Krim pemutih kulit punca saraf lemah

PARIS: Sekumpulan doktor Britain mengeluarkan amaran bahaya kesan penggunaan krim pemutih kulit selepas seorang wanita jatuh sakit menggunakan produk mengandungi sejenis steroid.

Mangsa yang mengalami masalah berat badan berlebihan, turut memiliki kulit muka yang tipis dan lebam. Bukan setakat itu, beliau juga mengalami masalah urat sarat yang lemah, lapor edisi terbaru jurnal perubatan Britain.
Wanita itu juga cuba untuk hamil sejak 18 bulan lalu biarpun pusingan haidnya sememangnya teratur.

Doktor percaya beliau mengalami masalah dikenali sebagai sindrom cushing yang berpunca daripada masalah pada kelenjar badan.

Namun, setakat ini hasil ujian darahnya tidak menunjukkan tanda kehadiran dua hormon berlebihan yang lazimnya menjadi petunjuk jelas sindrom berkenaan.

Selepas pemeriksaan lanjut, wanita itu akhirnya mengakui menggunakan sejenis krim pemutih kulit sejak tujuh tahun lalu yang dibeli di sebuah kedai yang tiada kebenaran menjual produk itu.

Krim itu dikesan mengandungi steroid clobetasol – bahan yang lazimnya digunakan bagi merawat penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema.

Mangsa menggunakan dua tiub seberat 60 gram setiap satu setiap minggu.

Berikutan itu, pakar perubatan Hospital Hammersmith, London, menggesa pegawai perubatan supaya membuat amaran berhubung risiko bahaya krim pemutih kulit.

“Pasaran krim sedemikian bernilai jutaan pound sterling setahun. Krim itu mengandungi bahan toksik seperti steroid dan hydroxyquinone. Ramai pesakit yang tidak menyedari risiko berkenaan,” kata pakar perubatan, Dr Tricia Tan.

Seorang lagi pakar yang terbabit, Dr Tony Goldstone berkata, ramai pesakit enggan mengakui tindakan mereka menggunakan krim pemutih, apalagi jika memperolehnya secara haram.

Beliau mengingatkan mereka yang menggunakan krim itu tidak harus berhenti menggunakannya secara mengejut kerana tubuh mereka tidak lagi menghasilkan hormon mencukupi yang selama ini diperoleh daripada krim berkenaan, khususnya yang mempunyai dos tinggi.

“Pengguna krim pemutih itu perlu mendapatkan nasihat doktor yang merujuk mereka kepada pakar,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Dermatologi Britain, Dr Olivia Stevenson, berkata pengguna boleh menghidap sindrom cushing itu jika menggunakan krim itu dalam jumlah yang banyak hingga bahan itu menyerap ke dalam badan dan menimbulkan gejala sedemikian. – Agensi

4 thoughts on “Krim pemutih kulit punca saraf lemah

  1. MARBELLA – MEMBANTU MERAWAT KESAN HIDROKUINON

    MARBELLA – Satu rangkaian produk kecantikan yang dihasilkan penuh teliti khusus untuk merawat pelbagai masalah kulit muka dengan mengunakan teknologi terbaik dari Switzerland terutamanya masalah kulit yang berpunca daripada tindakbalas pengunaan produk kecantikan yang mengandungi racun hidrokuinon.

    “ Rangkaian produk Marbella berupaya mengembalikan keyakinan mereka yang selama ini telah kecewa dan merana akibat kesan hidrokuinon” menurut Pn Khalidah Hj Sani, Pengasas produk Marbella.

    Mengunakan produk Marbella juga memberikan satu pengalaman baru dimana dengan Marbella, kulit tidak akan mengelupas malah kulit akan dirawat dengan lembut dan selamat. Tiada lagi keluhan pedih akibat pengelupasan, merana kerana kesan hidrokuinon mahupun kecewa kerana membazirkan wang untuk produk yang akhirnya memudaratkan.
    Marbella boleh disifatkan antara penemuan terbaik bagi pengguna produk penjagaan wajah kerana ianya amat sesuai untuk semua jenis kulit meskipun yang sensitif bagi membersih, menyegar, melembab, melindung dan merawat kulit.

    Dengan PH neutral, ia mampu meresap ke dalam kulit dengan mudah tanpa sebarang irritasi. Hasil gabungan air, ekstrak bunga dan pati buah-buahan serta teknologi dengan formulasi Swiss yang dianggap terbaik menjadikan produk Marbella sangat neutral tetapi cukup berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jeragat, kulit tidak sekata, jerawat dan parut jerawat mahupun kulit yang telah rosak akibat tindakbalas hidrokuinon.

    Marbella Tanpa Kesan Sampingan
    Pengguna produk kecantikan kini begitu terdedah dengan bahan merbahaya ‘hidrokuinon’ yang boleh membawa kepada kanser kulit dan pelbagai masalah lain. Pedih dan mengelupas adalah salah satu tindakbalas hidrokuinon yang biasa dialami oleh pengguna. Dengan Marbella kesan-kesan sebegitu tidak akan dirasai kerana Marbella amat lembut pada kulit malah mampu merawat kulit mereka yang pernah terseksa akibat tindakbalas hidrokuinon dalam produk kosmetik yang mereka gunakan selama ini.

    “ Produk Marbella adalah amat sesuai digunakan sebagai gabungan terapi bagi rawatan aesthetic” menurut Dr Nadrah, seorang Physician Aestheticion yang turut menjadi Stokis produk Marbella. Para pelanggan beliau amat berpuas hati dengan hasil pengunaan produk Marbella dan perubahan pada wajah mereka dapat dilihat dengan cepat walaupun hanya 7 hari pengunaan dan tanpa sebarang kesan sampingan.

    Bagi mendekatkan lagi Marbella kepada pengguna disamping mendidik pengguna agar mengunakan produk kenjagaan wajah yang selamat, pihak pengurusan Marbella akan mengadakan seminar di seluruh negara . Sebarang pertanyaan berkaitan produk Marbella , peluang menjadi pengedar dan seminar yang akan diadakan sila hubungi 03-8922 2375 / 017-296 0331 atau layari http://www.marbella.com.my

  2. ____dulu kulit aku agak cerah skg..agak kelabu gelap…macamana pun semalam bini aku yg EGO tu membanding kulit dia ternyata cerah..drp aku depan anak2 dgn riaktetapi sebelum ni agak gelap…(tak pa lah malam ni aku nak lepas geram…tojah betul2….dulu kulit dia baisa aje

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s