Dua tahun kurung diri dalam bilik air

KANSAS: Akibat fobia, seorang wanita berkurung di dalam bilik air teman lelakinya dipercayai selama dua tahun, malah kulitnya turut melekat di tempat duduk tandas selepas terlalu lama duduk di atasnya.

Keadaan wanita itu hanya disedari orang ramai selepas teman lelakinya, Kory McFarren, 36, menelefon polis pada 27 Februari lalu kerana bimbangkan keadaan wanita itu yang kelihatan seperti mabuk dan tidak menyedari apa yang berlaku.

“Saya tidak melakukan perkara itu kepadanya, ia pilihan dia sendiri. Dia sudah dewasa dan membuat keputusan sendiri.
“Mungkin salah saya cuma kerana tidak mendapatkan bantuan awal untuknya tetapi selepas beberapa lama, kamu akan berasa biasa dengan perlakuannya,” katanya.

McFarren yang bekerja di kedai barang antik berkata, teman wanitanya, Pam Babcock, 35, fobia untuk meninggalkan bilik air selepas kerap dipukul ketika kecil.

“Ia berlaku secara tiba-tiba, pada suatu hari dia masuk ke dalam bilik air dan terus berada di dalamnya sehingga enggan keluar lagi, dia memutuskan untuk terus tinggal di dalam bilik air itu kerana ia adalah tempat yang selamat kepadanya,” katanya.

Katanya, teman wanitanya itu pada mulanya berlegar dalam bilik air itu, mandi dan menukar pakaian yang diberikannya.

Dia juga membawa makanan dan minuman, berbual dan menjalankan rutin pasangan seperti biasa kecuali semua itu dilakukan dalam bilik air.

McFarren yang tinggal bersama Babcock sejak 16 tahun lalu berkata, dia memujuk teman wanitanya itu supaya keluar dari bilik air itu setiap hari tetapi Babcock kerap menjawab, ‘mungkin esok.’

Kes pelik itu menggemparkan penduduk seluruh Amerika Syarikat dan Sheriff Wilayah Ness, Bryan Whipple berkata kulit wanita itu ‘tumbuh’ sehingga melekat di tempat duduk tandas selepas dua tahun wanita itu berada di atasnya. – AP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s