Nikah lepas empat bulan

Bagaimanakah bermulanya bibit-bibit percintaan Mohammad Izham Ismail dengan Saadatul Akmar yang membawa mereka ke jinjang pelamin pada 15 Disember 2007?

null

Perkahwinan yang diatur oleh keluarga adalah fenomena biasa yang dilihat dalam masyarakat. Tetapi, bagaimana pula pertemuan yang dijalin hasil daripada bantuan agensi cari jodoh?

Bagi Mohammad Izham Ismail, 28, dia tidak pernah menyangka penyertaanya sebagai ahli Jodoh4U.com telah menemukan beliau dengan isterinya, Saadatul Akmar Mohd Saad, 26.

“Pada mulanya, saya menyertai agensi ini sekadar mencari dan menambah kenalan. Sebelum ini, saya pernah mencuba di laman web frienster dan myspace tetapi rangkaian tersebut terlalu meluas di seluruh dunia.

“Apabila seorang kenalan mencadangkan laman web Jodoh4U.com kerana ia hanya disertai oleh masyarakat tempatan, saya terus mendaftar dan menjadi ahli,” ujar Izham yang baru sahaja bernikah bersama Akmar pada 15 Disember lalu.

Mengimbas detik perkenalan bersama isterinya, Izham memberitahu ketika melihat portal Akmar, Izham hanya sekadar mengucapkan, hai. Tetapi tidak disangka-sangka, ucapan ringkasnya itu mendapat reaksi daripada Akmar.

Bermula dari saat itu, mereka berdua berkenalan dan terus berkawan menerusi teks pesanan ringkas. Pada awalnya, masing-masing mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak mendedahkan profil peribadi sepenuhnya.

Ini kerana mereka berpendapat, mengenali seseorang di alam maya tidak dapat menentukan sama ada individu tersebut ikhlas, jujur atau mereka dari golongan yang baik.

“Sepanjang perkenalan, kami banyak berbincang mengenai topik kerja, rakan-rakan, isu semasa dan kehidupan seharian. Tidak pernah menyentuh soal hati dan perasaan apatah lagi meluahkan rasa rindu.

“Ini disebabkan kami belum pernah bersua muka dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Kadangkala saya berasa pelik, memikirkan segelintir masyarakat yang begitu mudah menyatakan rasa rindu dan memanggil sayang, sebelum bertentang mata,” kata Izham lagi.

Namun setelah berkenalan dan mengenali hati budi di alam maya selama empat bulan, akhirnya mereka bertemu di Pulau Pinang. Secara kebetulan, Izham yang bertugas sebagai pembekal alatan makmal, perlu menghantar stok di sana.

Kesempatan mengunjungi negeri tersebut membuatkan mereka bertemu dan pertemuan pertama itu telah melahirkan bibit-bibit cinta. Empat bulan berpacaran, akhirnya mereka mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Pengerusi Soulmate Finder Agency, Mohd Shiraj Zainal Abidin, berkata:

“Kami berasa cukup terharu apabila berjaya menyatukan pasangan melalui Jodoh4U.com sehingga ke jinjang pelamin. Kami sentiasa membantu ahli dalam proses pencarian pasangan.

“Dari semasa ke semasa, kami berusaha mendapatkan ahli yang benar-benar telus dan layak menjadi suami atau isteri.”

Telus yang dimaksudkan oleh Shiraj adalah dia dan isterinya, Suriana Sabli akan sentiasa memantau dan menapis foto, forum dan profil yang tidak serius atau berbau lucah.

Ini merupakan satu langkah bagi memastikan keselamatan ahli dan tidak mengganggu konsentrasi serta fikiran ahli komuniti, Jodoh4U.com.

Saadatul Akmar pula berkata:

“Sebagai ahli Jodoh4U.com, saya sentiasa menyokong langkah pihak pengurusan menyekat dan menapis setiap butiran yang mengarut. Saya pernah menerima kata-kata yang tidak senonoh daripada salah seorang ahli.

“Dengan serta-merta, pihak pengurusan menyekat profil ahli tersebut,” tegas Akmar yang baru sahaja menerima tawaran Kursus Penguruan Lepasan Ijazah.

Sebelum mengakhiri bicara, pasangan muda ini memberitahu bahawa tiada salahnya mencari pasangan menerusi agensi cari jodoh.

Namun, sebelum mengambil keputusan tersebut, kita harus memastikan agensi cari jodoh itu menggunakan prosedur dan langkah yang betul. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini berlaku di kemudian hari.

Ini terbukti apabila pada suatu ketika, masyarakat digemparkan berita mengenai sebilangan agensi cari jodoh di negara ini yang berani menawarkan wanita warga asing.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga diberi tawaran untuk membawa pulang wanita warga asing tersebut ke rumah selama tujuh hari sebagai ‘tempoh percubaan’ sebelum dikahwini.

“Di Jodoh4U.com, kami sentiasa berhati-hati dan menghindari perkara yang negatif. Sebab itulah, setiap majlis pertemuan yang dijalankan, kami anjurkan pada sebelah siang dan diadakan di tempat awam.

“Kami juga menasihatkan setiap ahli khususnya wanita, elakkan bertemu lelaki pada malam hari dan di tempat yang sunyi. Selain itu, jangan berkongsi kereta dengan lelaki dan seelok-eloknya naiki kenderaan sendiri,” tegas Shiraj. –

Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF.


Rahsia Isteri Hebat. Nak tau, sila klik sini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s