Ramai lelaki Barat bantu isteri

Kajian dapati golongan suami mula sedar berkongsi kerja di rumah, jaga anak

CALIFORNIA: Ramai lelaki kini mengetahui tanggungjawab untuk membantu isteri mereka melakukan kerja rumah dan menjaga anak, menurut kajian bersama Israel-Amerika Syarikat mengenai perubahan peranan dalam institusi kekeluargaan.

Kajian terbaru yang ditulis pakar sosiologi dan antropologi, Profesor Oriel Sullivan dari Universiti Ben-Gurion dan Profesor Scott Coltrane dari Universiti California mendedahkan berlakunya pertukaran fahaman yang tidak saja membabitkan golongan muda tetapi juga warga tua yang dulunya dibesarkan dalam keadaan ibu mereka melakukan semua kerja rumah.
Kajian itu juga menunjukkan lebih lama isteri bekerja, lebih banyak kerja rumah yang dilakukan suami.

Kajian dua penyelidik bersama Majlis Keluarga Kontemporari itu mendapati sepanjang 30 tahun lalu, kesaksamaan dalam perkahwinan meningkat dan lebih ramai pasangan terutama yang kedua-duanya bekerja, berkongsi melakukan kerja rumah berbanding zaman sebelum ini.

“Catatan mengenai perbezaan peranan dalam keluarga bekerja bermula dengan andaian secara umum berdasarkan perbezaan fungsi jantina yang bermula penghujung 1960-an.

“Kajian mengenai hubungan pasangan yang kami lakukan mendapati berlakunya perubahan berterusan yang amat penting tidak saja pasangan muda yang berfikiran terbuka mengenai isu jantina tetapi juga pasangan tua yang isteri mereka juga bekerja.

“Taraf yang sama antara lelaki dan wanita masih belum tercapai sepenuhnya tetapi peranan itu sudah berubah,” kata Sullivan.

Di Amerika Syarikat, peranan lelaki dalam membantu kerja rumah meningkat mendadak sejak 30 tahun lalu sekali gus mengurangkan beban kerja wanita.

Kajian mendapati dari 1960-an hingga ke abad ke-21, sumbangan lelaki terhadap kerja rumah terutama menjaga anak, meningkat sekali ganda iaitu dari 15 peratus ke 30 peratus. Dari 1965 hingga 2003, lelaki menghabiskan masa tiga kali ganda dalam penjagaan anak.

Penyelidik mendapati gaya hidup baru itu berlaku di kebanyakan negara industri Barat termasuk Israel, lapor The Jerusalem Post.

Data dari 20 negara industri dari 1965 hingga 2003 mendedahkan sumbangan lelaki tehadap keluarga termasuk kerja rumah, membeli belah dan menjaga anak meningkat dari satu perlima pada 1965 kepada satu pertiga pada 2003.

Kajian juga mendapati waktu bekerja wanita meningkat manakala lelaki menurun menyebabkan waktu wanita di rumah menurun dan waktu lelaki di rumah meningkat. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s