Halimah kongsi petua jamu

Penjagaan kecantikan dan kesihatan wanita bukan sahaja meliputi kecantikan luaran malah ia turut membabitkan dalaman wanita, apa lagi setelah bergelar ibu.

Sebaik sahaja bersalin, bermulalah proses penjagaan dalam pantang yang memerlukan rawatan tradisional tertentu dalam mengembalikan kesegaran si ibu. Ramai yang mengambil jamu ibu bersalin bagi memastikan darah berjalan lancar, bertenaga serta kembali segar.

Jamu-jamu ini diperbuat daripada herba-herba terpilih yang berkhasiat dalam proses penyembuhan dan kesegaran tubuh badan.

Justeru tidak hairanlah ramai wanita yang mula menceburi bidang ini menjadi usahawan bukan sahaja kerana ingin memberi pilihan, malah ia juga menjanjikan pulangan memberangsangkan.

Salah seorang pengusaha jamu, Halimah Shuib, 65, berkata, kebaikan dan kelebihan jamu, yang diamalkan sejak dulu hingga kini didapati berkesan.

Katanya, ‘‘Resipi jamu Mak Dara ini diwarisi daripada ibu sendiri, Mak Dara. Ibu dapat rasa kebaikannya, alhamdulillah.’’

Memandangkan hari ini, penggunaan herba semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, beliau dan anaknya Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali, pengasas bersama Yaabib Dot Com memasarkan pelbagai produk jenama Mak Dara.

Halimah yang membahasakan diri sebagai Ibu ini adalah ibu kepada enam orang anak dan dia berharap lebih ramai wanita muda mencuba produk-produk Jamu Mak Dara. Jamu yang diperbuat daripada bahan- bahan asli, seperti tumbuh-tumbuhan herba, buah-buahan dan bunga-bungaan berkhasiat tinggi dipercayai baik untuk tubuh badan.

Katanya, masalah dalaman wanita yang boleh menjejaskan rutin harian boleh diatasi dengan mengambil jamu khusus untuk mereka. Pada masa ini terdapat tiga jenis jamu yang telah dihasilkan iaitu jamu Mak Dara, jamu Anak Dara dan jamu Pria.

Katanya, jamu Mak Dara antara lain, mengurangkan kesan keputihan, membantu mengurangkan senggugut dan sesuai untuk ibu dalam pantang.

Jamu Anak Dara pula untuk anak gadis yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur, membuang lemak dan meringankan badan.

Beliau menambah, jamu Pria dirumus khas untuk lelaki bagi membuang toksin, lemak dan melawaskan.

Jelas Halimah, ‘‘Ibu bersyukur, produk Jamu Mak Dara sudah mula mendapat sambutan yang menggalakkan dari dalam dan luar negara seperti Singapura dan Brunei.’’

Pihaknya juga kini mengeluarkan jamu bentuk kapsul bagi mereka yang sukar menelan jamu serbuk. Produk- produk keluaran Yaabib Dot Com boleh didapati menerusi internet.

Apa yang menggembirakan Halimah dan anaknya Syed Muhammad, ialah apabila pihaknya Yaabib Dot Com menjalin kerjasama dengan Technology Park Malaysia.

‘‘Mudah-mudahan, produk jamu ini mendapat pasaran yang lebih meluas dengan adanya kerjasama dan bantuan yang diberikan,’’ ujarnya lagi.

Menjawab pertanyaan, Halimah yang tampak cergas dan sihat biarpun sudah melewati 60-an, berkata, selain jamu beliau juga mengamalkan makanan sihat dan senaman.

Malah, Halimah tidak keberatan berkongsi petua penjagaan langsing dan sihat. Beliau juga sering diundang menjayakan bengkel kecantikan dan kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

‘‘Jika ada jemputan, ibu tidak keberatan memenuhi undangan pihak penganjur, demi berkongsi pengalaman yang ada bersama wanita lain,’’ ujar Halimah yang pernah mendapat gelaran ratu kebaya 12 kali.

Beliau berharap, Jamu Mak Dara dapat memenuhi hasrat dan keinginan lebih ramai wanita di negara ini. Telefon atau faksimile 03-77814046 atau layari www.jamumakdara.com

Oleh: TAJAIYAH IHSAN

9 thoughts on “Halimah kongsi petua jamu

  1. Assalamualaikum…

    Dari testimino yang telah saya, kebanyakkan mempunyai BERAT BADAN. Tetapi apakah kesan terhadap mereka yang mempunyai berat yang TIDAK IDEAK ( Kurang berat badan). Bolehkah diamalkan ?

  2. Salam,soalan sya.. Adakah jamu mak dara ini brkesan bg wanita yg susah hamil utk mendapatkn cahaya mata. Bolehkah pihak anda mmberi sedikit nasihat kepada sya..

  3. saya baru mencuba jamu makdara dlm satu botol soalan saja skg ni adakan saya harus terus makan jamu ni seterus nya tampa henti untuk kesihatan saya?kenapa jamu lelaki virgo tk ada butir2 tentang nya?terima kasih

  4. Saya baru mencuba jamu mak dara 3 hari yang lepas, masalahnya hari ke 7 ada keluar lendir coklat bercampur darah sikit,termasuk hari ni sudah 3 hari lendir itu keluar.Buat pengetahuan, saya baru kering period seminggu yg lepas.adakah itu dipanggil period@sebaliknya?adakah saya patut teruskan memakan jamu itu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s