Gaya musnah dek bau badan

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Penampilan, tingkah laku dan komunikasi bantu tingkat imej diri

IMEJ adalah penampilan keseluruhan diri yang mencerminkan bagaimanakah diri anda. Pentingnya imej kerana pandangan pertama yang dilihat daripada luaran membolehkan anda diterima secara positif atau sebaliknya, sebelum beralih kepada aspek dalam diri anda.

Perunding imej, Sheena Chahil, berkata, imej adalah gabungan tiga elemen ABC iaitu A (appearance), B (behaviour) dan C (communication), yang mana ketiga-tiganya adalah gambaran luaran sebelum anda boleh diterima dan dilihat positif atau sebaliknya.
“Walaupun imej dikaitkan semudah ABC, ia tidak semudah dibawa kerana selalunya kita tidak membawa ABC bersama diri kita. Kadangkala A sudah bagus, tetapi C tertinggal. Ada juga penampilan sudah baik dan cemerlang, tetapi bau tubuh menjadikan orang takut mendekati diri anda.

“Kajian mendapati bau badan mencakupi 55 peratus daripada penampilan yang terhasil, 38 peratus menerusi pendengaran atau suara, manakala selebihnya bagaimana lontaran suara serta gerak tubuh ketika berbicara, menjadi penanda aras sama ada anda dapat diterima dan adakah orang berminat untuk mendekati atau menjauhkan diri daripada anda,” katanya ketika ditemui di ibu negara, baru-baru ini.

Beliau berkata, imej diri dan bau tubuh yang tidak enak adalah ‘pembunuh’ penampilan. Bau yang tidak menyenangkan juga boleh menjejaskan tumpuan rakan sekerja sekiranya langkah menangani tidak diambil oleh individu terbabit atau oleh majikan yang enggan atau tidak tahu bagaimana menegur tubuh rakan yang berbau.

Sheena yang berkhidmat lebih 12 tahun sebagai perunding imej mengakui bau tubuh adalah masalah utama dan dalam rata-rata dalam kelas yang dianjurkan hampir 50 peratus daripada peserta tidak memasukkan pemakaian deodoran sebagai bahan utama sebelum melangkah ke tempat kerja, menunjukkan ramai yang tidak mengambil berat mengenai bau tubuh.

“Pemilik mungkin tidak perasan mengenai bau tubuh itu dan apabila tidak memakai deodoran, akan memburukkan lagi keadaan berkenaan. Bau ketiak antara yang paling banyak mencetuskan bau badan tidak menyenangkan. Hakikatnya bau badan yang tidak enak datang juga daripada rambut, pernafasan dan kaki yang berbau.

“Antara tugasan saya sebagai perunding imej ialah jujur terhadap pelanggan dengan memberitahu mengenai kebenaran mengenai tubuh mereka, suara serta cara berkomunikasi, adab tertib, etika, dan pemilihan pakaian. Saya cuba menjadi diplomatik dan peka terhadap perasaan individu berkenaan kerana isu berkenaan terlalu peribadi dan boleh menyinggung perasaan,” katanya.

Tegasnya isu bau badan memang agak sensitif dan banyak syarikat yang mendapatkan khidmatnya, bagaimana menangani masalah ini, lagipun teguran ‘orang luar’ seperti perunding imej lebih didengari.

“Bau badan lazimnya berlaku disebabkan oleh bakteria pada permukaan kulit, dua jenis kelenjar peluh luar (eccrine) dan juga kelenjar peluh dalam (apocrine) yang bertindak dengan bakteria di celahan dan lipatan tubuh menghasilkan bau yang kurang disenangi. Bahan yang dikeluarkan daripada dua kelenjar ini akan bertindak balas dengan bakteria dan menghasilkan bau meloyakan.

