Gangguan kitaran haid atau pramenopaus

Doktor,
Saya seorang wanita bekerja pejabat, berumur 45 tahun, tinggi lima kaki tiga inci (5’3”), berat badan 56kg dan masih bujang (dara).Saya mengalami masalah haid yang tidak datang sejak Julai 2007. Sebelum itu juga, putaran haid saya datang dengan tidak sekata dalam dua atau tiga bulan sekali.

Akan tetapi, sebelum umur saya mencecah 40 tahun, kedatangan haid masih mengikut jadual bulanan dengan teratur.

Untuk pengetahuan doktor, saya masih sihat dan masih cergas dengan aktiviti harian seperti pergi kelas malam dan berjoging selepas bangun pagi.

Saya juga tidak letih selepas membuat kerja cergas dan jarang makan makanan tambahan seperti ubat EPO atau multivitamin.

Saya juga tidak menunjukkan sebarang tanda kesan sampingan pramonopaus seperti panas badan, letih, moody (angin tidak baik) atau berdebar-debar. Saya juga belum berkesempatan berjumpa doktor sebelum ini.

Soalan saya, mengapa masalah haid begini terjadi?

– Fiz

Jawapan,

Daripada makluman anda ini, berkemungkinan tinggi anda sedang melalui peringkat pramonopaus.

Seseorang wanita itu dikatakan telah mencapai menopaus setelah tidak datang haid untuk setahun.

Purata umur wanita menopaus di Malaysia adalah sekitar 50 ke 51 tahun. Biasanya tiga hingga lima tahun sebelum seseorang wanita itu mencapai menopaus, kitaran haidnya mungkin menjadi tidak teratur.

Haidnya mungkin keluar banyak ataupun sedikit-sedikit dan akhirnya berhenti. Bukan semua wanita yang mengalami simptom- simptom seperti panas badan pada peringkat ini.

Jika ibu atau kakak anda mencapai menopaus pada umur yang lebih muda, maka anda juga lebih cenderung mencapai menopaus pada umur yang lebih muda.

Sebaiknya anda pergi menjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan untuk memastikan tiada masalah lain yang menyebabkan gangguan kitaran haid.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s