Diet si kecil

Walaupun secara fizikalnya mereka masih bayi, namun mereka memerlukan zat gizi yang sama seperti orang dewasa.

BAYI yang baru dilahirkan sebaiknya diberikan susu ibu secara eksklusif sehingga berusia enam bulan. Ini kerana pada usia tersebut, tidak ada makanan lain yang lebih baik selain susu ibu.

Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Ia mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak ada pada susu formula.

Kandungan yang ada dalam susu ibu mencukupi setiap keperluan nutrisi yang diperlukan oleh bayi. Justeru, tidak perlu risau jika dalam tempoh enam bulan tersebut, mereka (bayi) hanya diberi air susu ibu.

Namun, dalam keadaan tertentu seperti pengeluaran air susu ibu yang tidak mencukupi keperluan nutrisi bayi atau sebagainya, maka pada usia empat bulan, bayi boleh diberi makanan tambahan selain susu ibu.

Apabila menginjak usia enam bulan ke atas, susu ibu sebagai sumber nutrisi bagi bayi sudah tidak mencukupi lagi untuk keperluan gizi yang terus berkembang. Maka dengan itu, ia perlu diberi makanan tambahan.

Bayi dilahirkan dengan kemampuan refleks makan seperti menghisap, menelan dan mengunyah. Pemberian makanan tambahan selain susu ibu, harus disesuaikan dengan perkembangan sistem pencernaan bayi, mulai daripada makanan bertekstur cair, kental, semi padat hingga akhirnya makanan padat.

Secara umum kesediaan bayi menerima makanan tambahan diketahui dengan perbuatan seperti bayi mula memasukkan tangan ke dalam mulut dan mengunyahnya, memberi respons dan membuka mulut ketika disuap makanan, lebih tertarik pada makanan berbanding botol susu atau ketika disuakan puting susu, bayi kelihatan gelisah walaupun sudah diberi susu ibu atau susu formula sebanyak empat hingga lima kali sehari.

Jika terdapat tanda-tanda sebegitu, ibu-ibu harus peka dan bertindak untuk memberi makanan tambahan atau sampingan untuk bayi mereka.

Makanan tambahan sebaiknya diberikan secara berperingkat sama ada dari aspek tekstur mahupun jumlah kuantitinya. Kekentalan makanan dan kuantitinya harus disesuaikan dengan ketrampilan dan kesediaan bayi dalam menerima makanan.

Daripada sisi tekstur makanan, awalnya bayi diberi makanan cair dan lembut. Kemudian setelah mereka boleh menggerakkan lidah dan melalui proses mengunyah, bayi sudah boleh diberi makanan semi padat.

Manakala makanan padat pula diberi ketika gigi bayi sudah mulai tumbuh. Kuantiti makanan juga boleh ditambah sedikit demi sedikit mengikut jumlah yang diperlukan.

Sebaiknya pengenalan makanan bayi dimulai daripada satu jenis makanan, misalnya buah pisang atau betik. Kemudian lihat reaksinya, adakah bayi menerimanya atau tidak.

Bayi biasanya lebih menyukai makanan manis dan mereka akan memuntahkan makanan tersebut jika tidak menyukainya. Justeru, jangan dipaksa jika bayi menolak sebaliknya berikan jenis makanan pengganti lain dengan rasa berbeza sebagai ganti.

Pada usia enam hingga sembilan bulan tekstur makanan sebaiknya makanan cair, lembut atau saring, seperti bubur buah, bubur susu atau bubur nasi sayuran yang dihaluskan. Menginjak usia antara 10 hingga 12 bulan, bayi mulai beralih ke makanan kental dan padat namun tetap bertekstur lunak, seperti nasi lembut.

Usia 12 hingga 24 bulan pula, bayi sudah mula diperkenalkan dengan makanan keluarga atau makanan padat namun tetap perlu diperhatikan rasanya.

Hindari makanan-makanan yang mengganggu organ pencernaan seperti makanan terlalu pedas, masam atau berlemak. Organ pencernaan bayi tidak sempurna seperti orang dewasa. Pada waktu ini, ibu-ibu boleh mengenalkan finger snack atau makanan yang boleh dipegang seperti biskut, nugget, potongan sayuran rebus atau buah.

Ini penting untuk melatih ketrampilan dalam memegang makanan dan merangsang pertumbuhan giginya.

Di samping itu, makanan yang diberi kepada bayi harus tepat dari segi jenis makanan, jumlah hingga kandungan gizinya.

Walaupun secara fizikalnya mereka masih bayi, tetapi namun mereka tetap memerlukan jenis zat gizi yang sama seperti orang dewasa iaitu karbohidrat untuk sumber tenaga, protein, vitamin dan mineral untuk menjaga serta memelihara kesihatan.

Antara makanan yang dicadangkan untuk bayi berusia antara empat hingga enam bulan ialah bubur tepung beras yang dimasak dengan menggunakan cairan air, daging, sayuran atau susu formula; buah yang dihaluskan atau dihancurkan seperti pisang, betik, tembikai atau sayuran yang direbus kemudian dihaluskan menggunakan mesin pengisar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s