Ulser aftus berulang

Doktor,
SAYA ada seorang anak berumur setahun lebih. Dia selalu ada masalah sakit mulut. Apabila diberikan ubat, dia boleh hilang tetapi dalam beberapa hari sahaja. Selang tidak berapa lama kemudian, sakit mulutnya itu akan jadi balik. Bolehkah doktor terangkan kepada saya, apakah yang menyebabkan keadaan itu boleh berlaku? Adakah ia boleh menjadi tanda-tanda awal kepada penyakit yang lebih serius?

– AVUTH

————————–

Avuth,

Masalah sakit mulut yang kerap dialami oleh anak puan dikenali sebagai ulser aftus berulang (recurrent aphthous ulcer).

Malangnya, ia memang menyakitkan dan kanak-kanak sering kurang berselera untuk makan dan minum kerana sakit mulut ini. Dengan itu mereka boleh mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.

Sebab utama mengapa ulser aftus berlaku tidak jelas. Ia berkait rapat dengan sistem pertahanan badan (sistem imun) seseorang.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang lebih terdedah kepada ulser aftus.

Misalnya faktor trauma, terkena gigi atau sewaktu memberus gigi, pemakanan yang tidak seimbang, atau kekurangan zat makanan atau alahan makanan.

Keturunan atau faktor genetik/keturunan juga menyebabkan seseorang lebih cenderung mendapat ulser aftus.

Terdapat juga faktor-faktor kesihatan yang lebih serius seperti gejala awal penyakit eritematosus lupus sistemik (SLE), sejenis penyakit kronik yang berpunca daripada kecelaruan autoimun yang lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak perempuan dalam usia remaja.

Menjaga kebersihan mulut dengan kerap minum air dan menggosok gigi dapat membantu mengurangkan kejadian ulser mulut.

Cubalah memberi anak anda buah-buahan segar atau sayur-sayuran hijau dan multivitamin yang mengandungi zat besi; asid folik; zink; dan vitamin B-1, B-2, B-6, B-12, and C.

One thought on “Ulser aftus berulang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s