Langkah terbaik hadapi saat cemas di rumah

BAGAIMANA anda menangani situasi cemas di rumah? Bagaimana jika anak terjatuh, melecur atau tercekik? Perkara paling asas, jangan panik. Pastikan anda tahu cara mengendalikan keadaan si kecil. Jika tidak, dapatkan bantuan pakar.

Berikut adalah tip menangani kecemasan. Bagaimanapun, jika anda tidak yakin atau masih ragu, dapatkan bantuan doktor secepat mungkin.

Jatuh

Jika anak terjatuh dan keadaannya tidak serius, anda boleh menangani keadaannya. Misalnya selepas jatuh, kulitnya bengkak atau merah, gunakan pek ais bagi mengurangkan bengkak. Jika dia tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, gunakan bahan yang keras dan kuat (kayu misalnya) untuk membuat anduh.

Bagaimanapun, jika kecederaan itu di kepala atau mungkin serius, perhatikan simptom berikut:

  • Keliru
  • Muntah lebih daripada sekali
  • Mengantuk dengan berlebihan atau sukar untuk terjaga
  • Hilang keupayaan yang sepatutnya boleh dilakukan kanak-kanak seusianya (seperti merangkak atau berjalan)
  • Keluar darah atau lendir daripada telinga
  • Sawan
  • Anak mata tidak sama saizJika ini berlaku, bawa anak ke hospital secepat mungkin.Terbakar atau melecur

    Lazimnya kanak-kanak melecur atau terbakar akibat cecair panas seperti kopi atau teh, botol susu panas, percikan api atau habuk rokok. Tidak kurang juga kanak-kanak yang melecur kerana air mandian terlalu panas. Kebakaran dan melecur boleh terjadi sama ada serius atau ringan.

  • Kebakaran tahap pertama – kulit kemerah-merahan dan bengkak, hanya membabitkan lapisan kulit luar
  • Kebakaran tahap kedua – kulit melepuh, kemerah-merahan, bengkak dan kesakitan. Lapisan atas kulit terbakar dan lapisan kedua turut rosak.
  • Kebakaran tahap ketiga – nampak keputihan dan hangus, meliputi semua lapisan kulit. Kerosakan saraf yang teruk mungkin menyebabkan rasa sakit.Apa perlu dilakukan?Kebakaran atau melecur yang ringan.
  • Gunakan air sejuk pada bahagian melecur.
  • Tanggalkan pakaian dari bahagian terbakar atau melecur tetapi jangan tanggalkan pakaian atau apa saja yang melekat pada kulit.
  • Tutup bahagian yang terbakar dengan kain bersih, ringan dan tidak berbulu.
  • Jangan sapukan krim atau minyak.Kebakaran atau melecur yang serius
  • Dapatkan bantuan kecemasan.
  • Baringkan anak.
  • Tutup bahagian terbakar dengan tuala yang direndam dalam air sejuk untuk menghentikan proses terbakar.
  • Jangan letakkan ais pada bahagian terbakar. Ia boleh menyebabkan kerosakan tisu.
  • Alihkan tuala basah yang diletakkan awal tadi dan tutup bahagian itu dengan kain bersih dan kering.
  • Periksa dan pastikan kadar pernafasan dan nadi setiap 10minit ketika menanti kedatangan ambulans.Kebakaran elektrik
  • Tutup aliran elektrik dengan serta-merta.
  • Panggil bantuan kecemasan atau ambulans.TercekikApabila tekak atau kerongkong tersumbat, anak akan terbatuk, tercungap-cungap atau hampir muntah.

    Jika anak tidak mengeluarkan sebarang bunyi, berhenti bernafas dan kelihatan biru, bertindak dengan cepat kerana dia mungkin tercekik. Kanak-kanak kecil biasanya tercekik kerana tertelan bahagian mainan yang boleh ditanggalkan atau barang kecil yang biasa dijumpai di rumah (duit syiling, butang, getah pemadam).

    Apa yang perlu dilakukan?

    Bagi kanak-kanak kecil:

  • Letakkan kanak-kanak di atas paha anda dengan kepala ke bawah
  • Tepuk di antara tulang belikat
  • Jika tepukan tidak berhasil, gunakan tujahan abdomen tetapi jika anda terlatih untuk berbuat demikian.
  • Jika tidak, mulakan CPR.Bagi bayi:
  • Pangku bayi antara lengan anda.
  • Tepuk di antara tulang belikat tetapi jangan terlalu kuat. Buatlah memadai usianya.
  • Ulang sehingga bahan yang menyebabkan bahan yang tercekik itu keluar.
  • Jika bayi tidak sedarkan diri, mulakan CPR
  • Jangan gunakan tujahan abdomen pada bayi.KeracunanAnda perlu mengesyaki keracunan berlaku jika anak bermain berdekatan bahan atau tempat bertoksik. Perhatikan tingkah lakunya, bibir atau tangan yang mungkin melecur. Dia juga mungkin muntah, nafas juga berbau seperti bahan kimia atau sukar untuk bernafas dan mungkin sawan.

    Jika dia tertelan racun atau kulit dan tangannya terkena racun, alihkan segera sumber racun dan dapatkan bantuan kecemasan.

    Berikan maklumat racun yang anda tahu misalnya jumlah yang mungkin ditelan dan perubahan fizikal anak.

    Apa yang perlu dilakukan?

    Jika bahan kimia terkena kulit

  • Cuci sebarang lebihan bahan kimia pada kulit dengan air yang banyak.
  • Dapatkan bantuan doktor sambil memantau perkembangan dan perubahan fizikal anak. Maklumkan kepada doktor sebaik tiba di hospital.Jika tertelan racun:
  • Periksa dan jika perlu pastikan ruang pernafasannya tidak tersumbat dan dia boleh bernafas.
  • Jika anak tidak sedarkan diri, periksa pernafasan dan nadinya. Ketika ini anda sepatutnya sudah bersedia untuk membuat CPR.
  • Jika bibirnya melecur akibat bahan yang terhakis, beri kanak-kanak minum air atau susu sedikit demi sedikit dengan kerap.
  • Jangan cuba buat anak termuntah jika dia sudah termakan minyak tanah.

~ Sumber Persatuan Pediatrik Malaysia.

One thought on “Langkah terbaik hadapi saat cemas di rumah

  1. assalamualikium.anak saya telah tertelan duit siling 10sen.tapi dah lepas ke dalam perut.apa yang perlu saya buat peringkat awal sebelum berjumpa doktor.ok.terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s