Solekan mata kucing

PERHATIKAN solekan mata selebriti Hollywood seperti Angelina Jolie, Kate Moss atau Amy Winehouse ketika ini. Kelihatan seperti berada di zaman Firaun dan fesyen itu digelar solekan mata kucing.

Tampak versatil dan penuh gaya apabila dipadukan dengan busana retro atau palitan gincu bibir tona merah menyala. Ia juga mampu menyerlahkan kesederhanaan pada gadis muda yang tidak mahu kelihatan matang sebelum waktu.

Tapi bagaimana ingin mendapatkan wajah dengan solekan mata kucing? Bagi wanita dan anak gadis yang tidak mahu ketinggalan dalam arus fesyen terkini, di sini disediakan panduan untuk anda ikuti.
1. Sapukan seluruh kelopak mata dengan pembayang mata neutral.

2. Sapukan warna coklat pada bahagian bawah tulang kening bagi menyerlahkan bentuk kelopak mata.

3. Lukis garisan sederhana tebal pada bahagian atas kelopak mata menggunakan pensil mata dari gerakan dari dalam membawa ke hujung mata. Pada bahagian hujung mata, lorek sedikit lekukan ke atas membentuk seperti segi tiga pada hujungnya.

4. Kemaskan lorekan dan tambah garisan menggunakan warna yang sama pada bahagian bawah mata. Pastikan palitan pensil mata pada bahagian atas dan bawah bersambung di penghujungnya bagi memastikan ia kelihatan kemas.

5. Akhiri dengan sapuan maskara jika ingin mata bundar anda kelihatan lebih galak.

Cuba lukis garisan pada mata berulang kali bagi memastikan anda benar-benar mahir mengawal pensil mata. Latihan yang dibuat juga membolehkan hasil lorekan mata kucing kelihatan kemas. Pilihan warna bergantung pada anda sama ada biru gelap, coklat atau hitam. Atau jika anda inginkan kesan tampak dramatik sesuai dengan majlis yang ingin dihadiri, boleh gunakan pensil warna metalik yang ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna memukau. Selamat mencuba!

One thought on “Solekan mata kucing

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s