Produk pembersih: Mencuci atau mencemar?

SELEPAS melakukan kerja-kerja membersih dan mengemas rumah, adakah anda benar-benar yakin rumah anda cukup bersih?

Tahukah anda kadangkala pembersihan rumah menggunakan pencuci konvensional bukannya membersih malah memburukkan lagi keadaan?

Benar, situasi ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana pada pandangan kita sebuah persekitaran yang bersih tanpa kotoran dan habuk sudah mencukupi.

Tapi tanpa kita sedar, bahan kimia yang terkandung dalam pencuci tadi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya untuk jangka tempoh yang panjang terhadap kesihatan diri dan juga persekitaran.

Fikirkan tentang ini kerana kita tentu tidak mahu anak-anak dan ahli keluarga kita ‘bergelumang’ dengan bahan kimia toksik.

Rumah, persekitaran diracuni

Mengikut kajian Agensi Penjagaan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA), lebih 90 peratus pendedahan terhadap racun sebenarnya berlaku di rumah.

Peluntur klorin biasa merupakan pencuci nombor satu yang mempunyai bahan kimia berbahaya. Bahan-bahan pencemar ini boleh didapati dalam kebanyakan pencuci termasuk penyegar udara dan didapati berada pada paras dua hingga lima kali ganda lebih tinggi di dalam rumah berbanding di luar.

Menurut Penilaian Keselamatan Kesihatan Alam Sekitar Amerika Syarikat pula, seseorang yang menghabiskan masa 15 minit mencuci dinding bilik mandi menyedut lebih tiga kali ganda wap glikol ether, iaitu sejenis gas yang boleh memudaratkan kesihatan, daripada pendedahan kepada produk yang digunakan untuk mencuci.

Pencuci biasa juga membebaskan wap yang berpotensi meningkatkan risiko penyakit asma di kalangan kanak-kanak.

Adakalanya, anak- anak kecil malah orang dewasa juga kerap mengalami masalah kulit tanpa mengetahui punca sebenarnya.

Ramai yang menyangkakan ia akibat alahan kepada makanan tertentu, namun tahukah anda bahawa punca sebenarnya mungkin daripada bahan pencuci tadi?

Selain memudaratkan kesihatan, penggunaan bahan-bahan pencuci biasa juga menyebabkan setiap seorang daripada kita menghasilkan kira-kira lima kilogram bahan buangan berbahaya setiap tahun.

Fikirkan bagaimana bahan berbahaya ini secara ‘senyap’ merosakkan alam sekitar tanpa kita sedari.

Antara bahan kimia toksik yang mendatangkan keburukan kepada manusia ialah naftalen, kerosin, formaldehid, fenol, kresol, lye, asid hidroklorik, sodium hidroklorik (peluntur), asid sulfurik, distilate petroleum, benzin, ammonia, paradiklorobenzin, sodium hidroksida, butil cellosolve dan asid fosforik.

Sepatutnya rumah menjadi tempat yang paling selamat untuk anda dan keluarga. Malangnya bahan kimia toksik terselindung ini menukarkan keadaan menjadi sebaliknya.

Pilih bersih dan selamat

Bagi menjadikan rumah sebagai kawasan paling selamat, penuhi pengetahuan anda mengenai apa yang sesuai digunakan di rumah dan apa yang berbahaya.

Elakkan menggunakan pencuci yang mengandungi bahan-bahan kimia seperti disebutkan di atas. Buangkan juga bahan-bahan seperti cat yang tidak habis digunakan dan juga bateri lama. Bahan-bahan ini berbahaya andainya anak-anak kecil bermain dengannya.

Gunakan bahan pencuci yang bukan sahaja selamat untuk keluarga anda, malah tidak merosakkan alam sekitar.

Terbaru, Shaklee Corporation, sebuah syarikat barangan penjagaan kesihatan menyeluruh yang berpangkalan di Amerika Syarikat menghasilkan produk Get Clean yang selamat untuk pengguna, rumah dan juga alam sekitar.

Empat jenis produk berkenaan memasuki pasaran di Malaysia iaitu pencuci pakaian, pelembut fabrik, pencuci pinggan mangkuk dan pencuci serbaguna.

Menurut Pengarah Komunikasi dan Pemasaran Antarabangsanya, Mona Ameli, pihaknya percaya sekecil-kecil tindakan seperti menukar pencuci pinggan mangkuk kepada yang lebih mesra alam sekitar mampu membawa perubahan besar kepada dunia.

“Kami percaya rumah patut menjadi tempat yang paling selamat dan bersih.

“Dengan itu kami hasilkan sesuatu yang bukan sahaja selamat untuk seisi keluarga malah alam sekitar,” katanya.

Dengan bertukar kepada pencuci seperti yang ditawarkan Shaklee kata Mona, perubahan ketara tentunya dapat dirasa oleh pengguna sekali pun pada penggunaan kali pertama.

“Anda mungkin sedar rasa yang kadangkala tidak senang apabila terhidu bau sesuatu pencuci. Atau anda juga mungkin pernah mengalami gatal-gatal pada kulit seperti ruam.

“Sebenarnya inilah kesan daripada penggunaan pencuci mengandungi bahan toksik, namun perkara seperti ini tidak akan anda alami ketika menggunakan Get Clean,” jelas Mona.

Tambahnya lagi, bahan buangan pencuci ini juga tidak merosakkan alam sekitar kerana ia mengandungi bahan yang mudah terurai malah boleh digunakan untuk menyiram pokok.

Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh diambil bagi memastikan produk yang digunakan dan rumah anda bersih serta bebas dari bahan kimia berbahaya:

– Pencuci sepatutnya tidak mengandungi toksik.

– Diperbuat daripada bahan semula jadi, biodegradasi, berkesan dan hipoalergenik.

– Pencuci mesra alam tidak diuji pada haiwan.

– Pencuci ini juga tidak merosakkan tumbuh-tumbuhan kerana molekul-molekulnya bersifat biodegradasi iaitu mampu terurai dengan mudah.

– Biarkan udara mengalir dengan bebas di rumah anda, buka tingkap untuk pengudaraan yang baik.

– Gunakan minyak pati bagi menggantikan penyegar udara.

– Tanam pokok. Selain kelihatan cantik, tumbuh-tumbuhan membantu menyerap gas berbahaya serta membantu membersihkan udara.

– Gunakan langsir, cadar dan sebagainya yang diperbuat daripada kapas organik.

– Gunakan cat yang bebas bahan kimia berbahaya. Sesetengah cat yang berbau tajam berbahaya seperti mana baunya. Pilih cat yang kurang mengandungi bahan organik mudah meruap (VOC).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s