25 tahun.

“Jika tidak diatasi dengan baik, gangguan jerawat boleh berlarutan sehingga usia seseorang mencecah 40 tahun,” katanya.

Jerawat juga kerap berlaku ketika wanita hamil berikutan perubahan hormon atau ketika permulaan dan pemberhentian penggunaan pil perancang kehamilan.

“Jerawat juga dikaitkan dengan keturunan di mana biasanya jika ibu bapa mempunyai masalah tersebut anaknya juga mungkin menghadapi masalah yang sama,” katanya.

Keyakinan

Kok Hai berkata, selain menimbulkan bekas yang menjejaskan penampilan, kesan utamanya adalah pada jiwa seseorang, seperti krisis keyakinan diri yang rendah dan kemurungan.

Justeru menurutnya masalah tersebut tidak harus dipandang remeh khususnya oleh golongan remaja dengan mengharapkan ia hilang sendiri apabila meningkat usia.

Rawatan biasa bagi jerawat adalah dengan menyapu krim yang mengandungi bahan-bahan kimia aktif seperti antiseptik atau antibakteria yang berfungsi untuk membunuh bakteria.

Namun katanya, krim hanya bertindak membunuh bakteria dari luar dan ia jarang menyelesaikan masalah jerawat hingga ke akar umbi.

“Sebab itu kita akan lihat dalam jangka masa singkat bengkak jerawat kering tetapi jerawat baru tumbuh lagi,” katanya.

Bagi yang mengalami masalah jerawat yang lebih serius biasanya mereka akan berjumpa doktor di mana akan diberi oral antibiotik (untuk dimakan).

Ia akan bertindak melawan jerawat dari dalam ke luar dan cara ini lebih berkesan berbanding sapuan krim.

Begitupun pengambilan antibiotik yang berlarutan akan menimbul kesan sampingan pada tubuh badan.

Hasil daripada kajian beliau, Kok Hai berjaya menemukan formula bagi mengatasi masalah jerawat yang beliau panggil sebagai In-FinitC3 Ance Formula.

Formula ini membawa pendekatan langkah demi langkah dalam menentang pertumbuhan jerawat mengikut peringkat perkembangannya.

Ia mengandungi tiga produk utama iaitu pembersih (cleanser) yang diformula bagi membuang sel kulit mati.

“Dengan mengurangkan sel kulit mati pada kulit dapat mengurangkan kemungkinan berlaku pori-pori tersumbat yang menyebabkan jerawat,’’ katanya.

Pembersih ini juga bertindak membunuh bakteria pada permukaan kulit dan mengurangkan radang atau pembengkakkan pada bahagian yang ditumbuhi jerawat.

Ia diikuti dengan langkah kedua iaitu menyapu krim yang dirumus bagi membuang gumpalan yang menyumbat pori-pori.

Krim ini berfungsi mengaktifkan enzim tertentu pada kulit yang merungkai gumpalan tersebut.

Apabila gumpalan berjaya dirungkai masalah minyak berlebihan dan bakteria yang terperangkap dan menyebabkan kerosakan pada tisu kulit akan dikeluarkan.

Langkah ketiga ialah dengan menyapu krim anti radang yang boleh meresap masuk ke dalam liang romayang telah terbuka bagi membunuh bakteria yang menyebabkan radang (jerawat bengkak).

Menurut Kok Hai, dengan penggunaan yang berterusan serta mengikut aturan yang telah ditetapkan, kesan penggunaan In-FinitC3 Ance Formula dapat dilihat seawal satu atau tiga minggu selepas menggunakannya.

Begitupun, kesan rawatan bergantung juga pada kadar serius jerawat yang dialami, di mana bagi yang teruk masa diambil lebih panjang untuk merawat masalah tersebut.

“Apa yang bagusnya dengan tiga langkah menyeluruh itu, ia dapat menghalang pembentukan jerawat baru dan dengan cara penjagaan yang betul termasuk dari segi gaya hidup dan corak pemakanan masalah tersebut mampu diatasi selamanya,” katanya.

In-FinitC3 Acne Formula boleh diperoleh di farmasi-farmasi tertentu pada harga RM89 setiap pek. Maklumat lanjut boleh melayari laman web http://www.bioti.com.my

Jenis jerawat

* Whiteheads – jenis jerawat yang kekal tinggal di bawah permukaan kulit.

* Blacheads – jerawat ini timbul ke permukaan kulit dan kehitaman.

* Papul – bonjolan kecil berwarna merah jambu yang mungkin berasa sakit jika disentuh.

* Pustul – jerawat ini berwarna kemerahan di pangkal dan bernanah di bahagian atas.

* Nodul – jerawat yang besar, menyakitkan dan padu yang terdapat di dalam kulit.

* Sista – jerawat bernanah yang dalam dan menyakitkan dan boleh meninggalkan parut.

