Kegemukan, kurang bidan punca ramai wanita mati

LONDON: Obesiti dan kekurangan bidan terlatih di hospital kerajaan dilaporkan menjadi punca kenaikan mendadak kadar kematian wanita ketika melahirkan anak, menurut akhbar Daily Mail.

Kadar itu meningkat sebanyak 50 peratus sejak 1980-an. Keseluruhan 295 wanita meninggal dunia antara 2003 dan 2005 – meninggalkan 520 kanak-kanak tanpa ibu. Sementara kadar kematian kelahiran ialah 14 bagi setiap 100,000 kelahiran.

Kajian yang dibuat menunjukkan ramai wanita meninggal dunia kerana doktor tidak dapat mengesan masalah. Kekurangan bidan terlatih dan perunding bermakna ibu kerap dibiarkan di tangan doktor baru yang kekurangan dari segi pengalaman.
Laporan dalam Saving Mothers Lives oleh Inkuiri Sulit mengenai Kelahiran dan Kesihatan Bayi, meletakkan kesalahan peningkatan kadar itu ke atas pertambahan kadar obesiti.

Kumpulan itu, yang dikendalikan lapan kolej diraja, termasuk Kolej Perbidanan Diraja dan Kolej Pakar Obstetrik dan Sakit Puan Diraja, berkata, separuh wanita yang meninggal dunia ketika bersalin memiliki berat badan berlebihan, manakala satu dalam tujuh orang termasuk dalam kategori obesiti.

Kes berkaitan dengan penyakit jantung meningkat dua kali ganda sejak 2002 dan menjadi punca utama kematian.

Laporan menyebut: “Ini mencerminkan peningkatan masalah penyakit jantung di kalangan wanita muda yang dikaitkan dengan tabiat pemakan buruk, merokok, pengambilan alkohol dan pertambahan wabak obesiti.”

Ia menggesa wanita dengan berat badan berlebihan yang mahukan anak mendapatkan kaunseling di hospital kerajaan untuk memperbaiki gaya hidup mereka.

Laporan turut menyelar ‘sebilangan profesional penjagaan kesihatan yang gagal mengenal pasti dan menguruskan keadaan perubatan biasa atau kecemasan berpotensi di luar bidang kepakaran mereka.’

Pakar memberi amaran bahawa kekurangan 5,000 bidan dan 900 perunding bermakna banyak tugas dilakukan oleh kakitangan yang kurang mahir.

Jurucakap Persatuan Pembaikan Perkhidmatan Kelahiran, Beverly Beech, berkata dia ‘dengan yakin menyatakan banyak aspek penting’ penjagaan kelahiran ‘jauh lebih teruk daripada sebelumnya’ sejak kumpulan itu ditubuhkan 40 tahun lalu.

Jurucakap kesihatan parti pembangkang, Andrew Lansley, berkata: “Kita sepatutnya bergerak ke arah yang menyaksikan kematian berkurangan, bukan bertambah.”

Jurucakap Kolej Perbidanan Diraja, Louise Silverton, berkata: “Kami mensasarkan semua wanita gembira dengan penjagaan ke atas mereka, tetapi kami berdepan masalah besar kecuali kekurangan kronik bidan diberi perhatian.” – Agensi

One thought on “Kegemukan, kurang bidan punca ramai wanita mati

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s