Kencing terus menitis

‘‘Umur saya 53 tahun dan mempunyai masalah salur kencing tetapi agak segan untuk berjumpa doktor. Selepas membuang air kecil, air kencing masih menitis dan masalah ini telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Apakah ia normal dan apakah penyebab masalah ini?’’

JAWAPAN: Air kencing yang menitis walaupun selepas pembuangan air kecil merupakan salah satu simptom Hiperplasia Prostatik Tidak Berbahaya (BPH), suatu keadaan di mana kelenjar prostat mengalami pembesaran apabila usia meningkat. Gejala-gejala yang lazim dialami termasuklah:

* Terasa pundi kencing tidak kosong sepenuhnya walaupun selepas kencing

* Aliran air kencing yang lemah

* Kekerapan pembuangan air kecil bertambah terutamanya pada waktu malam

* Sukar untuk menahan kencing

* Perlu meneran untuk memulakan kencing

BPH sering dikaitkan dengan masalah pembuangan air kecil kaum lelaki berusia 50 tahun ke atas. Ia menjejaskan hampir 60 peratus lelaki yang berumur 40 hingga 59 tahun. Apabila usia semakin meningkat, kelenjar prostat akan membesar dan menyempitkan uretra, lalu menghasilkan gejala seperti yang disebutkan. Dapatkan pemeriksaan lanjut dari doktor kerana ia mungkin menyebabkan komplikasi lain seperti jangkitan pada saluran kencing dan kemerosotan fungsi seksual.

Herba saw palmetto boleh membantu mengurangkan simptom berkait dengan pembesaran kelenjar prostat dan ia memberi kesan yang lebih baik apabila digabungkan dengan biji labu (pumpkin seed). Saw palmetto mengandungi sterol tumbuhan yang dipercayai boleh merencat aktiviti enzim yang menggalakkan penukaran hormon testosteron kepada dihidrotestosteron (DHT), yang mempercepatkan pembesaran prostat. Kombinasi dua jenis herba ini memberi kesan sinergistik untuk mengurangkan simptom masalah pembuangan air kecil dan melegakan ketidakselesaan.

Pengambilan zink juga penting untuk pertumbuhan dan perkembangan organ reproduktif serta menggalakkan fungsi kelenjar prostat yang normal. Senaman ringan seperti berenang dan joging adalah digalakkan untuk membantu pengaliran darah ke bahagian prostat. Minum lapan hingga 10 gelas air setiap hari tetapi elakkan alkohol dan kafein terutamanya pada waktu petang. Ini kerana minuman yang mengandungi alkohol dan kafein meningkatkan penghasilan air kencing yang merengsa pundi kencing dan memburukkan simptom.

Hadkan pengambilan makanan berlemak dan produk tenusu, sebaliknya tambah pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan fiber. Anda juga dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat tentang masalah berkenaan.

2 thoughts on “Kencing terus menitis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s