Derma darah sakitkan kepala?

Doktor,
PADA penghujung tahun 2005, saya telah menderma darah yang biasa diadakan di sekolah setahun sekali. Oleh kerana saya tertanya-tanya bagaimana rasanya menderma darah lalu saya pun turut mengambil bahagian. Ketika itu saya berumur 18 tahun dan itu kali pertama dan kali terakhir saya menderma darah.

Apabila pulang ke rumah dan memberitahu ibu saya bahawa saya telah menderma darah, ibu lantas memarahi saya. Ibu mendakwa bahawa derma darah akan membuatkan kita selalu sakit kepala dan sekali menderma darah, kita harus menderma darah setiap tahun.

Pada mulanya saya tidak kisah tetapi sejak akhir-akhir ini hampir setiap hari saya sakit kepala hingga mengganggu tumpuan saya. Jadi saya mula terfikirkan, adakah betul apa yang ibu saya katakan itu atau saya mempunyai masalah lain.

Oleh itu saya meminta penjelasan daripada doktor mengenai perkara ini. Mungkin dari penjelasan doktor nanti saya boleh mengubah tanggapan ibu saya mengenai derma darah. Sekian, terima kasih.

– GADIS AYU

Gadis Ayu,

Pertama sekali, tahniah diucapkan pada saudari. Menderma darah adalah satu amalan murni yang tidak ternilai sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlulah wujud dalam diri setiap individu tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Malah setiap orang haruslah menggangap bahawa menderma darah adalah satu tanggungjawab dan mendermanya secara sukarela. Satu unit darah yang anda dermakan dapat menyelamatkan nyawa:

* Mangsa demam denggi

* Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah

* Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin

* Bayi yang memerlukan pertukaran darah

* Pesakit Talasemia

* Pesakit Anemia

* Mangsa kebakaran

* Pesakit leukemia

* Pesakit Haemifilia

Dalam usia 18 tahun, seorang muda-mudi tidak perlu mendapat kebenaran ibu bapa untuk menderma darah. Sekiranya anda berumur 17 tahun, anda perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

Dari sudut kesihatan, apabila seorang didapati sihat semasa pemeriksaan dibuat sebelum menderma darah, ia tidak akan menjejaskan kesihatannya.

Malah, ramai penderma darah berpendapat bahawa selepas menderma darah mereka berasa lebih segar dan sihat. Anda dinasihatkan supaya mengambil makanan ringan sebelum menderma darah.

Sakit kepala yang menurut saudari berlaku sejak akhir-akhir ini, saya rasa tidak ada kaitan dengan derma darah yang dibuat pada penghujung tahun 2005.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang mendapat sakit kepala. Saya nasihatkan agar saudari menjalani pemeriksaan kesihatan yang lebih lanjut.

– Jawapan disediakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Derma Darah, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) merangkap Naib Pengerusi PBSM, Datuk Dr. Bahari Abu Mansor.

2 thoughts on “Derma darah sakitkan kepala?

  1. Saya baru sahaja derma darah hari selasa dan malam selasa tu saya rasa sangat2 sakit di kepala.. dan sakit itu berlarutan sehingga hari ini .. lupa nak bagitahu , saya first time derma darah dan saya nak tanya , memang kalau first derma darah , memang macam ni ke effect dia ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s