Jatuh terduduk punca slip disc

ENTAH mengapa sejak dua minggu kebelakangan ini Yusri sering mengalami sakit-sakit pada bahagian pinggang. Kadang kala rasa kebas-kebas pada paha terus ke betis. Lebih teruk kesakitan sebaik sahaja mahu memijak kaki ke tanah.

Seingat Yusri, sebelum ini dia tidak pernah berkeadaan sedemikian. Mungkinkah dia salah tidur atau mungkin tersalah makan dan bermacam-macam lagi yang bermain dalam kepala. Sehinggalah dia bertemu dengan doktor memberitahu perihal penyakitnya itu, iaitu slip disc atau diska pecah.

Soalan yang pertama diajukan kepada Yusri: “Apakah encik pernah terjatuh atau mengangkat benda-benda berat?” Selepas cuba beberapa kali barulah Yusri teringat semasa menuntut di institusi pengajian tinggi kira-kira sembilan tahun lalu, dia pernah jatuh terduduk ketika menyertai pasukan bola tampar.

Menerangkan masalah yang dihadapi Yusri, Pakar Bedah Ortopedik di Hospital Pusrawi, Kolonel (Bersara) Dr. Azmi Abdul Latif berkata, dalam kebanyakan kes, termasuk yang dialami Yusri tiada sebarang tanda awal dikesan, sebaliknya hanya dapat dirasai selepas beberapa tahun.

Seseorang itu katanya, mungkin betul-betul tidak sedar diska mereka mempunyai masalah sehinggalah cakera mula mengalami kesakitan.

Beliau menegaskan diska pecah tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh memudaratkan pesakit.

Menerangkan bagaimana ia terjadi katanya, ia berlaku apabila diska yang berfungsi sebagai penggalas dan penstabil tulang belakang, terkeluar dari kedudukan asal atau normal dalam tulang belakang dan saraf tulang belakang, lalu menekan urat saraf berhampiran.

Secara umum, tulang mempunyai 26 diska dari tengkuk hingga ke pinggang, iaitu 12 pada bahagian torak atau dada, tujuh pada tengkuk dan lima di tulang lumbar atau tulang belakang pada bahagian pinggang.

“Diska berbentuk bulat seakan-akan sekeping cakera serta lembut seperti gel. Apabila diska pecah berlaku, diska akan bergerak ke belakang atau terkeluar dari kedudukan asal seterusnya menekan urat saraf tulang belakang dan pinggang.

“Keadaan ini menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan kesakitan pada bahagian berkenaan sekali gus menyebabkan mereka sukar menjalankan aktiviti harian,’’ ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menerangkan lebih lanjut kata Dr. Azmi, tulang belakang juga dikenali sebagai vertebrae (dipanggil VVR-te -bray) berfungsi melindungi saraf tunjang halus.

Vertebrae dipisahkan dari satu sama lain dan dilindungi oleh cakera-cakera. Cakera-cakera mengandungi satu lapisan dalam yang lembut dan satu lapisan luar yang keras. Jika lapisan luar koyak, lapisan dalam lembut boleh keluar kebelakang dan menekan saraf-saraf tulang belakang.

Ini boleh menyebabkan kesakitan teruk dan lemah anggota kaki. Diska pecah juga dipanggil herniated, ‘terjengul’ dan ‘membonjol’.

Beliau berkata, masalah diska pecah tidak hanya berlaku pada tulang belakang, tetapi juga bahagian leher.

Menurut Dr Azmi, dua penyebab diska pecah yang biasa ialah terjatuh duduk dan mengangkat barang atau benda berat dengan cara tidak betul, tidak terkecuali kesan dari kemalangan yang berlaku.

Diska pecah juga boleh disebabkan hakisan di cakera ekoran proses penuaan yang berlaku.

Beliau berkata, masalah diska pecah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengenal usia atau jantina. Di kalangan mereka yang berusia 30 hingga 40 tahun, diska pecah dianggap gangguan yang biasa berlaku.

Bagaimanapun ia boleh berlaku kepada mereka yang masih muda, juga kanak-kanak.

Selepas usia 40, diska menjadi lebih keras kerana kehilangan air dan kurang kenyal (senang pecah).

“Jika mereka pernah mengalami dua penyebab di atas yang telah disebutkan tadi bermakna individu ini terdedah kepada risiko mendapat diska pecah,’’ tegasnya sambil menyatakan golongan lelaki lebih mudah terdedah mengalami masalah tersebut berbanding wanita.

