Berdosa putuskan silaturahim

Soalan :
Apakah hukum mengadakan kenduri atau majlis perkahwinan tetapi tidak menjemput adik-beradik sendiri kerana salah faham? Apakah pula hukumnya memutus silaturahim walaupun jika seseorang itu rajin beribadat?

Jawapan:
Memutuskan silaturahim hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah s.w.t.. Sebagaimana firman Allah s.w.t. maksudnya: (Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah

kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya. (Muhammad: 22-23)

Apatah lagi orang yang memutuskan silaturahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan. (riwayat Muslim). Islam mewajibkan kita menghubungkan persaudaraan yang terputus.

Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi

bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudaratan, bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.

Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, akan tetapi jika mampu adalah afdal untuk menziarahi mereka.

Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat. Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdal daripada orang lain.

Dalam sepotong hadis baginda ada bersabda yang bermaksud: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan”. (Sunan ad-Darimi ). Jelas bahawa memutuskan silaturahim adalah berdosa besar.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (al-Hujurat: 10).

Apa ertinya seseorang itu solat tapi dalam masa yang sama dia memutuskan silaturahim? Maksudnya dia tidak faham hakikat solat.

Kenapa kita solat? Jawapannya kita taat kepada perintah Allah, takut kalau tinggal solat Allah murka dan akan menghumban kita ke dalam neraka. Tuhan yang menyuruh kita itulah yang menyuruh kita menjaga silaturahim.

Mana mungkin menjadi seorang mukmin beriman dengan perintah solat dan ingkar kepada perintah memelihara persaudaraan.

Persaudaraan adalah penyebab kepada rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. Apa sahaja kesalahan manusia masih ada peluang untuk diperbaiki dan diperbetulkan, berilah orang yang salah itu peluang dengan memaafkannya.

Orang mukmin yang baik ialah memaafkan orang yang melakukan kesalahan terhadapnya.

One thought on “Berdosa putuskan silaturahim

  1. salam.

    bolehkah seseorang menerima wasiat,untuk terus memutuskan silaturahim dgn sahabatnya?orang yg berwasiat itu kini telah meninggal dunia.cuma arwah seorang saja yang mendendami pada sahabat itu,sedangkan di pihak isteri dan anak2nya tidak.maka kerana ini merasakan adalah wasiat dan perlu ikut cakap suami,isterinya pun merealisasikanlah amanat itu.adakah berdosa jika isterinya menengkari wasiat ini,jika teruskan kembali persahabatan ini?minta penjelasan lanjut dlm permasalahan ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s