Bedak asas bantu lindungi kulit

JIKA anda ingin mengenakan solekan pada wajah jangan sesekali lupa menyapukan bedak asas. Pesanan atau panduan itulah yang sering diberikan kebanyakan jurusolek ditemui. Alasannya, peranan bedak asas adalah amat penting untuk membantu melindungi kulit anda daripada serangan unsur ‘kekerasan’ dari luar dan meningkatkan keberkesanan produk penjagaan kulit yang anda gunakan pada siang hari.

Namun, memakai bedak asas bukanlah satu masalah besar. Merentasi masa, bedak asas pada masa kini didatangkan dalam beberapa jenis pilihan antaranya krim, cecair, debu padat dan stik. Yang mana satukah pilihan anda?

Bedak asas cecair adalah antara pilihan saya kerana ia memberikan kesan solekan yang asli dan dapat menutupi pigmen tidak sekata. Bedak asas cecair juga memberikan litupan nipis dan sederhana berbanding krim yang memberi litupan paling tebal.

Bagaimanapun, bagi saya bedak asas krim juga mempunyai kelebihan tersendiri termasuk mudah dilicinkan pada kulit dan memberikan litupan yang sekata. Sesetengah jurusolek pula berpendapat, bedak asas krim lebih tahan lama dan sesuai untuk semua jenis kulit. Apa pun, untuk memilih bedak asas ia seharusnya bergantung kepada wajah yang diinginkan dan paling selesa pada kulit anda.

Untuk membeli bedak asas pula, ada tiga perkara yang perlu diberi pertimbangan. Pertama, warna yang benar-benar sesuai dan sepadan dengan kulit anda dan kedua, memberikan kemasan yang berasa selesa. Ketiga, bedak asas yang mampu memberi litupan terbaik untuk jenis kulit anda.

Bagi anda yang sukar membuat pilihan warna sesuai, caranya senang sekali iaitu sapukan bedak asas berkenaan pada bahagian tulang pipi dan bukannya di belakang tapak tangan. Tujuannya ialah untuk mengimbangi warna wajah dan juga leher supaya kelihatan sekata. Jika masih lagi keliru, dapatkan nasihat pakar di kaunter kecantikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s