Menggunakan Internet Hak Kerajaan

Bersama:MOHD. FARID RAVI ABDULLAH (Pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)

SOALAN:

ADAKAH salah saya menggunakan Internet hak kerajaan di pejabat ayah saya? Apakah had untuk penggunaan ke atas kemudahan itu?

JAWAPAN:

SALAH dari sudut etika. Ini kerana harta kerajaan yang diberikan kepada seorang kakitangan kerajaan adalah untuk kegunaannya di pejabat. Biasanya bila seorang kakitangan mendapat sesuatu barang seperti komputer ia diberikan untuk menyelesaikan tugasan, dan untuk memastikan kerja selesai serta memenuhi piagam kakitangan awam.

Komputer itu boleh digunakan oleh anak sekiranya ayah meminta dia membantu atau menyelesaikan sesuatu yang mungkin ayahnya belum berapa mahir. Itu pun masih dalam ruang kerja dan urusan pejabatnya sahaja. Jika tugas itu perlu dipelihara kerahsiaannya maka tidak ada seorang pun yang boleh tahu, kerana ia termasuk akta rahsia kerajaan.

Keadaan ini juga mungkin wujud bila anak mengunakan komputer ayah, keadaan ini boleh menyebabkan anak mengetahui suatu perkara yang dia tidak boleh tahu walaupun anak kandungnya.

Kita harus perhatikan apa yang berlaku dan apa yang dilakukan oleh seorang pemimpin yang tersohor lagi disanjung iaitu Umar bin Abdul Aziz, seperti mana yang diriwayatkan apabila ahli keluarganya datang berurusan beliau akan memadamkan pelita yang sedang menyala.

Bila ditanya oleh anaknya gerangan perbuatan ayahnya itu kenapa? Beliau menjawab adapun pelita itu adalah hak kerajaan yang ayah gunakan untuk urusan negara. Adapun perbualan kita adalah urusan keluarga, tidak termasuk urusan negara sehingga membolehkan kita menggunakan harta negara.

Sifat Umar bin Abdul Aziz sebagai insan yang bertanggungjawab menguruskan khazanah negara. Sekiranya sifat ini dapat diserap dan dihayati sehingga melahirkan pekerja yang merasakan dirinya bersalah sekiranya menggunakan hak awam untuk kepentingan peribadi.

Bukan sahaja menggunakan komputer pejabat malahan adalah salah membawa balik beberapa helaian kertas A4 atau membawa balik pencil dari pejabat untuk kegunaan peribadi. Mungkin ada yang bertanya apalah sangat sebatang pensel serta beberapa helaian kertas A4.

Kalau dilihat pada bilangan sedikit maka jumlahnya sedikit tetapi bila dikalikan dengan bilangan yang besar maka bilangan kertas dan pensel akan menjadi jumlah yang besar. Yang pasti ialah perhitungan Allah s.w.t bakal dilalui oleh setiap insan.

One thought on “Menggunakan Internet Hak Kerajaan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s