Petua Hindari Wajah Daripada Berjerawat

RESAH benar bila jerawat mula menampakkan diri. Kata orang, jerawat usah dipicit kerana ia boleh meninggalkan bekas atau parut yang kurang cantik pada wajah.

Ada beberapa petua untuk membantu menghindari diri daripada jerawat.

– Tumbuk sedikit kunyit hidup yang dicampur dengan sedikit asam jawa dan air. Campuran disapu ke seluruh muka dan biarkan ia pada muka selama 20 minit sebelum dibersihkan dengan air.

Jika diamalkan selalu, ia menyukarkan jerawat tumbuh dan membantu menjadikan kulit muka tampil lebih halus.

– Anda juga boleh mencuba mendidihkan sebungkus daun teh yang masih hijau sebelum dilekatkan pada jerawat.

– Air basuhan beras juga dikatakan dapat membantu menghindari jerawat. Selepas membasuh muka dengan air basuhan itu, biarkan ia kering terlebih dulu sebelum membilasnya dengan air biasa.

– Sapukan muka dengan campuran air limau nipis dan satu sudu minyak masak sebelum tidur. Bangun keesokannya, ambil beberapa keping asam gelugor dan rendam dalam air panas. Basuhlah muka dengan air rendaman asam keping yang sudah sejuk atau suam itu.

Asam itu juga boleh digunakan untuk menggosok muka terutama di tempat yang berparut sebelum dibasuh dengan air biasa.

– Larutan tepung kanji dan air boleh disapu di sekeliling jerawat. Ia membantu membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa meninggalkan sebarang parut.

– Air kelapa memang banyak khasiat termasuk membantu menghilangkan jerawat. Gunakan kelapa tua dan airnya diambil untuk membasuh muka. Biarkan ia kering sebelum dibilas. Cara ini boleh diamalkan tiga kali seminggu.

2 thoughts on “Petua Hindari Wajah Daripada Berjerawat

  1. Bangun solat subuh .. yang lelaki ..better g masjid .. yang pompuan .. sembahyang di awal waktu . insya allah .. muka tu bersih skit dari jerawat ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s