Bagaimana tebus talak?

Bersama:MOHD.YUSOF ABAS

Soalan: SAYA telah berumah tangga sejak sekian lama dan telah mendapat tiga orang cahaya mata tetapi semuanya telah meninggal dunia. Suami saya banyak menyakiti dan menzalami saya dan ingin berkahwin lagi. Saya bersetuju setelah dia melepaskan saya terlebih dahulu (cerai), tetapi kata suami, kalau kamu ingin bercerai juga kamu kena tebus talak itu dengan membayar kepadaku terlebih dahulu RM50,000. Apa yang dapat saya lakukan?

– Isteri Merana,

Kuala Lumpur.

JAWAPAN:

Anda boleh berpisah daripada suami setelah sabit kesalahannya yang dia benar-benar mencederakan dan menyakiti anda dengan melaporkannya ke Mahkamah Syariah dan membayar satu ringgit sahaja sebagaimana yang telah dicakapnya (suami anda) dalam takliknya semasa hari perkahwinan dulu. Ini kerana apabila takliknya tersebut telah benar-benar berlaku, maka sahlah jatuh talaknya dan anda tidak perlu membayar begitu banyak wang sebagaimana permintaannya (suami) kerana dia (suami) telah mengucapkan taklik tersebut sejak mula perkahwinan lagi. Jadi sekiranya anda sudah nekad mahu berpisah dengan suami kerana sudah tidak ada persefahaman lagi dan dia juga selalu menyakiti anda, maka anda perlu membayar satu ringgit sahaja (bukan RM50,000) setelah terlebih dahulu membuat laporan di pejabat kadi dan membayar bagi pihaknya satu ringgit sahaja anda sudah tertolak dengan satu talaq khal’i. Dengan cara itu anda terlepas dari bayaran yang begitu tinggi yang diminta oleh suami anda malahan suami anda sepatutnya membayar (mutaah) sagu hati kepada anda sebayak itu (RM50,000) atau berapa banyak yang anda suka sesuai dengan kemampuan dan kedudukannya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Berikanlah muta’ah kepada mereka (isteri yang diceraikan itu) iaitu suami yang senang itu menurut kemampuannya dan suami yang susah (dan miskin itu) mengikut kemampuannya sebagai pemberian sagu hati sebagai mana sepatutnya sebagai satu kewajipan kepada orang yang baik-baik (surah al- Baqarah ayat 236) Dan pihak mahkamah dapat menentukan kadarnya (sagu hati) yang sesuai dan sepatutnya. Wallahualam.

5 thoughts on “Bagaimana tebus talak?

  1. jika suami memohon tebus talak diatas kerugian die membuat majlis kerana isteri mohon cerai fasakh bagaimana pulak.

  2. salam, saya ada mohon cerai fasakh tp kes saya dah berjalan selama 4 thn.
    saya dah rs bosan turun naik mahkamah. suami sy x mahu lepaskan saya dgn cara baik. sekarang dia mahu sy di jatuhkan hukuman nusyus dan dia(suami) mahu minta tebus talak. suami saya ada jg beri tahu saya bahawa dia mahu berkahwin lain tapi dia buat saya dan anak terseksa.
    bantulah saya..

    • hi yatie.. kita senasib.. saya ingin memohon cerai atas sebab2 munasabah.. suami juga yang menyebabkan perasaan kasih dan sayang tu hilang kesemuanya.. tapi dia tidak mahu melepaskan saya dengan baik.. malah dia mahu memfailkan saya nusyuz terhadapnya.

  3. Sama la sy. Dia daftar kat kaunseling dulu. Tapi sy yg failkan ke mahkamah dulu. Tapi dia begitu seronok memanggil sy nusyuz dan nk rampas anak dan hantar anak ke rmh kebajikan sbb dia kata dia x mampu. Disebabkan tu, sy x layan mesej dia tanya pasal anak. Sy suruh dia tgk kat rmh kebajikan je. Sy tggu naik mahkamah dulu baru jumpakan dia dgn anak. Sakit sy masih terasa bila dia sanggup ckp mcm tu. Skrg nie blm masuk mahkamah lagi tapi dia dok sebut pasal nk tuntut
    tebus talak kat mahkamah nanti.

  4. Samalah kita….suami saya suruh pergi failkan penceraian dan dengan anggapan saya adalah perempuan jahat….iaitu pompuan yg minta cerai, sedangkan sepanjang perkahwinan kami dia tak pernah bagi nafkah untuk diri saya…nafkah batin dia hina saya, dia kata kalau nak seks cari dia, saya bukan pelacur….saya cuba pendamkan semua ini. Akhirnya saya tinggalkan rumah yg saya beli, kerana tak tahan dgn sikapnya…biarlah saya digelar isteri derhaka, saya tak sanggup hidup makan hati. Dia letakkan 2 pilihan sama ada duit sebanyak rm 20k ataupun rumah itu ditukarkan kepadanya. Saya bawa diri saya…….tolonglah saya…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s