Gila meroyan

Oleh Hafizah Iszahanid

DI KALANGAN orang Melayu masalah tekanan perasaan dalam atau selepas pantang disebut ‘gila meroyan’ dan kerap kali dikaitkan dengan masalah gangguan makhluk halus atau melanggar pantang.

Dari sudut perubatan, gila meroyan sebenarnya lebih kepada masalah tekanan perasaan, keletihan dan gangguan emosi kerana tidak mendapat kerjasama dan persefahaman terutama daripada suami dan ahli keluarga.

Gila meroyan atau nama saintifiknya ‘postpartum psychosis’ mula dikenal pasti pada 1850. Ia adalah masalah mental yang serius dan memerlukan rawatan. Sejak dikenal pasti seabad lalu, jumlah wanita yang mengalaminya tidak pernah berubah.

Penyakit ini terjadi satu dalam 1,000 kes wanita yang melahirkan anak atau 0.1 peratus saja. Postpartum psychosis ini selalu disalah tafsir sebagai postpartum depression, satu lagi jenis masalah mental wanita ketika dalam pantang.

Pensyarah dan Pakar Psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ahmad Hatim Sulaiman, berkata masalah tekanan perasaan yang dihadapi wanita selepas bersalin ada tiga peringkat.

“Hampir 40-50 peratus daripada wanita yang bersalin akan mengalami masalah tekanan perasaan peringkat pertama dikenali sebagai ‘postpartum blues’. Ia masalah tekanan perasaan yang ‘mild’ dan biasanya akan sembuh sendiri.

“Gila meroyan adalah masalah tekanan perasaan sama ada peringkat pertama, kedua atau ketiga boleh dialami semua wanita tanpa mengira bangsa. Dalam sesetengah kes, wanita yang mengalami gila meroyan tidak pernah mengalami sebarang perubahan mood sebelum hamil.

“Gila meroyan boleh terjadi seawal dua minggu selepas melahirkan. Ia boleh menyebabkan wanita sentiasa paranoid dan berhalusinasi. Selain itu dia akan hilang selera dan sukar tidur malam.

Sesuatu yang paling ketara dia akan kerap menangis, berasa keseorangan dan malu dengan masalah yang dihadapinya,” katanya.

Wanita yang menghadapi penyakit ini, kata Dr Ahmad Hatim, sangat berbahaya jika dibiarkan sendirian tanpa pengawasan. Ini kerana mereka berupaya membunuh anak sendiri kerana selalu merasakan anak itu bukan anaknya.

Selain itu dia juga berupaya mencederakan diri atau membunuh diri. Pada peringkat ini, rawatan sangat diperlukan.

“Rawatan boleh menjamin wanita gila meroyan untuk sembuh 100 peratus.

Tetapi ia tidak boleh menjamin kes berulang pada kehamilan akan datang,” katanya.

Masalah tekanan perasaan ketika dalam pantang berbeza dengan masalah tekanan perasaan yang dialami orang lain. Ia tidak sama dengan skizofrenia, kemurungan atau tekanan perasaan.

Masalah tekanan perasaan dalam pantang hanya dialami wanita dalam pantang dan selepas sembuh dia tidak akan mengalaminya lagi hinggalah pada kehamilan berikutnya jika dia tidak bernasib baik.

Sesuatu yang perlu anda tahu juga, gila meroyan juga boleh dikaitkan dengan faktor genetik walaupun ia bukan kemestian. Jika wanita itu secara peribadi pernah berhadapan dengan masalah kemurungan, skizofrenia sebelum hamil, ia mungkin akan meningkatkan lagi risiko mengalami gila meroyan.

Jika tidak pernah mengalami perubahan mood, tetapi ada ahli keluarga yang pernah berhadapan dengan gila meroyan, risiko untuknya tetap tinggi untuk dia mengalaminya.

Selain itu masalah yang dihadapi sepanjang kehamilan seperti masalah rumah tangga, kewangan atau tekanan kerja di pejabat boleh menyumbang kepada faktor terjadinya tekanan perasaan.

“Kadang kala wanita mengalami masalah tekanan selepas habis pantang. Kes begini membabitkan wanita bekerjaya. Balik ke pejabat, kerjanya bertimbun, di rumah anaknya asyik menangis, suami pula tidak langsung membantu memang ia akan membuatkan wanita itu tertekan,” kata Dr Abdul Hatim.

Katanya, wanita dalam pantang seharusnya pandai mengawal emosi.

Selain itu penjagaan makanan seperti pengambilan makanan berprotein tinggi bagus untuk menambah darah dan mengembalikan kecergasan tubuh.

