Tiada rawatan baiki masalah otot jantung tebal

Oleh Hafizah Iszahanid (hafiza@nstp.com.my)

Ibu bapa patut pantau kesihatan anak terutama jika hadapai kesukaran bernafas

“BAYI saya masih di hospital walaupun sudah dilahirkan dua hari lalu. Doktor kata dia mengalami ‘cardiomyopathy’. Saya tertanya-tanya apakah penyakit itu,” kata Alia, 30, (bukan nama sebenar) ibu muda yang ketika hamil berhadapan dengan masalah diabetes (gestational diabetes).

Lebih malang apabila anak yang baru dilahirkan itu berhadapan dengan masalah jantung.

Cardiomyopathy adalah keabnormalan otot jantung yang menyebabkan kesukaran mengepam darah. Ada banyak sebab mengapa cardiomyopathy berlaku antaranya jangkitan, pengaruh metabolik dan genetik. Di Malaysia, tiada pangkalan data yang menyimpan rekod kes cardiomyopathy tetapi berdasarkan statistik di Amerika Syarikat, penyakit itu dikesan berlaku terhadap tiga daripada 10,000 kanak-kanak.

Penyakit itu terbahagi kepada dua jenis iaitu hypertrophic dan dilated. Hypertrophic cardiomyopathy (HCM) merujuk kepada masalah otot jantung tebal dan biasanya dialami kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu diabetik.

Dalam kes Alia, bayinya berhadapan dengan hypertrophic. Biasanya kes hypertrophic terjadi kerana masalah genetik dan pengaruh metabolik.

Dilated cardiomyopathy pula ialah keadaan otot jantung lemah dan jantung menjadi bengkak berpunca daripada masalah metabolik serta jangkitan. Kedua-duanya dilated tidak kerap berlaku tetapi jika berlaku ia menjejaskan kualiti hidup.

Pakar Perunding Kardiologi Kanak-Kanak, Dr Yong Junina Fadzil, berkata bagi kes hypertrophic yang disebabkan masalah ibu diabetik ketika hamil, peluang untuk sembuh adalah lebih baik berbanding kes yang disebabkan faktor genetik atau dilated cardiomyophathy.

“Hypertrophic dipengaruhi oleh kadar insulin ibu. Oleh itu bayi akan kembali normal selepas usianya meningkat,” katanya.

Dr Junina berkata, HCM merujuk kepada masalah otot jantung menjadi tebal pada bahagian tertentu di jantung.

Ketebalan itu menyebabkan jantung terpaksa bekerja keras mengepam darah keluar daripada jantung. Otot jantung yang tebal ini pula boleh menjejaskan fungsi injap jantung. Biasanya, otot pada ruang jantung kanan kerap terjejas.

Jika kes HCM terjadi kerana kadar insulin ibu yang tinggi, anak akan sembuh apabila dilahirkan. Bagaimanapun, ketika ini kadar insulin ibu tidak lagi mempengaruhi kesihatan bayi. Biarpun begitu, jika HCM terjadi kerana faktor genetik, ia tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan seumur hidup.

Dr Junina berkata, HCM tidak terhad kepada kanak-kanak malah ia juga boleh berlaku pada orang dewasa.

Simptom

Bagi bayi yang dilahirkan oleh ibu diabetik, doktor akan memantau perkembangan bayi dengan mengambil kira tekanan darah dan denyutan nadi. Ibu bapa juga perlu memantau perkembangan anak terutama jika berhadapan dengan kesukaran bernafas.

Bagi kes yang membabitkan faktor genetik atau metabolik, simptomnya ialah sakit dada, pengsan ketika melakukan aktiviti dan perut mungkin bengkak disebabkan hati membengkak.

Rawatan

Bagi kes HCM yang bukan disebabkan masalah ibu diabetes ketika hamil, tiada rawatan yang boleh memperbaiki otot jantung. Selalunya rawatan hanya untuk melegakan simptom dan mencegah komplikasi. Jika pesakit mengalami simptom yang ringan, mungkin mereka tidak perlukan rawatan.

Bagaimanapun, dalam kes yang teruk, pemindahan jantung mungkin diperlukan dan seperti kebanyakan negara, pemindahan jantung membabitkan pesakit kanak-kanak sangat sukar dilakukan.

Dilated Cardiomyopathy

Dr Junina berkata, berbanding HCM, dilated cardiomyopathy adalah keadaan otot jantung yang lemah. Ruang jantung menjadi besar apabila dinding otot lemah dan terkelepai (floppy) berbanding biasa. Oleh itu, jantung tidak boleh mengepam darah sekuat seperti biasa.

Walaupun kebanyakan kes dilated cardiomyopathy dikaitkan dengan jangkitan kuman tetapi selalunya ia bersifat ‘idiopathic’ (tidak diketahui puncanya).

“Dilated cardiompyopathy tidak terhad pada kanak-kanak kerana ia dikaitkan dengan faktor jangkitan,” katanya.

Simptom

  • Perut bengkak
  • Nafas pendek
  • Tiada selera makan
  • Lemah dan letih

    Rawatan

    Seperti HCM, tiada rawatan yang boleh mengubah keadaan otot jantung. Ubat perlu diambil seumur hidup bagi mengawal simptom kegagalan jantung. Dalam keadaan tertentu seperti terjadi kegagalan jantung, pemindahan jantung adalah satu-satunya rawatan.

    Info mengenai jantung

    Jantung memiliki empat ruang, dua atria dan dua ventrikel. Dinding ruang ini mewujudkan otot jantung yang dikenali sebagai ‘myocardium’. Setiap kali jantung berdegup, atria mengecut berbanding ventrikel bagi mengepam darah. Kedua-dua ventrikel mengecut untuk mengepam darah keluar daripada jantung ke arteri. Ada satu injap sehala di antara atria dan ventrikel serta di antara ventrikel dan arteri besar yang datang dari jantung. Injap itu memastikan bila atria atau ventrikel mengecut manakala darah mengalir ke laluan yang betul.

  •  

    One thought on “Tiada rawatan baiki masalah otot jantung tebal

    1. Berapa peratus kah kesembuhan kepada bayi yang menghidap hypertrophic cardiomyopathy dulu sebabkan insulin ibu tinggi semasa hamil..

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s