“Apabila berpeluh, bakteria mulai (replicate) berkumpul pada bahagian tubuh yang lembap dan hangat. Secara pantas ia segera membiak, kemudian mati, meninggalkan bau yang kurang enak di atmosfera akibat penguraian. Kebanyakan doktor bersetuju bahawa cara terbaik menghindari bau badan ialah dengan menyental bahagian berbau dengan lebih kerap kerana dengan perbuatan itu ia boleh membuang ‘sisa’ dan bau busuk disebabkan oleh bakteria berkenaan. Malah penggunaan agen bahan pembersih sebenarnya tidak memberikan kesan ketara,” katanya.

Katanya, untuk mengawal bau badan, pastikan bahagian badan yang berbau seperti bawah lengan digosok lebih sedikit ketika mandi dan selepas dikeringkan diletakkan deodoran. Ada juga petua menyatakan cecair kumur mulut boleh dicalitkan sedikit pada ketiak selepas mandi untuk mengurangkan bau yang kurang enak.

“Pemilihan pakaian yang tidak betul dengan tubuh juga boleh mengundang bau tidak enak. Pakaian boleh jadi penyebab kepada pembiakan bakteria pada sekitar tubuh. Pakaian yang tidak dibasuh dengan sempurna atau yang dipakai berulang tanpa mencucinya terlebih dulu menyebabkan bau hapak melekat pada tubuh.

“Bagi individu yang mengalami masalah badan kerap berpeluh, mereka perlu menukar pakaian lebih kerap berbanding individu normal. Ia bertujuan mengelak jangkitan bakteria merebak ke kawasan kulit menyebabkan badan berbau hanyir dan pilihlah pakaian serap peluh. Jangan pakai pakaian yang berulang, selepas pakai seharian pastikan ia dibasuh, tidak kiralah ia anak tudung, tudung, stokin atau baju dalam,” katanya.

Dalam pada itu, saiz badan juga perlu dijaga supaya tidak terlalu gemuk kerana individu yang mempunyai saiz badan besar lebih mudah mengalami masalah bau badan berbanding mereka yang normal. Ini kerana kelenjar peluh golongan berbadan besar lebih aktif sekali gus menghasilkan kuantiti peluh berganda walaupun dengan aktiviti yang minimum.

“Usah ketepikan aspek cara hidup kerana individu yang kuat merokok dan mengambil minuman keras lebih berisiko mengeluarkan bau badan kurang menyenangkan berbanding mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Selain itu, katanya, untuk tampil menawan dalam bergaya, tutup kekurangan diri dan serlahkan bahagian tubuh yang menawan seperti sekiranya anda memiliki kaki yang tidak elok, tutup ia dengan pemakaian kasut bertutup.

INFO

Punca bau badan

  • Kegagalan menguruskan diri dengan baik dikaitkan dengan punca badan berbau. Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan memberus bahagian badan tumpuan peluh seperti ketiak amat membantu.
  • Pemakanan juga antara dikaitkan dengan bau badan. Makanan seperti asparagus dan bawang putih mempunyai potensi meninggalkan bau untuk tempoh 24 jam selepas memakannya. Makanan juga dikaitkan dengan penyumbang kepada perubahan hormon dan penghasilan bau badan yang tidak menyenangkan. Makanan yang berbau agak kuat seperti bawang dan jenis makanan berempah akan mengeluarkan bau busuk daripada liang roma terutama di celahan ketiak dan belakang badan.
  • Masalah kesihatan dalaman juga dikenal pasti penyumbang kepada bau badan. Pengambilan ubat-ubatan perangsang hormon juga boleh menjadi punca badan berbau, dapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami masalah bau badan yang tidak dapat dikesan puncanya.
  • One thought on “Gaya musnah dek bau badan

    1. Saya juga pernah mengalami masalah bau badan. Namun telah selesai sejak 7 tahun yang lalu, dengan penemuan bahan penyental badan. Tidak dinafikan, bagi saya, ini satu-satunya kaedah yang amat berkesan, kerana penggunaan deodoran, tawas dan sebagainya, gagal. Keterangan lebih lanjut, sila ke laman http://penampilan.wetpaint.com . Salam dari mola.

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s