Tak wajar halang bekas pasangan lawat anak

SAYA tertarik dengan isu hak lawatan dan hak jagaan dibincangkan sebelum ini. Saya sendiri mempunyai pengalaman pahit berhadapan dengan perkara itu. Saya dan isteri sudah bercerai dua tahun lalu dan tiga anak saya di bawah jagaan bekas isteri dan saya mendapat hak lawatan. Walaupun saya tidak ingin memisahkan diri daripada anak, tetapi bekas isteri tidak membenarkan saya melawat dan bermalam dengan anak kami walaupun ketika cuti sekolah. Saya benar-benar terseksa, tetapi pada masa sama, jika saya tidak mahu memberi duit belanja, bekas isteri akan mengamuk serta mengugut untuk membawa kes ke mahkamah. Tidak adil bagi saya kerana apabila ingin bertemu tidak dibenarkan, tetapi setiap bulan menggertak untuk mendapat nafkah. Apatah lagi setiap kali hari raya, anak tidak dibenarkan berada bersama saya dengan pelbagai alasan. Mohon penjelasan tuan berhubung perkara ini.

Bekas suami,
Selangor

——————————-

Persoalan ini berkait dengan isu hak jagaan ke atas anak bagi pasangan bercerai yang sudah diputuskan Mahkamah. Dalam kes saudara, bekas isteri mendapat hak jagaan dan saudara mendapat hak lawatan.

Berdasarkan pengalaman kami, ada banyak kes di mana ibu tidak membenarkan bapa melawat anak hanya atas alasan masa bapa datang melawat tidak sesuai untuk anak seperti anak sedang tidur, bermain, menonton cerita kartun kegemarannya dan pelbagai alasan lain.

Jika mengambil kira nilai insaniah dan hubungan antara seorang anak dan bapanya, bapa berhak melawat anaknya walaupun setakat melihat anaknya sedang tidur, menonton kartun kegemarannya atau bermain permainan komputer dengan anaknya.

Namun, secara praktikalnya sukar untuk ibu membenarkan bapa berbuat demikian dengan anak kecil ini hanya atas alasan mereka sudah bercerai. Maka, pihak yang hanya mendapat hak lawatan pulang dengan kehampaan dan perlu datang lagi ke rumah pihak yang mendapat hak penjagaan pada masa lebih sesuai dan munasabah bagi melawat anaknya. Begitu sebaliknya, ada kes bapa mendapat hak jagaan tidak membenarkan ibu melawat dan bersama anak mereka.

Setiap ibu dan bapa perlu memahami jika terjadi perceraian antara mereka, hubungan ibu atau bapa tidak terputus dengan anaknya walaupun salah satu pihak mendapat hak penjagaan dan pihak yang satu lagi hanya mendapat hak lawatan.

Keputusan mahkamah memberi ibu hak jagaan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menghalang anak berjumpa dengan bapa mereka atau menghalang anak bersama dan bermalam dengan bapa atau pihak yang mendapat hak lawatan itu.

Namun begitu, pihak yang hanya mendapat hak lawatan pula tidak wajar menggunakan kebenaran itu sewenang-wenangnya. Maksudnya, jika bapa mendapat hak lawatan, dia tidak harus menggunakan alasan kerana si ibu sudah bersama anak sepanjang dari Isnin hingga Jumaat, maka Sabtu dan Ahad anak mesti bersama beliau.

Beliau juga tidak wajar menjadikan alasan anak sudah bersama ibu sepanjang malam, jadi beliau wajar dan munasabah bersama dengan anak sepanjang siang hari. Alasan sepanjang minggu persekolahan anak bersama dengan ibu maka sepanjang cuti persekolahan anak perlu bersama bapa juga tidak wajar diterima.

Beliau perlu sedar, masa sesuai dan munasabah perlu merujuk kepada masa ibu dan masa anak. Rasionalnya, si ibu juga bekerja sepanjang hari bekerja dan perlukan hanya Sabtu dan Ahad untuk bersama dan bermesra dengan anak. Ibu juga perlu menunggu cuti persekolahan untuk bercuti dan berlibur bersama anak.

Bagaimanapun, ia masih bergantung kepada sikap tolak ansur antara kedua-dua ibu dan bapa di mana anak boleh dibenarkan bersama dan bermalam dengan bapa jika ada unsur membawa kebajikan dari segi emosi dan sahsiah anak.

