Buat sumbang melalui telefon

KEBELAKANGAN ini saya berasa sangat bersalah dan berdosa besar sehingga situasi ini mengganggu tumpuan saya terhadap pelajaran. Ini kerana saya sudah melakukan perkara sumbang melalui telefon bersama teman lelaki saya.

Bagaimana caranya untuk saya menghindari kelakuan itu dan apa yang harus saya lakukan sekarang? Adakah saya patut mandi wajib atau mandi junub? Saya betul-betul hendak bertaubat, tetapi mungkinkah taubat, doa dan amalan saya diterima Tuhan?
UNGKU FARA
Petaling Jaya.

Jawapan

SETIAP manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Begitu juga dengan perkara yang membabitkan dosa, kecuali nabi yang diberikan taraf maksum (tidak berdosa) oleh Allah SWT.

Ada hadis menyatakan: “Setiap anak Adam ada melakukan kesalahan. Sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tirmidhi dan Ahmad)

Dengan itu apa saja dosa yang kita lakukan atau secara tidak sengaja dan tanpa disedari hendaklah segera bertaubat, iaitu kembali kepada Allah dengan mematuhi ajarannya. Setiap taubat yang tulus ikhlas akan sentiasa diterima Allah dan ini mesti diyakini.

Antara caranya ialah membersihkan hati dengan melakukan perkara mulia (mahmudah) dan meninggalkan perkara keji (mazmumah) daripada sudut akhlak Islam.

Dengan kata lain, jangan anda mengulangi perbuatan yang salah seperti yang pernah dilakukan. Kita hendaklah sentiasa mendisiplinkan diri dengan berbuat baik dan mengelak daripada melakukan kejahatan. Solat fardu lima waktu jangan ditinggalkan. Begitu juga berzikir dan membaca al-Quran.

Dijawab Oleh Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s