Ditanya bagaimana merawat pesakit tersebut, Dr. Azmi berkata, jika seseorang menderita sakit belakang yang teruk dan mengejut, mereka sepatutnya dinilai oleh seorang doktor atau pakar bagi menentukan sekiranya dia mempunyai masalah diska atau sebaliknya, terutama jika ada kelemahan atau kesakitan otot dan rasa kebas pada kaki.

Doktor katanya, akan memeriksa saraf refleks dan kekuatan otot ujian setelah diambil satu sejarah peribadi pesakit.

Menurut Dr. Azmi lagi, pesakit yang mendapatkan khidmat tukang urut hanya pulih untuk beberapa hari, dan keadaannya akan menjadi bertambah serius selepas itu.

Oleh kerana itu, setiap pesakit dinasihatkan agar menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran X serta Magnetic Resonance Imaging (MRI).

“Melalui MRI doktor akan dapat melihat dengan jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal itu.

“Lazimnya, selepas disahkan diska menekan urat saraf, pesakit akan menjalani rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif. Pesakit akan dinasihatkan agar lebih banyak berehat, tidak melakukan kerja-kerja berat termasuk mengangkat barang,’’ ujarnya.

Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang, mereka dinasihatkan supaya sentiasa melakukan senaman ringan bagi menguatkan otot-otot.

Pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga hingga enam minggu.

Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan menasihatkan agar pesakit menjalani pembedahan discectomy.

“Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang pecah supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.

“Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa berbanding sebelumnya,’’ terangnya lagi.

Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Punca utama

– Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.

– Melompat dari tempat yang tinggi.

– Terbabit dalam kemalangan jalan raya.

– Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.

Gejala

– Sakit bahagian belakang pinggang.

– Sengal dan kebas punggung dan kaki.

– Lemah kaki.

– Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.

– Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.

Cara mengurangkan sakit belakang

– Berehat. Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.

– Mandi air suam. Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang. Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.

– Menggunakan tilam yang sesuai. Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.

– Ambil ubat penahan sakit. Ubat penahan sakit boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.

– Relaks. Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.

– Gunakan kusyen. Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.

– Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

– Mengangkat barang dengan cara yang betul. Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.

– Kawal berat badan. Pastikan berat badan seimbang.

5 thoughts on “Jatuh terduduk punca slip disc

  1. nak tanye..macam mane kalo seorang perempuan jatuh terduduk?..saya pernah terdengar ada yang cakap perempuan yang jatuh terduduk bakal hadapi kesukaran untuk hamil..benarkah fakta tersebut?saya tahu hakikat yang sebenarnya kita xboleh percaya dengan mudah cakap2 tanpa bukti yang kukuh..semuanya berserah kepada tuhan tapi saya ada keinginan untuk tahu..sekian..maaf.hanya bertanya.

  2. Penyakit ini boleh dirawat dengan kaedah AYURVEDA di pusat rawatan kami: LUQMAN AYURVEDIC HERBS CENTRE. Rawatan kami adalah 100% bebas dari dadah / steroid. Mengapa perlu terus menerus menjalani rawatan yang tidak menjanjikan kesembuhan setelah bertahun-tahun menjalani rawatan tersebut malahan menjadikan penyakit menjadi bertambah teruk / serius. Lawati facebook kami untuk maklumat lanjut (hanya klik Luqman Ayurvedic). Tq.

  3. Terdapat banyak jenis masalah berkaitan dengan tulang belakang. Keadaan posisi tulang belakang banyak mempengaruhi kesihatan badan secara umumnya. Adakala pesakit merasa tidak sihat walaupun pemeriksaan kesihatannya menunjukkan tiada masalah serius. Ini adalah kerana kedudukan tulang belakang yang tidak normal akan menjadikan pergerakan tenaga dalam urat saraf tidak normal dan ini boleh mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang itu.

    Masalah biasa dalam rawatan tulang belakang ialah:-

    1. Slipped disc atau cakera beralih dari kedudukan asal

    2. Spondylisis iaitu kemampatan cakera pada leher

    3. Scoliosis iaitu keadaan tulang belakang yang abnormal

    Walaupun hanya masalah tulang belakang, pesakit akan merasa kebas pada kaki atau tangan dan badan akan merasa lemah untuk melakukan kerja-kerja harian.

    AYURVEDIC LUQMAN boleh membantu mengurangkan atau menyembuhkan masalah tulang belakang dengan rawatan oiling pada tulang belakang. Walaupun rawatan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 1 bulan untuk menampakkan keberkesanannya tetapi pengalaman telah membuktikan bahawa rawatan ini benar-benar berkesan memulihkan masalah tulang belakang pesakit yang datang mendapatkan rawatan. Maklumat lanjut boleh diperolehi di FB: luqman_ayurvedic

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s