Contohnya, benarkan anak bermalam untuk dua malam dalam seminggu dengan bapa atau di rumah nenek sebelah bapa jika ada majlis keramaian majlis sambutan hari jadi anak, termasuk hari raya. Ini boleh merapatkan hubungan anak dengan keluarga sebelah bapanya.

Berhubung isu ini, jika berlaku perebutan dan tiada tolak ansur antara ibu bapa, anak akan melihat perlakuan itu dan ini memberi tekanan perasaan kepada mereka. Oleh demikian, mahkamah sangat menggalakkan hubungan baik antara ibu dan bapa selepas perceraian demi kebajikan dan emosi anak.

Ia juga demi mengelakkan keperibadian anak terjejas hingga hilang jati diri kerana menjadi mangsa perceraian dan pertelingkahan ibu bapa yang tidak pernah selesai berkaitan masa lawatan, bersama dan bermalam sama ada dengan ibu atau bapa mereka.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang soalan, sila kirimkan ke exco_pgsm@yahoo.com

15 thoughts on “Tak wajar halang bekas pasangan lawat anak

  1. salam..saya mempunyai dua anak bersama bekas isteri dan dibawah jagaannya..apa yang merunsingkan saya, bekas isteri saya tidak mahu berkompromi dengan saya tentang hak dan lawatan anak..malah banyak mengikut peraturannya sendiri, saya ingin membawa perkara ini ke mahkamah tetapi saya tetap bersabar minta ada timbangrasa dan adil bersama..tetapi sekarang bekas isteri saya sudah berkahwin, lebih malang, suami dia turun meracuni fikiran bekas isteri saya supaya tidak membenarkan saya berjumpa anak dan hanya sekali sekala kebenaran diberi. tindakannya itu membuatkan saya sakit hati kerana saya berpendapat anak2 tak perlu diracuni dan mereka bebas untuk dikasihsayang oleh ibu atau ayah..saya mohon pendapat tuan, adakah perlu saya menuntut hak pejagaan atau mengajukan perkara ini kepada peguam syarie…

  2. Salam, saya rasa jawapan dari peguam syarie wanita banyak menyebelahi kaum wanita walaupun sebenarnya kaum lelaki juga terseksa dengan perceraian. Ada kes dimana saudari peguam menyatakan walaupun bekas suami tdk mampu memberi nafkah dlm jumlah sepatutnya, dia harus berusaha kerana mampu bekerja. Jadi bagaimana dengan keluarga yang baru? Dalam pada itu, bekas isteri sentiasa mengelak untuk memberi kebenaran untuk berjumpa dengan anak tetapi mengungkit jika tidak diberi nafkah. Dia juga tidak mahu anak-anak bermesra dengan ibu tiri (isteri baru). Bila anak bersekolah asrama, dia dipindahkan ke sekolah lain tanpa memberitahu saya. Nombor telefon ditukar dan kalau ada apa2 harus melalui peguamnya. 2 anak saya tinggal bersama bekas mertua di kampung dan saya pernah dihalau dan diugut dengan parang supaya tidak mengambil anak dan diharamkan menjejak kaki di tanah mereka. Saya diamkan kerana tidak mahu keruhkan keadaan. Jadi di mana hak kami sebagai bapa kandung kepada anak2 kami sendiri. Kaum wanita ada pembelaan, tp bila pada pihak suami nasihat diberi adalah tolak ansur. Bila bekas suami nak bertanggungjawab, reaksi bekas isteri pula melampau.

    • Saya berpendapat tentang perkara yg saudara ini bangkitkan berkaitan segelintir peguam syarie wanita banyak membela hanya sebelah kaum ibu tanpa mengikut undang2 syarie…saya juga pernah mengajukan soalan2 yg sama pada ramai tokoh ilmuan islam malaysia yg rata2 menghuraikan “jika ayah kandung kepada anak ini mendapat hak lawatan terhadap anak2 dihalang oleh ibu atau pihak ibu,sekiranya si ayah tetap bertegas membawa anak itu untuk seketika dengan hasrat menghiburkan hati anak adalah satu perkara yang harus dan ganjarannya adalah pahala…