Panduan Atasi Jerawat

11 thoughts on “Jerawat – Jangan pandang remeh

  1. saya masih mengalami masalah jerawat tapi kini beransur pulih dengan penggunaan satu produk..taoi kini saya mengalami masah parut jerawat..sekiranya saya mengalami masalah tumbuh jerawat semula..bagaimana saya hendak pastikan bhw jerawat tersebut tak meninggalkan parut??

  2. setiap penyakit ada ubatnya…menguji kesabaran dan kekuatan mental kita. jagn mudah putus asa dalam mencari penawar. bykkan usaha dan berdoa pada Allah s.w.t…moga dengan kurniaNya sihat seperti sediakala.

  3. saya berusia 29 tahun dan mempunyai 3 org anak. Masalahya sejak kebelakangan ini muka saya ditumbuhi jerawat. Tetapi yang menhairankan saya ianya tumbuh hanya di sebealah pipi saya iaitu di pipi kanan. Jerawat yang tumbuh tidak henti -henti manyebabkan saya rasa kurang selesa. Saya dahulu tidak mempunyai masalah kulit, saya mempunyai kulit yang bersih sebelum ini. Ini ada kemungkinan terjadi apabila saya berhenti mengambil pil perancang? saya sudah berhenti mengambilnya daripada saya melahirkan anak ketiga saya sejak umurnya 6 bulan sehinggalah sekarang umurnya sudah 2 tahun. Masalahnya sekarang mengapa tidak dari dulu lagi muka saya ditumbuhi jerawat kerana saya mula mendapat masalah jerawat ini sejak 3 bulan yang lepas.

  4. Saya berusia 20 tahun, saya tinggal di Lingkungan padat dan berpolusi (pinggiran kota Jakarta), saya tidak memiliki riwayat Jerawat (Ayah dan Ibu tidak memiliki Jerawat), sejak umur saya 19 tahun Jerawat mulai muncul, sampai detik ini, kulit muka saya malah meradang, Jerawat saya terkadang hilang lalu muncul kembali, saya percaya insya Allah bahwa Jerawat saya akan hilang namun, saya takut bekas jerawat menimbulkan noda/bercak/jaringan parut yang membuat saya depresi, saya pikir mungkin lingkungan mempengaruhi.

  5. semasa dalam pantang anak ke2,kulit saya asih kelihatan cantik dan bersih,tetapi bila usia menjangkau 25 tahun,kulit muka saya mengelupas,kusam dan berjerawat hanya di pipi kiri dan kanan,saya tak pernah ada jerawat sebanyak dan sedegil nie,saya malu pada semua,begitu juga dengan keluarga..sebab keluarga saya semuanya putih cantik dan bersih,saya dan buntu dengan apa yang saya alami…tertekan dan malu pada segala-galanya..tolong lah saya…semua produk yang saya guna hampeh belaka..

  6. saya berusia 15tahun . saya ada jumpa doktor dan makan ubat yang diberi oleh doktor . kulit saya beransur baik . apabila ubat habis makan , jerawat datang lagi . saya sangat risau . sekarang , saya guna sebamad produk .

  7. Bila sebut masalah jerawat..ckuplah ia menjadi pengalaman lampau saya.. masalah jerawat menyebabkan sya hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Di tambah lagi dengan muka sensitif dan berminyak.. oleh kerana waktu sekolah dulu saya aktif sukan, masalah muka makin bertambah teruk. Sehingga la saya tamat sekolah dan mula bekerja.. Nekad untuk menghilangkan masalah muka sya telah menggunakan 1 produk ini…dan Alhamdulillah kini masalah kulit hanya tinggal kenangan buat saya.. Di sini saya sertakan blog tentang produk yang saya gunakan.. Moga ia dapat membantu anda yang bermasalah seperti saya :)..
    shadiraskbeautycollection.blogspot.com

  8. hama resdung pun buleh mengahkibat terjadi nya jerawat…skrg ni ada bebagi cream yg mujarab..jumpa dokter ..sama ada antibiotik dalaman (not sure) aku dulu ada jerawat sapu clearasil cream hilang sampei ke nak jadi datuk dah nie…takdo pimples..tapi kalo ado makwe bersin dekat aku ia mendatang timbul sekejap aje….small probles laa kawan

    • cara aku ..aje nie…mula mula aku membersehkan muka..dgn pencuci (masa tu clearasil soap)lepas tu besihkan dgn tuala ..berayer suam ,,hingga muka berasa suam panas…..last sekali sebelum tidor aku sapu cream clearasil ..kulit akan bertukar atau melupas dan tompok ketulan jerawat mati akan terkeluar…(sautu ketika dulu.. aku juga mengambil high dosage vitamin…HICEE C….

  9. http://www.bie-asfirstfacialcleanser.blogspot.com/

    Pembersih wajah semulajadi yang dirumus dari ekstrak asam jawa ini merupakan pembersih muka yang sesuai digunakan oleh lelaki & wanita, serta tua mahupun muda. Pembersih muka ini bukan sahaja boleh menghilangkan jerawat tetapi juga boleh menghilangkan sel-sel kulit mati dan bintik hitam (blackhead) serta sesuai untuk kulit muka yg berminyak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s