Ibu bapa bezakan anak

Kajian universiti dedah anak sulung diberi lebih masa berkualiti

LONDON: Ibu bapa dilaporkan memperuntukkan tambahan 3,000 jam masa berkualiti dengan anak sulung mereka tanpa disedari berbanding anak seterusnya.

Kajian yang dilakukan mengenai perkara itu mendapati, anak sulung selalunya menunjukkan prestasi lebih baik di sekolah malah mendapat pekerjaan lebih baik hasil perhatian tambahan yang diberikan.
Hasil penyelidikan jelas akan memeranjatkan keluarga yang percaya mereka melayan anak masing-masing sama rata tanpa mengira umur.

Penyelidik mendapati ibu bapa memang memperuntukkan masa sama dengan semua anak mereka pada hari tertentu.

Bagaimanapun, apabila tempoh masa diperuntukkan dengan setiap anak antara ulang tahun mereka yang keempat dan ke-14 dikira, anak paling muda kehilangan kira-kira 3,000 jam atau 125 hari dari segi tumpuan dan perhatian orang tua sendiri.

Profesor Ekonomi di Universiti Brigham Young di Utah, Joseph Price, mengadakan analisis itu yang diterbitkan dalam isu baru Journal of Human Resources.

Beliau mengkaji data dari Tinjauan Penggunaan Masa Amerika, kajian kerajaan persekutuan membabitkan 21,00 orang dan membandingkan tempoh jam diperuntukkan keluarga dengan anak mereka.

Profesor Price percaya perbezaan ialah kerana jumlah masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa dengan kanak-kanak setiap hari semakin berkurangan mengikut edaran usia.

Anak sulung mendapat lebih perhatian kerana melalui masa kanak-kanak ketika lebih banyak masa keseluruhan untuk dikongsi.

Beliau juga mendapati ibu bapa bukan hanya kurang memperuntukkan masa dengan anak seterusnya, ia juga bukan ‘masa berkualiti.’

Kanak-kanak ini lebih banyak menonton televisyen dengan ibu bapa masing-masing antara usia empat dan 13 tahun berbanding apa yang dilakukan abang atau kakak mereka pada tempoh sama, berbanding bersama-sama melakukan aktiviti lebih berfaedah.

Profesor Price merumuskan saiz keluarga tidak menjejaskan jumlah masa berkualiti yang diberikan kepada anak seterusnya.

“Kami sudah lama tahu anak sulung lebih berjaya dan hasil kajian mengenai masa berkualiti yang diberikan menjelaskan sebabnya.

“Jika matlamat anda sebagai ibu bapa ialah menyamakan kejayaan semua anak, anda perlu berhati-hati dengan corak ini dan cuba memperuntukkan lebih masa berkualiti dengan anak seterusnya,” kata Price.

Pakar sosiologi yang mengkaji penggunaan masa, Suzanne Bianchi, berkata kajian secara meyakinkan menunjukkan ibu bapa memperuntukkan lebih masa dengan anak sulung – besar kemungkinan tanpa menyedarinya atau memang sengaja melayan anak mereka secara tidak adil.

Tinjauan di Britain membabitkan 10,000 lelaki dan wanita baru-baru ini juga menunjukkan anak tertua dalam keluarga lebih berjaya dalam peperiksaan. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s