  3. saya bersetuju dengan saudara zam. jgn terlalu menyebelahi pihak wanita, para bapa juga ingin berjumpa dengan ank kerana mereka juga ada hak terhadap anak2 tersebut. oleh itu, kedua belah pihak harus memikirkan kepentingan anak. ank memerlukan kasih sayang kedua2 belah pihak, jadi atur jadual dengan adil. jika ibu sudah menjaga ank bermula 8 malam ahad hingga 8 malam jumaat, jadi bapa pula harus diberikan hak lawatan dan bermalam bermula 8 malam jumaat hingga 8 malam ahad.
    sekiranya pihak ibu ingin bersama ank pada hujung minggu (iaitu pada waktu yang ditetapkan mahkamah kepada bapa) persetujuan harus dibincangkan dengan rasional. Dengan syarat, bapa tidak terlalu pentingkan diri sendiri kerana ibunya juga ingin membawa ank bersiar-siar atau beriadah pada hujung minggu. sekian
    p/s : saya adalah seorang ibu tunggal. Ini hanya pendapat peribadi saya, kerana ini lah yang saya praktik kan bersama bekas suami. Alhamdulillah, tiada masalah.

  4. saya juga mengalami nasib yang sama,, saya pernah di pukul beramai-ramai oleh pihak bekas isteri di sebabkan mahu lawat anak.. apakah hukuman? apakah saya harus lakukan?

  5. Isteri saya telah keluar meninggalkan rumah bersama2 dua orang anak dpd 3 beradik.
    Isunya saya dn anak yg sulung dihalang berjumpa oleh keluarga mertua sehingga kes perceraian selesai dan sedangkan sebut kes pun belum berlaku.
    Beliau sekeluarga sepakat ingin memutuskan perhubungan adik beradik & bapa.
    Apa pandangan puan dan semua rakan2.

  6. Saya juga menghadapi dilemma yang sama.Selepas mahkamah menetapkan jumlah nafkah untuk 2 anak saya yang dibawah jagaan bekas isteri,saya menunaikan tanggungjawab saya seperti biasa.Tetapi malangnya selepas bulan ketiga,bekas isteri berpindah tanpa pengetahuan saya dan secara otomatik saya tidak dapat melawat anak saya.
    Usaha saya mendapatkan alamat bekas isteri melalui saudara mara terdekat bekas isteri gagal.
    TIndakan drastic yang saya lakukan ialah menghentikan pembayaran nafkah walaupun amat berat untuk dilakukan kerana akan menjejaskan kehidupan anak saya.
    Selama 6 bulan saya tidak dapat melawat anak saya kerana tidak tahu alamat.
    Persoalannya bila kaum lelaki membangkitkan isu ini,kebanyakannya akan menjawab tidak wajar menghentikan pembayaran nafkah walaupun tidak dapat berjumpa anak.Kenyataan ini amat tidak adil.Nafkah yang tertunggak boleh dituntut semula di mahkamah tetapi tempoh 6 bulan saya tidak dapat bersama anak2,tidak mungkin dapat diganti atau dituntut di mana2 mahkamah dan alasan yang biasa diberi termasuk oleh peguam syarie ialah perlunya tolak ansur mengenai hak lawatan.Padahal jelas dinyatakan hak lawatan di dalam perinntah mahkamah.Islam itu Adil.Apa saja yang tidak adil bukanlah dating dari hukum Islam.Pada pendapat saya cara sekarang tidak adil kerana tiada tindakan tegas untuk bekas isteri yang tidak membenarkan bekas suami melawat anak.Hanya tindakan tegas kepada bapa yang tidak menunaikan nafkah sahaja padahal kedua2 perkara ini melanggar perintah mahkamah.

    • tuan, saya mewakili pihak suami saya. situasi tuan sama dgn masalah yg dihadapi oleh suami saya. tiadak adil kepada suami yang hanya MEMEBERI NAFKAH tetapi, untuk membawa anak2 pergi bercuti dan bermalam TIDAK DENGAN IZIN bekas isteri beliau.. saya bersimpati dengan nasib suami saya yang sentiasa menyebut nama anak2 nya. di mana keadilan yang dikatakan. hingga kan suami saya nekad untuk tidak menyempurnakan nafkah bulanan anak2 beliau. tapi saya bantah, “jgn jadikan anak sebagai mangsa keadaan”… kenapa tanggungjawab tidak memberikan nafkah sahaja yang menampakkan keburukan bapa. walhal hati bapa juga tersiksa.

