Isteri diugut lepaskan hak anak

SOALAN:
SAYA pernah bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) kerana kesempitan wang. Masa itu, saya baru diceraikan dan bekas suami tidak mahu memberi nafkah. Mahkamah juga enggan membantu saya mendapat nafkah daripada bekas suami. Saya berhenti menjadi GRO apabila berkahwin lagi.

Setelah melahirkan anak, suami kedua pula ceraikan saya. Dia juga mengugut agar saya tidak menuntut apa-apa daripadanya, walau nafkah anak sekalipun. Jika tidak, dia akan menuntut hak penjagaan ke atas kedua-dua anak saya. Katanya, mahkamah tidak akan memberi hak penjagaan kepada saya kerana saya pernah bekerja sebagai GRO. Adakah saya akan hilang hak penjagaan anak atas sebab ini?

Khairul Bariyah,

Pulau Pinang.

JAWAPAN:

PERKARA yang paling menyedihkan bagi seorang ibu pastinya jika dia terpaksa berpisah dengan anaknya. Biarpun hubungan dengan suami terlerai, pertalian darah dengan anak tetap kekal utuh.

Perundangan keluarga Islam menetapkan ibu sebagai orang yang paling berhak menjaga anak kecilnya, baik semasa perkahwinan mahupun selepas bercerai. Ini termaktub dalam seksyen 82(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Namun, seksyen 83 Enakmen yang sama ada menggariskan syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang boleh mendapat hak penjagaan anak, iaitu:

*Dia seorang Islam;

*Dia sempurna akal;

*Dia boleh memberi kasih sayang yang diperlukan oleh kanak-kanak itu;

*Dia berkelakuan baik dari segi akhlak; dan

*Dia tinggal di kawasan yang tidak akan membahayakan kanak-kanak itu dari segi akhlak atau jasmani.

Melihat kepada soalan puan, perenggan (d) perlu diambil perhatian. Mahkamah akan mengambil kira sama ada orang yang akan mendapat hak penjagaan berkelakuan baik atau tidak kerana ini amat penting dalam menjamin perkembangan peribadi anak itu.

Sekiranya bekas suami cuba mengungkit pekerjaan lama puan sebagai sebab tidak layak menjaga anak-anak, puan boleh mengemukakan bukti yang puan telah berubah serta tidak akan mengulangi melakukan pekerjaan tersebut. Mahkamah akan menimbangkan dengan seadil-adilnya jika puan menghuraikan dengan jujur dan terperinci alasan puan bekerja sebagai GRO dulu.

Jika bekas suami berjaya membuktikan bahawa puan tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, hak penjagaan anak akan berpindah kepada orang lain menurut susunan keutamaan yang disenaraikan dalam seksyen 82(2) Enakmen.

Menurut peruntukan undang-undang ini, nenek sebelah ibu kanak-kanak itu adalah orang yang akan mendapat hak penjagaan sekiranya ibu tidak layak. Hanya setelah nenek sebelah ibu juga tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, barulah sampai giliran bekas suami puan mendapat hak penjagaan anak.

Bekas suami puan sebenarnya tidak boleh menggunakan alasan sebegini untuk menidakkan hak puan sebagai isteri yang diceraikan. Sisters In Islam menyarankan agar puan tetap menuntut hak di mahkamah syariah.

– Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada

Sisters In Islam di alamat

No. 7, Jalan 6/10, 46000,

Petaling Jaya, Selangor,

atau telefon ke Talian TeleNisa 03-77843733 pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat atau e-mel telenisa@sistersinislam.org.my

One thought on “Isteri diugut lepaskan hak anak

  1. Assalamualaikum…saya ingin bertanya..sy telah bercerai dan mempunyai seorang anak berumur 3tahun 4bulan..hak jagaan anak telah diberikan pada sy oleh mahkamah..cuma sy musykil sekiranya sy berkahwin baru dan berpindah mengikut suami jauh dari tempat bekas suami…adakah suami boleh merampas hak jagaan anak tersebut?sy berpindah atas alasan mengikut suami dan tidaak berniat utk melarang hubungan bekas suami dgn anak…cuma dikhuatiri bekas suami alasan berpindah krn ingin menghalang hub mereka untuk merampas hak jagaan..mintak penceraaahn ye…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s