Cik Kuntum: Suami enggan mengaku hadapi masalah kesuburan

cikkuntum@bharian.com.my.

RUANG kotak e-mel Cik Kuntum dihujani kiriman daripada pembaca sejak kisah Syikin mengenai gangguan makhluk halus yang dialaminya disiarkan minggu lalu, malah ada yang menghubungi Cik Kuntum menerusi telefon untuk mendapatkan nombor telefon ustaz yang membantunya.

Bukan tidak ingin membantu, tetapi Cik Kuntum ingin memperbetulkan salah faham kerana ada yang menyangka ustaz berkenaan yang membantu Syikin hamil pertama kali selepas lapan tahun berkahwin. Sebenarnya seperti yang ditulis, ustaz berkenaan hanya membantu mengusir gangguan makhluk halus yang ‘menghantui’ Syikin tanpa pengetahuannya selama ini, bukannya membantu mengubati masalah ketidaksuburannya.

Kiriman e-mel asal Syikin agak panjang dan terpaksa Cik Kuntum pendekkan, namun Syikin ada memaklumkan bahawa dia melakukan rawatan kesuburan di bawah pemerhatian seorang pakar obstetrik dan ginekologi terkemuka di ibu negara. Bukan sedikit yang dia habiskan untuk mendapatkan khidmat pakar berkenaan dan dia mengambil masa yang agak lama sehingga akhirnya disahkan hamil.
Cik Kuntum faham, ramai wanita yang mengalami masalah seperti Syikin. Lapan tahun berkahwin bukan tempoh yang singkat. Ada lelaki yang boleh bersabar, tetapi ada juga yang pendek akal dan asyik menyalahkan si isteri tanpa mengakui hakikat kemungkinan besar dialah sebenarnya yang mengalami masalah ketidaksuburan.

Itulah kisah minggu ini yang ingin Cik Kuntum paparkan. Selepas menyiarkan kisah Syikin minggu lalu, seorang pembaca ingin berkongsi kisah hidupnya yang beliau umpamakan seperti cerekarama di televisyen, tetapi itulah yang dialami Gina (bukan nama sebenar).

“Cik Kuntum, selepas membaca kisah Syikin saya terpanggil untuk menulis kepada saudari mengenai secebis kisah hidup saya yang diharap dapat dijadikan iktibar kepada semua khususnya lelaki. Ketika di kampus, saya berkenalan dengan A dan hubungan kami direstui kedua-dua belah pihak.

Sebaik tamat pengajian dan bekerja selama setahun, kami akhirnya mengakhiri jalinan cinta yang disemai sejak sekian lama dengan ikatan yang sah. Pada mulanya mahligai yang dibina berjalan dengan lancar dan kami sering menghabiskan masa bersama dengan melancong ke beberapa destinasi yang menjadi impian kami selama ini.

Kami tidak berasal daripada keluarga yang berada, justeru kami melancong menggunakan pakej bajet. Untungnya, kami berdua mempunyai minat yang sama, jadi tidak menjadi masalah untuk berkongsi segalanya.

Masuk tahun kedua perkahwinan kami, hubungan yang sebelum ini ceria semakin suram. Jika selama ini suami sering berjenaka, saya perhatikan dia sering termenung dan apabila melihat anak jiran, dia tersenyum sendirian. Sejak itu saya memahami kesuraman di hatinya kerana tiada sulaman gelak tawa si kecil yang lazimnya menjadi penawar dalam sesebuah rumah tangga.

Demi sayangkan dia, saya menawarkan diri untuk berjumpa doktor bagi mengetahui masalah yang mungkin saya hadapi. Ketika berjumpa doktor, doktor menasihatkan saya supaya turut membawa suami untuk menjalani pemeriksaan, namun saya tahu A mempunyai ego yang tinggi.

Ya, saya sayangkan dia dan kerana cinta itu, saya tidak kisah dan sanggup melakukan pemeriksaan kesuburan sendirian. Hasilnya, doktor mengesahkan saya tidak mempunyai masalah yang boleh menjejaskan kesuburan saya. Apabila mengetahui keputusan itu, A mendiamkan diri dan satu hari dia memberitahu saya, mungkin kami belum mempunyai rezeki.

Saya mencadangkan supaya dia bertemu doktor, tetapi dia hanya mengangkat bahu dan terus berlalu. Saya faham A, itu maknanya dia tidak mahu perbualan itu diteruskan. Sejak itu kami tidak lagi memperkatakan mengenai isu itu dan saya menganggap A benar-benar tidak kisah sehinggalah satu hari ketika majlis makan malam syarikat A.