“Dalam dunia perubatan moden, tidak ada istilah makanan sejuk atau panas. Semuanya boleh dimakan.

Wanita seharusnya menikmati makanan yang boleh memberi tenaga. Apatah lagi mereka penat selepas bertarung berjam-jam untuk melahirkan bayi selain terpaksa pula menyusukan bayi,” katanya.

Berurut, jaga makan ketika berpantangSEORANG pengamal perubatan tradisional, Siti Rosemynah Othman, berkata kebanyakan wanita yang menghadapi masalah gila meroyan berpunca daripada keletihan dan tidak menjaga pantang.

Beliau berkata, penyakit ini memang biasa terjadi di kalangan ibu selepas bersalin jika mereka tidak dapat mengawal perasaan dan mengawal keadaan keliling.

“Bayangkan apabila bersalin kita bertarung berjam-jam untuk melahirkan satu nyawa ke dunia. Apabila badan letih, ditambah dengan tidak menjaga pemakanan sewaktu pantang, anak pula menangis tidak henti-henti, malam terpaksa berjaga kerana anak hendak menyusu, suami pula tidak membantu, memang seseorang itu tertekan,” katanya.

Gila meroyan tidak semestinya terjadi sebaik melahirkan anak tetapi mungkin beberapa hari atau beberapa minggu selepas itu. Malah gila meroyan juga boleh berlaku antara tiga hingga enam bulan selepas pantang.

“Ada dua jenis gila meroyan iaitu meroyan besar dan meroyan kecil.

Meroyan besar dikenali juga sebagai ‘depression’ dalam bahasa perubatan moden. Biasanya wanita yang mengalami meroyan besar tidak mengenali diri dan ahli keluarganya. Dia selalu merasakan anak yang dilahirkannya bukan anaknya,” kata Rosemynah.

Dalam keadaan itu, tidak mustahil si ibu sanggup membunuh anak sendiri!

Meroyan kecil pula, kata Rosemynah, membabitkan tekanan perasaan yang kecil misalnya dia berasa sedih dan menangis.

“Dalam dunia perubatan tradisional, kita juga percaya meroyan ini disebabkan makhluk halus. Darah yang keluar itu memang sangat disukai makhluk begini. Sebab itu ibu dalam pantang harus membasuhnya sebersih mungkin. Jika tidak makhluk halus suka pada darah itu,” katanya.

Katanya, dalam tempoh berpantang perkara paling penting selain menjaga pemakanan adalah berurut.

“Urut badan penting kerana ia memberi tubuh keselesaan. Wanita berpantang juga jangan abaikan pengambilan ubat-ubatan tradisional. Jangan pandang ringan segala pantang larang ketika berpantang. Kesannya mungkin tidak nampak sekarang tetapi dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

16 thoughts on “Gila meroyan

  1. salam,disini sy ada bbrp soaln:
    1)Agensi(support group) atau Hospital apakah yang sesuai untuk pesakit gila meroyan “postpartum depression”?

    2)Adakah akta atau undang-undang yang dikaitkan dengan gila meroyan ini (postpartum depression)

    Harap dapat membantu menjawab persoalan sy.
    Wasalam.

  2. Nak tanya kalau sering rase berdebar debar, ketakutan,lutut lemah tanpa sebab. rase tertekan walaupun benda yg kecil.sering nak ngs.adakah itu tanda tanda meroyan. kadang kala dada rase sakit sgt

  3. saya baru bersalin 2bulan. Sy mengalami tekanan perasaan dgn sikap ibu mertua dan keluarganya yg hanya tahu menyalahkan sy selepas anak lahir. Sy x tahu samada sy di labelkan meroyan atau x. Ini kerana sy amat benci dgn sikap ibu mertua yg selalu menyibuk ketika sy tgh menenangkan anak sy yg menangis, pasti muka dia akan muncul dan mau ambil anak dr dukungan, kdgkala sy tgh mengemaskan budak, dia akan sibuk “membantu” dan ianya merimaskan. Sy selalu juga tunjuk muka dgn ibu mertua tp seolah2 dia mcm org yg x faham bahasa. Bukan sy x mau menegur ibu mertua supaya membiarkan saja sy melakukan semua krn sy rimas dgn “bantuannya”, ini kerana suami pasti akan tunjuk muka dan sy akan disalahkan. Sy benar2 mau tampar muka ibu mertua yg x faham2 bahasa ni..dia sendiri pun klu tgh memasak dia x suka org lain kacau. Saya pun begitu, lainlah ketika itu saya maukan pertolongan. Sy ben ar2 rimas dgn ibu mertua ini. Kdgkala sy fikir, sy yg dia anggap gila sebenarnya dia yg Gila Meroyan. Ini kerana dia suka ckp org tp dia sdr x tgk dr sdr. Adakah kotak botol susu budak dan air pemanas air d atas meja tersebut, dia spray dgn selambanya tu redsect utk bunuh semut, malah dekat makanan pun dia spray redsect. Pening kepala sy dgn dia tu. Sy memang mahu anak sy yg br lahir dan skrg 2bln tidur lama, ibu mertua pula pernah cucuk2 muka anak sy utk bANGUN…RIMASNYA HIDUP SEHARIAN. : p TOLONG BERI NASIHAT

