Semakin sukar hamil

Kehadiran hormon estrogen yang berlebihan di dalam air paip di rumah boleh mengganggu pembentukan sperma yang baik.

“KENAPA abang nak ceraikan saya? Abang dah tak sayangkan saya?” tanya Solehah pada suaminya.

“Sebab kau tak dapat bagi aku anak,” jawab Nazri, menuding jari.

Pasangan ini berkahwin sejak lima tahun lalu tetapi sehingga sekarang belum dikurniakan cahaya mata.

Persoalannya, sejauh manakah isu saling menyalahkan antara pasangan suami isteri seperti ini dapat diterima?

“10 tahun lalu, kemandulan yang berpunca daripada suami adalah 25 peratus. Tetapi kini, ia sudah melepasi 50 peratus,” ujar Dr. Prashant Nadkarni dari Pusat Kesuburan dan Ginakologi Kuala Lumpur.

Malah menurut beliau, sejak 10 tahun lalu, dijangkakan bilangan sperma berkurangan sehingga satu peratus setiap tahun.

Menjelaskan separuh daripada puncanya tidak dapat dijelaskan, sebahagian lagi bagaimanapun menyingkap cabaran baru untuk didepani dan dicari penyelesaiannya.

“Masalah yang paling ketara ialah bilangan masyarakat kita yang menghidap obesiti semakin tinggi. Lemak berlebihan pada mana-mana bahagian badan cenderung untuk menghimpit dan memberi tekanan ke atas testikal.

“Keadaan ini akan menyebabkan testikal memerangkap lebih banyak haba dan seterusnya merosakkan sel sperma sedangkan sel sperma sangat sensitif terhadap haba,” tambahnya.

Turut menyuarakan penyebaran haba yang baik penting dalam memastikan testikal tidak memerangkap terlalu banyak haba, Prashant berkata satu kajian yang dijalankan lebih daripada tiga tahun lalu telah membawa kepada penemuan yang merisaukan.

“Kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) di sekitar Lembah Klang beberapa tahun lalu mendapati air yang kita gunakan setiap hari, yang keluar melalui paip di rumah, mengandungi 20 kali ganda bahan berasaskan hormon wanita, iaitu estrogen, berbanding yang sepatutnya.

“Penemuan ini membawa kepada perkaitan kemandulan di kalangan lelaki di negara ini kerana kehadiran hormon estrogen yang berlebihan boleh mengganggu pembentukan sperma yang baik yang diperlukan untuk mempersenyawakan sel telur.

“Hormon yang dipercayai datang daripada hasil ternakan ladang yang disuntik untuk mendapatkan daging yang lebih banyak itu tidak dapat ditapis atau dibersihkan sepenuhnya,” katanya.

‘Pencemaran’ alam sekitar ini dikhuatiri mungkin menjadi faktor penyumbang terbesar kerana hampir seluruh negara dibekalkan air yang dikitar semula.

Malah trend berkahwin lewat usia dan pengambilan makanan yang menggunakan racun serangga serta penggunaan racun serangga juga menyumbang kepada kegagalan untuk mendapatkan anak.

Dengan situasi seperti ini, tidak mustahil negara akan berdepan dengan masalah baru iaitu penggantian populasi yang diperlukan untuk mengimbangi kadar kematian dan kelahiran penduduk.

Bagaimanapun, kata Prashant, situasi perkembangan dunia perubatan di Malaysia amat baik berbanding negara membangun yang lain.

“Pada hari ini, kesedaran tentang kemandulan sudah cukup luas. Orang ramai sudah terbuka untuk berjumpa dan merujuk doktor bagi membantu mereka menyelesaikan masalah kesuburan, sama ada pada isteri mahupun suami.

“Unit fertiliti juga bercambah dengan pantas dan diwujudkan hampir di setiap pusat kajian perubatan yang ada di seluruh negara,” katanya yang menyifatkan ia senario yang sihat kerana isu ketidaksuburan kini dipandang serius.

Menyentuh tentang rawatan, Prashant berkata, perkembangannya pada hari ini menunjukkan perubatan yang ditawarkan semakin efektif berbanding 10 tahun lalu.

“Sekarang, keberkesanan perubatan membuka peluang untuk wanita hamil sehingga 50 peratus.

“Malah biarpun Malaysia tidak menjalankan sendiri kajian tentang situasi kesihatan ini, ia sentiasa mengikuti perkembangannya di peringkat antarabangsa,” ujar Prashant, menyenaraikan beberapa rawatan berteknologi tinggi yang sudah berada di Malaysia dan dapat dinikmati oleh semua peringkat usia, berupa tiub uji biopsi embrio.

One thought on “Semakin sukar hamil

  1. assalammualaikum,name sya mira…sya dah berkahwin selama setahun,tapi sampai sekarang belum di kurniakan cahaya mata…kalau boleh sya taw..ade jalan penyelesaiaan x bagi yg sukar hamil?????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s