Memandangkan A dan teman sepejabatnya sibuk berbual dan menghisap rokok di luar dewan, saya mengambil keputusan untuk ke tandas dan di situ bertemu dengan seorang wanita hamil, juga daripada majlis sama. Melihat keadaannya yang mengah, saya bertanya khabar mengenai kandungannya.

Kami terus berbual sepanjang kembali ke dewan besar dan ketika itu A berjalan beriringan dengan seorang temannya, juga menuju kembali ke dewan.

Tidak semena-mena, wanita hamil tadi yang turut melihat A berkata: “Kesian dia tu, isterinya mandul. Dah enam tahun kahwin, belum dapat anak.” Terkejut saya mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut wanita berkenaan sehingga tergamam saya dibuatnya. Saya faham, dia tidak tahu yang saya ini isteri A, tetapi kata-katanya cukup terkesan di hati ini.

Bayangkan selama ini saya ingatkan A tidak pernah kisah keadaan kami yang tidak mempunyai anak, tetapi tidak sangka sama sekali dia bercerita kepada temannya dan lebih menyedihkan saya, dia menyalahkan saya sedangkan dia sendiri tidak pernah berjumpa doktor.

Balik daripada majlis itu, kami bergaduh besar sehingga terkeluar daripada mulutnya hendak berpisah. Malam itu juga, kira-kira jam 2 pagi saya angkut beg baju keluar dari rumah. Dipendekkan cerita, sebulan kemudian kami bercerai atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Ibu bapa kami terkejut, malah mentua menangis memujuk saya.

Tetapi hati saya hancur apabila A yang amat saya cintai sanggup melukai hati saya. Enam tahun kami bersama, tetapi begitu penyudahnya cinta kami, namun saya reda dengan ketentuan Tuhan.

Tidak sampai enam bulan kemudian saya mendapat tahu A berkahwin lagi. Saya pula bertemu jodoh dua tahun selepas itu, dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana meskipun ketika itu sudah agak berumur (34 tahun) saya masih bertemu jodoh dengan lelaki bujang.

Untuk pengetahuan Cik Kuntum, saya kini hamil anak kedua dan anak pertama sudah pun berusia dua setengah tahun. A pula khabarnya masih belum mempunyai anak, tetapi saya tidak berdendam dengannya. Cuma apa yang ingin saya katakan pada kesempatan ini ialah kepada semua lelaki, jangan hanya menyalahkan isteri jika belum dikurniakan cahaya mata kerana mungkin anda punca sebenar.”

Jika anda hendak berkongsi pendapat atau pengalaman, hantarkan kepada Cik Kuntum di alamat Cik Kuntum, Halaman Citra, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, No 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur, no faksimili 03-22822425 atau e-mel kepada cikkuntum@bharian.com.my.

21 thoughts on “Cik Kuntum: Suami enggan mengaku hadapi masalah kesuburan

  1. adeh sedihnye dgr…

    err nak tanye ek, still knpius la… walaupun da bc byk kali..

    bg lelaki la,

    mandul nih cane ek… kalu leh tegak, kire mandul gak ker…

    atau xleh tegak tuh namanye mandul?

    sbb riso gak, tegak mmg leh tegak, tp x subur, naya jek…

    kalu p jumpe doktor cek, cane die cek?

  2. kayeye..
    mandul ni kire xsubur la..ini berkaitan dgn benih..
    berlainan dgn mati pucuk..benih ade tp alat xberfungsi dgn baik.. (ikut pembacaan saya la…)

    bleh cek kesuburan melalui ujian darah..dr situ doctor leh tau tahap hormon, kesuburan, penyakit dll.. so bg pasangan yg blum kawin better bt ujian kesuburan..

    blum tentu alat tu nmpk gagah perkasa mampu menghasilkan benih yg baik..

    sharing for caring 😉

  3. oo ok baiklah~~

    so kalu kite juz cek darah je doc leh cek la kan either kite nih mandul or not? coz mati pucuk, alhamdulillah kayeye x kene penyakit tuh, tp riso lak bab2 mandul nih…

    tp mandul nih leh diubati ke?

  4. sume penyakit ade ubat…

    ade cara nak pulih..kene jumpe doktor, rawatan hormon sbg nyer ..
    tp kene dptkan rawatan awal la…klu dah terlambat tu xde gune nyer..

  5. ooooo….
    ingatkan dh kawin baru leh cek kesuburan..
    tapi kan buat nye masa cek tu, pastu dktr cakap yg salah seorg teman kita mandul.. mcm mana tu??
    nak teruskan majlis kawin ke atau berubat dulu??