  7. salam , saya nak tanya , boleh tak kalau bekas isteri tidak membenarkan bekas suaminya berjumpa dgn anak . sebab bekas suami tidak pernah memberi nafkah kepada anak sejak di ceraikan . dan ibu bapa kepada bekas isteri jugak tidak membenarkannya.

  8. Salam..sy ingin bertanye..sy telah bercerai dgn suami dan telah berkahwin lain..anak sy keluarga mertua jage..sy ade 2 org anak..masalah sy..keluarga mertua mcam nak putuskan hubungan anak dgn ibu..apakah hak sy sebagai ibu?buntu sangat ni..tertekan pun ade..sb anak sy sendiri sy xboleh ambil duduk dgn sy lebih lama walau pun cuti..

  9. Saya setuju dengan bapa2 yang tidak berpuashati dengan keadaan yang berlaku.saya juga hadapi hal yang sama.jarak yang jauh saya dengan anak menyukarkan saya untuk melawat.saya kerap berhubung melalui telefon.bila kelapangan anak balik dr kelas kafa jam 5 baru saya hubungi.tp saya dimarahi kerana alasan bekas isteri baru ambil anak.selalu taknak jawab mesej atau telefon.bila saya tegur.saya dimaki hamun dalam mesej.saya masukkn duit anak ke akaun bekas isteri lebih dari yang ditetapkan oleh mahkamah.bila saya sibuk tidak hubungi anak dia cakap saya tak pedulikan anak.mulalah diungkit segala yang lalu.sampai saya dimaki dengan cukup hina.ugut juga nak tukar no hp,nak tutup akaun bank dian macam2 ugutan.saya rasa perlu adillah pihak peguam&mahkamah syariah.kami para bapa juga sayang dan rindukan darah daging kami..

  10. Apabila berlaku sesuatu dugaan, kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis. Itu merupakan panduan untuk orang yang beriman. Orang yang beriman apabila dikenakan ujian, mereka akan kembali kepada Al-quran dan Hadis. Dan untuk orang munafik dan jahat, apabila dikenakan ujian mereka akan cenderung untuk berbuat berlawanan dengan Al-Quran dan Hadis. Perbuatan mana-mana pasangan tidak membenarkan berjumpa dengan anak adalah jahat dan sangat dicela oleh Allah SWT dan Rasullullah SAW. Ini jelas adalah sesuatu perbuatan memutuskan siraturrahim dan telah dinyatakan sepertimana dalam Al-Quran dan Hadis. Apabila berlaku keadaan ini, bapa berhak untuk menarik tanggungjawab nafkah anak kerana tanggungjawab telah dirampas secara paksa jika si ibu berbuat demikian. Ingatlah, tanggungjawab bapa, bukan hanya tertakluk kepada nafkah, tetapi mencakupi perihal anak, meluangkan masa dengan anak, mendidik dan menasihati anak dan banyak lagi. Akibat dari perbuatan memutuskan siraturrahim, maka bapa tidak lagi boleh menjalankan peranannya sebagai seorang ayah Bukan kerana bapa tidak bertanggungjawab tetapi perbuatan ibu yang kejam serta tidak berhari perut.

    Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya:

    Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

    Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

    َMaksudnya:
    “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

    Memang kalau diikutkan undang syariah, mahkamah melebihkan hak wanita / ibu. tetapi kita perlu ingat antara perintah Tuhan dan Nabi atau mahkamah syariah, yang mana yang perlu kita ikuti. Jangan risau untuk bapa yang tidak dapat berjumpa anak. Doakanlah anak sebaik-baiknya dan jadilah anak yang terbaik untuk ibubapa kita. InsyaAllah, sampai masa nanti, anak tersebut akan datang sendirinya kepada kita. Hanya masa yang menentukan. Perbuatan mana-mana pihak yang memutusakan siraturrahim tersebut akan merugikan dirinya sendiri dan mendapat cela dari Tuhan. Biarlah Allah yang membalasnya.

    Duit boleh dicari / di gantikan tetapi masa dengan anak adalah tidak ternilai dan tidak boleh diganti dengan apa jua cara. Masa yang lalu takkan boleh dikembalikan. Maka jadilah orang yang beriman yang tidak akan berganjak dari Al-Quran dan Hadis walaupun mendapat tentangan dari segenap lapisan masyarakat.