    • ini lagi 1 kes, td sy meluahkan apa yg sy rasa kepada laki tentang sy automatik akan merasa bimbang @ x suka klu anak sy bersama dgn ibu mertua sy. Tp suami sy menyalahkan sy. Katanya, sy yg gila. Itukan cucu dia, mesti dia ambil berat laki sy ckp. Sy ckp, sy x suka ibunya memberi ubat utk anak sy yg br 2bln lbh tu…suami sy bilang, dia suda nasihatkan ibunya spy x bagi ubat cina dia tu tp sy perasan anak sy mkn ubat cina klu dia bersama dgn dia. Ibu mertua berpura2 baik depan suami sy..pdhal klu kami hy tinggal bersama. Kdg2 dia hempas2 tu pinggan @ senduk ketika dia ambil sup. Dia ckp sy x sopan kerana x memanggil ketika ibu mertua keluar @ balik dr sarapan d luar. Adakah sy gila jika x memanggil mereka pdhal dulu, sy panggil nama mereka, dorang berpura2 x mendengar. Tp klu sy yg keluar, memang sy panggil. Tp ibu mertua ni, ckp lain depan suami buat lain d depan menantu. Hai, klu la “Tuhan” mereka buli bercakap. Saya pasti minta dia berlaku adil dan memberitahu semuanya pada suami sy yg hanya tahu ibunya sj betul. Seharusnya, ibu mertua seorang ibu harus tahu perasaan org, bukan hanya mau org menghormati dia sepaerti YB sedangkan dia sendiri slalu buat wayang sana. Org diam dan tunjuk muka pun, dia pura2 x faham. Sengaja betul. Harap anak perempuan dia dapat merasa balik mcm mn ibu mertua buat & ckp dgn anak lelakinya. Dan biar sikap suami adik perempuan itu bersikap seperti abangnya dan adik2 suami dia mcm sikap mereka sdr. Kan adil. Gila meroyan ka sy berharap begitu???????

      • Ko sabar jela Mar. Orang tua memang camtu. ko buat taktau jela. Layan je la.Aku dulupun camtu gak. Aku bolayan je. banyak zikir.masuk telinga kanan keluar kiri.

  4. gila meroyan tu, sakit psikiatri, orang yang menjaganya perlu ambil berat pandangan dan pendapatnya. kurangkan bebelan padanya, pantang yang berpatutan jangan sampai kurang nutrisi. Lagipun ibu baru bersalin tengah menyesuaikan diri dengan bayi. Banyakkan menolong dan mendorong, Jangan tambah beban padanya.

  5. saya pun sm kes dgn diatas….
    saya cukup tertekan smpai skrg bayi sy sdh berusia 3 bulan…
    sikap ibu mertua saya sangat pelik…ataupun saya yang pelik…saya sayang dia macam saya syg ibu sy sendiri tapi kelakuan dia sangat buat sy skt hati dan geram.semua hndk ikt ckp dia anak sy dsuruh bg air msk,sy kata x blh sbb ada bc dlm tenet bhaya air msk utk bayi dbwh 6 buln tp dia ckp knp pulak x blh(dlm nada keras,tggi n mrh)sy sedih…dlm pntang pn dia asyk ckp dia mkn ikn masin je dia xpuas ht sy mkn syur sawi..suami pulak mrhkn sy krn sy tlh bt muka dkt ibunya…krn ibunya tlh report dkt suami sy sbb sy lwn ckp dia.sy kena mpthnkn klu dah sy xda tenaga tp still ckp2 dia mkn ikn msin je dulu.2 la dia ckp ank sy sllu kmbung sbb sy mkn bkn2 n dia kta xbt keja.dulu dia kononye lps je bersalin 3hr trus bt kueh sepit basuh kain n mcm2 lg la…sy ckup tertekn tp sy sntiasa bdoa spaya sy blh kawal emosi sy..n xmau report dkt suami sy sbb kesiankn dia pnt bkerja..mertua sy klu ank sy ngs dia bw ank sy smbang n ckp ibu pukul ah??,ibu x bg mkn ah??sy geram knp mest ckp mcm 2 kat ank sy??sy dah x sbr nk pndah rmh…tp suami sy hndk jg tggl serumah dgn mertua krn risaukn ibubapanya yg tlh tua…tp bgaimana dgn perasaan sy??