  6. laila_ilya,

    terpulang pada individu masing2..

    mandul bukan bermakna xleh beraksi, juz ssh dpt anak…

    so kalu dktr kata mandul, still leh kahwin n berubat tp probability nak dpt anak tuh lambat la sikit…

    kalu mandul n berubat dulu baru kahwin, cian lak kat psgn kene tunggu lama baru leh mamam huhu 😛

  7. laila..
    btul ckp kayeye tu..terpulang pd individu itu..but make sure buat keputusan yg tepat..jgn nnt dlm delima lak..cam farah skg..

    skg pasgn lum kawin dah wajib bt ujian HIV..so ape kata luangkan mase pegi bt ujian kesuburan lak..better pegi bsame2..jgn jd cam gina..susah klu sorg je pegi..jgn pkir ego..pkir mase depan..

    🙂

  8. thanks farah&kayeye..
    nanti g sekali lah.. buat check up utk satu badan..
    hehehhee..
    takut gak nak tau result tu..
    harap2 semuanya berjalan dgn lancar..
    amiiinn…

  9. yes..dats right..

    kene buang ego tu jauh2..begitu jugak dgn perasaan malu..pedulikan ape org nak ckp sb kite sndri yg nak guna…kan,kan,kan……

  10. betol tu farah..
    tapi kan. mulut2 org zaman sekarang ni menjadi2 plak yee…
    makin teruk y tgok…
    kalo dulu nak sound org berlapik jugak..
    skrg tak..direct sound terus org tu.. takde segan silu dah…
    manusia2..
    mcm2lah..

  11. yup, betul tuh…

    orgnye ckp sampai bile pun x abis, so ignore kan aje..

    asalkan benda tuh bagus untuk kite n psgn kite, n x nyusahkan org lain, wat je…

    erm nak tanye, kalu nak wat pemeriksaan nih kat mana2 hospital leh ke, atau mesti pakar sakit tuan/puan je?

  12. kat ane2 jer klinik yg ade pakar sakit tuan & puan, kat damai service hospital leh bt, SJMC, and klinik swasta yg lain..byk la klinik kesuburan kat kl ni…cam cendawan tau..bleh pilih ane yg u all suke..

  13. oo ok…

    kayeye duk equine park, dkt2 sri kembangan n cyber n putra…

    em nak try la carik kat sini, bape hinggit ek agaknye kene bayar untuk cek? bape lame kene tunggu result?

    kalu nak cek kesuburan tuh diorang cek dari air mani kan… so means kene kuarkan air mani ngan sengaja la time tuh ek….

    adeiii…. kalu camtuh time pose nih xleh la jwbnye huhu…

  14. kalu yg pompuan bukan ke kene wat camtuh gak ke, kalu x cane diorang nak cek kesuburan?

    ooo yg lakinye je farah leh jawab ye, yg pompuan nye xleh ek hehe 😛

  15. ala…pe la kayeye ni..farah tau pun sbb bakal farah citer kat farah doktor buat ape..malu i tau..hehehehe

    yg pempuan pun lbih kurang same la..check darah, aturan period, breast checking dll..

    bakal farah akn pegi buat checking sebulan sekali..and doktor akan bg kaunseling and ubat..but farah dah advice bakal supaya xambil ubat hospital or klinik tu..bukan pe die slalu mgadu mengantuk and lenguh2 badan..so farah tukar ubat dia kpd ubat farmasi (herba ekstract)..alhamdulillah so far lum ade effect cam mkn ubat spital or klinik..

    dia akan cari doktor lain bile current doktor ni dah fed-up and xleh nak buat ape2 dah..kdg2 kite xleh tertumpu pd 1 doktor jer..perlu gak pndgn doktor lain sb kite nak yg terbaik..

    klu lah doktor A ckp kite dah xleh sembuh, xkan kite nak stop usaha kat situ jer..proceed ke doktor B yg bleh bg other positive reponds..

    if la nnt bile dpt keputusan yg mengecewakan , jgn putus harapan..jgn buat keputusan yg terburu2 and biarkan masalah tu pergi di angin lalu….ikhtiar cara lain other moden or traditional..

    kite sbg pasangan (tidak kisah la dah kawin ke blum), jgn sesekali memperkecilkan psgn kite yg sakit..kite kena faham yg perasaan org yg ade mslh kesuburan ckup sensitif..so sll la bg semangat and usaha bsame2 supaya psgn x rase sendirian… ketahuilah bahawa selain doktor dia xde tempat lain utk mengadu..nak mengadu kat keluarga pasti malu begitu juga pd kawan2..bg mereka maruah perlu dijaga..so sbg psgn,dekati psgn kita dgn penuh kasih-sayang & understanding..

    last sekali, sudah tentu pohon pd Allah Taala supaya disembuhkan psgn kite & diri sndiri..Allah Maha Mendengar dan Menyembuhkan…kpd Dia kita hambakan diri..sesungguhnya kita ni hamba-Nya yg cukup kerdil..

    salam & selamat hari Jumaat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s