    “Akan tiba suatu zaman bagi manusia, barnagsiapa di antara mereka yang bersabar berpegang teguh pada agamanya, ia ibarat menggenggam bara api” (HR. At Tirmidzi 2260)

    Akhir kata, zikir banyak-banyak dan bersabarlah.

  11. Kesimpulannya saya ingin bertanya. Apakah penyelesaian jika pihak ibu atau bapa dihalang dari berjumpa anak? Perasaan rindu tidak dapat dibuang. Walappun sekarang saya masih dalam proses perbicaraan untuk hak jagaan kekal, hak jagaan sementara saya berikan kepada bekas isteri. Saya mendapat kebenaran untuk membawa pulang anak dam bermalam pada hujung minggu setiap minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

    Diantara waktu itu, saya terpaksa menyimpan rindu pada anak saya untuk 2 minggu. Saya juga dibenarkan untuk melawat anak saya pada bila2 masa yang sesuai dan munasabah oleh mahkamah tetapi ianya dinafikan. Bekas isteri berpakat dengan pihak sekolah. Sewaktu saya ingin melawat, saya diberitahu anak tidak sekolah. bila diminta attendance list, saya diberikan list yang telah diedit. Saya mengetahui bahawa saya ditipu oleh pihak sekolah kerana saya menunggu hampir 3 jam untuk melihat samaada orang datang ambil anak saya pada hari itu dan ternyata dia bersekolah.Jadi apakah waktu yang sesuai dan munasabah itu? Bolehkan mahkamah memberikan arahan yag lebih spesifik? Saya tak rasa untuk melawat anak berumur 4 tahun disekolah mengganggu pembelajaran. Pihak sekolah juga tidak boleh masuk campur dalam pertikaian penjagaan anak dengan bersekongkol memberitahu perkara yang tidak benar.

    Saya ditempik oleh salah seorang cikgu menyatakan “orang lain bercerai juga tapi tak sibuk tengok anak disekolah” Mungkin mereka belum merasa apa yang kami seorang bapa rasai. Saya tidak nafikan ada segelintir bapa yang setelah bercerai tidak mahu ambil tahu mengenai anak mereka tetapi bagi bapa yang rapat dengan anak seperti saya pula bagaimana?

  12. tuan, sejujurnya saya telah hilang rasa hormat pada sistem syarie dimalaysia selangor am nya, tuan saya isteri failkan fasaks, dengan alasan cuai dalam nafkah, namum akibat sistem kabel, saya hanya diarahkan bercerai seawal didalam bilik pendaftar lagi, sya ditekan dari segenap sudut, segala jawapan balas dengan transaksi bank nafkah sudah di tong sampahkan,akibat tekanan demi tekanan saya akhirnya melafazkan talak, perkahwinan kami banyak diganggu pihak ketiga, untuk pengetahuan tuan ini perkahwinan kedua isteri saya, dan pertama bagi saya, hasil perkahwinan dahulu beliau punyai 3 anak, dan 2 bersama saya, dimkamah tinggi berkaitan anak isteri diwakili peguam, ringkas cerita kes induk masih dalam proses, kini permohonan interim telah hakim keluarkan perintah, namum tetap saya dihalang, dinafikan hak untuk bertemu anak, oleh mak bapak bekas dan isteri,, walau saya menuruti segala yg difailkan, tanpa melanggar perintah, telah hampir 7bulan saya dihalang, segala whatapp, pangilan HP tidak pernah dibalas, tuan, bagaimana lagi harus saya lakukan,hakim dalam hujahnya menyatakan dalam islam tidak boleh memisahkan kasih ibu kepada anak, saya sedar akan hal ini, bermakna memisahkan kasih ayah kepada anak mungkin bagus serta dituntut, tuan jalan apa lagi yg harus saya lakukan, untuk bertemu anak? selama masa berkahwin saya diperlakukan lebih dari binatang, makan lebihan anak tiri, dimaki hamum setiap hari, bersama mak bapaknya, berlapar sudah lumrah,namum keluarga ini cukup licik menagih simpati seolah ,mereka mangsa, saya bersabar berharap mereka akan sedar, namum sampai kini saya diaib, dianiaya,,. tuan cara bagaimana harus saya lakukan lagi?saya juga manusia biasa, bukan sempurna seperti mereka mahukan, sya juga takut sya hilang akal lantas bertindak sendiri.., tolong lah tuan, bagoi saya jalannya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s