  6. bayi kecil mmg kena bagi air msk .Jika bayi kerap menyusu lelangitnya akan di penuhi kerak susu dan bole melukakan mulutnya .Lagi pun susu itu panas dgn memberi air msk ianya akan menyejukkan badan .Jgn la pertikaikan cara orgtua menjaga bayi krn mereka lebih dulu melaluinya dan hormati la orgtua yg telah membesarkan suami yg awk cintai tu .Takkan la anknya awk ndak tapi orgtuanya nak di tolak ketepi .Ingat .. !! tanggung jawap ank lelaki ialah menjaga ibubapanya , jgn di sebabkan awk .. dia jadi ank derhaka .. hidup ini pusingan roda .. nanti menantu awk juga mempunyai perasaan yg tidak puas hati terhadap awk bila dah tua nanti ..

    • awak rs la dlu jd menantu dia klu awk nk…
      smua org x sm situasi…
      sbb sy fikir n sy tau la tggjwb suami sy sbg seorg ank kpd ibubapany yg sy kena bantu dia msuk syurga bkn neraka…
      sbb 2 sy mengalah…disini cuma luahkan perasaan tidk puas ht krn xda sapa tmpt meluah sbb tkt suami bkecil ht ats kelakuan ibunya… bkn sng dkelilingi org yg asyik mmbantah,kt d pksa bg susu formula kat anak kt??klu awk awk nk ka korbankan kshtn anak awk demi org tua 2 dgr ckp org tua 2 pksa jg walhal baby br 2 bln dah x hsap botol kena pksa jg awk nak ke??salah ke klu sy bg tetek sy je??salah??? bkn pertikaikan mertua sy ckp tp dia yg over mcm dia yg lahirkn anak sy!!! awwak xtau awk jgn pndai ckp awk rs la dulu

    • ckp je sng….xjd pd dri awk tu dian bole la ckp…..sy sbg stff kesihtn memg bayi dibwh 6buln tidak digalkkn beri air kosong…sbb akn merencatkan otak bayi….itu fakta bukan rekaan….lain kali kalo xtaw jgn wat andaian sndri…pk dan research…

  7. Salam,
    Sy bru bslin 4 blan,n skrang ni sy sllu ngis mrasa sndiri,sy da mslah kluaga,mslah 2 da sjk mngandung lgi,msa 2 sy bleh than prasaan ni,rsau jga dngan keadaan bby.msa dlm ptang pun sy than lgi,TAKUT.sy dh cba slesaikn tpi x jdi.skrang ni sy btul2 frust….,hmpir tiaP2 mlam sy fikir da k sy ni meroyan? Da klanya sy na lri dri smua ni,tpi sy da 2 org ank.
    Tlong bntuannya !!!

  8. dulu aku tak tahu apa2 tntang gila meroyan ni.. tapi skarang kakak aku kena pnyakit tu yang smakin menjadi2. memang bahaya mcm orang krasukan. hilang prtimbangan dan hilang malu. perangainya sungguh menjengkelkan. dia jadi bongkak, takbur, megah diri serta lupa daratan. melihat sluruh ahli keluarga dengan pandangan yang hina dan rendah sambil mndabik dada, sdangkan disinilah asal dan usulnya. dia sentiasa mencari sebab untuk bergaduh bagi menonjolkan kehebatan dia dan anak2nya yang juga sama perangai gila meroyan yang mungkin sejak dalam kandungannya. pada fikirannya, hnya dia dan anak2 yang bagus hingga terjerit2 dengan suara yang dia rasakan merdu menyanjung diri sendiri sambil menghina orang lain. mungkin dah terlambat mndapat rawatan sbab dulu takda siapa yang tahu dia kena angin meroyan. skrang dah smpai berpuluh tahun meroyan tu dah sebati dgan dia. p/s= walau siapa dan dari kluarga mana pun, bila ada seorang pengidap penyakit gila meroyan ni, percayalah kluarga itu akan menjadi huruhara dan hilanglah kegembiraan serta maruah kluarga menjadi tontonan jiran sekeliling.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s