Adab Dengan Suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.


Seks Hebat. Keterangan lanjut, sila klik sini.

7 thoughts on “Adab Dengan Suami

  1. funnny as wat i see only,,,, semua utk suami ,, wud luv to c adab utk isteri pulak B4 i comment further,, tepuk sebelah tangan ta kan berbunyi.. MUTUAL RESPECT OF EACH OTHER IS THE KEY WORD

  2. sorry to mention that it sounds like isteri terpaksa menghambakan diri untuk suami pulak, would be much better if each points in this article is supported by hadis (sahih) or firman Allah from anywhere in the Quran. and i agree with jeffabd.

  3. adab isteri pada suami dah mantap, adab suami pada isteri camana? untuk menikmati hidup berumahtangga yang sebenar, suami isteri perlu ada adab masing2 untuk di aplikasikan

  4. betul cna….akhir zaman ni…suami dah tak macam dulu…adab2 ni guna kitab lama…..kena ubahsuai sikit suaaya relevan dengan masa kini….

    la ni wanita bekerja….nak bantu suami juga….then, semua keje umah pun kena buat sendirian….suami tak bantu pun…..

    balik umah….rehat…tido…walhal…isteri pun keje…balik umah macam2 keje lagi..
    1) memasak
    2) layan suami
    3)layan anak
    4) kemas umah
    5) basuh baju
    6) sidai baju
    7) angkat kain
    8) lipat kain
    9) basuh pinggan
    10) kemas dapur….
    11) dan macam2 lah laginyeeeeeeeee

    relevan tak….

    suami zaman la ni
    kita minta tlg sidai kain pun….terlupa katanya…..
    boleh la tolong buang sampah….tu pun selepas sampah tu dah melimpah2 dan busuk…..

    la ni….suami yg tak bg nafkah pun ramai…..macam akil hai tak bg nafkah batin…..nak kena adab juga je??

    patutnya….saama2 beradab…..
    tolonglah isteri…..macam maana nak bagi layanan first class kalau keje berderet tadi buat sorang2….

    kalau ditolong….dah ringan beban….lain la kan….
    kita dah buat keje, letih …bila tak laayan….kita kene laknat…..sian isteri….

    klau tak buat keje pulak…..suami marah….rumah bersepah….lah….tersepit kita ni….
    minta pembantu umah…..kisah fatimah di ceritanya…..

    huh…..
    sekadar luah kan je….tapi pun buat je keje2 tu….suami pun layan juga…..takut kena laknat….

    letih …..
    para suami….u jadilah suami yg ideal…..tolong lah isteri zaman la ni….jangan pandai cari salah je,,,,walhal salah awak pun tinggi gunung…..

    lega lah rasa hati…..
    maybe ramai yg sama apa yg saya lalui…..just meluahkan…..tapi tak nafi ade yg lebih teruk lagi….
    suami tak keje….suruh bini keje……dan buat juga kje berderet2 tadi……
    tu lagi teruk…..

    oklah….sekian
    tapi saya cuba yg terbaik la….mana mampu buat saya buat….heheh

  5. Huhuhuhuh….mmg susah kalu nak citer pasal adab terhadap suami nih…mmg terlalu subjektif lak rasanya. Tapi sy sgt setuju dgn Nor. Kenapa kita kaum pompuan jek yg nak kena bersusah2 untuk diaorg…sedangkan dua-dua pon bekerja? Dua-dua pon penat bila balik keje… patutnya kenalah saling cuba bertimbang rasa. Kita bukan minta diaorg masakkan utk kita…but at least tolong la apa2 yg patut…contohnya basuh dan sidai baju…cuci tandas…buang sampah. Dan hari minggu tu, jgn le dok buat taik mata je dari subuh sampai asar..!! at least pi la pasar dgn bini…ajak pi breakfast ke…barulah boleh bertambah kerukunan rumahtagga. Adooii…suami2 zaman skrg ni, bila diingat sesekali…lagi menyusahkan..adalah kot..?? hahahah…

    Kepada suami2 di luar sana yg membaca coretan ini, jgn kata kami merungut..tapi hangpa pon kena sedaq diri sama ok!…jangan ambik hati. No offence ya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s