Nota marah isteri bukan niat ‘cerai’

Soalan:

Dan jika seorang perempuan [isteri] bimbang akan timbul dari suami “nusyuz” (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiada salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaikbaik nya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada berceraiberai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi ada pada manusia.

Nota marah isteri cerai Jawapan: Dapat tahu hubungan suami dengan pelajar kolej melalui telefon bimbit Jawapan: SATU hari saya bergaduh dengan isteri dan dalam keadaan marah saya meninggalkan satu nota supaya dibacanya yang berbunyi: “Mulai hari ini kalau engkau nak bunuh diri silakan, aku dah tak perlukan kau lagi dalam hidup aku. Aku tak cintakan kau lagi, cinta aku bukan untuk kau lagi. Wahai perempuan jujur dan setia…hati aku hati aku tak boleh terima kau lagi, mulai hari ini kau tak wujud lagi dalam hidup aku. Kau tak layak untuk aku…” Apakah dengan nota itu saya sudah menceraikannya, sedangkan niat saya bukan begitu, malah dia sudah minta maaf pada saya atas kesilapan itu? Tetapi saya susah hendak menerima maafnya sedangkan dia betul-betul meminta maaf, sampai dua tiga hari tidak makan, malah muka pun pucat.

KELIRU, Pulau Pinang.
Jawapan:

MEMANDANGKAN niat anda menulis nota terbabit hanya untuk melahirkan rasa kecewa dan marah terhadap isteri dan anda tidak berniat untuk menceraikannya, talak tidak jatuh.

Lafaz talak terbahagi dua, iaitu jelas (sarih) dan sindiran (kinayah).

Kata-kata yang terang seperti “engkau aku cerai” adalah jelas. Ia tidak perlu kepada niat berbanding dengan katakata sindiran seperti “lepas, pisah” atau katakata seperti dalam nota anda itu.

Nasihat saya kepada anda ialah buang yang keruh ambil yang jernih.

Kembalilah membina semula rumah tangga yang bahagia. Menerima permohonan maaf daripada isteri itulah yang sebaiknya.

Sebagai pasangan suami isteri perkara sebegini boleh diambil pengajaran.

Sebagai suami, anda boleh menasihati isteri supaya dia tidak melakukan lagi perkara yang menimbulkan perasaan marah anda.

Allah mengajar setiap suami dengan fi rman-Nya: “Dan perempuan-perempuan [isteri] yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaulah mereka di tempat tidur, dan (kalau mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). …” (al-Nisa’ (4): 34).

3 thoughts on “Nota marah isteri bukan niat ‘cerai’

  1. Assalamualaikum… saya bergaduh dengan isteri dalam sistem pesanan ringkas(SMS).. apabila saya terlampau marah dgn kata-kata isteri saya dalam SMS itu, saya secara spontan telah menaip ‘kalau begitu habisla kat sini’.. isteri saya yang menerima SMS itu tergamam kerana sudah menyangka saya telah melafazkan cerai.. saya rasa tiada niat nk bercerai cuma sekadar geram dgn kata-kata yg terakhir dlm SMS nya yg terakhir.. sebab se ingat saya sebelum saya nk menaip SMS dgn spontan tu saya da cuba elakkan dari menggunakan kata-kata yang sahih seperti ‘aku ceraikan engkau’.. Tlg jelaskan kedudukan saya kepada sesiapa yg berkenaan.

  2. Poligami adalah dunia pelacuran islam dengan memakai topeng agama, untuk memenuhi selerah sexuel lelaki islam ini adalah sunnah nabi yang harus dituruti dengan beriman kepada Muhammad dan Allah Ta’alla di Mekkah (allahnya padang pasir)

  3. pd suatu mlm,sy telah bertengkar dengan istri sy yang berjauhan melalui sms.sy marah apabila isteri sy tidak dengar cakap saya seperti berkerja tanpa meminta izin saya dahulu dan lebih memihak kepada keluargannya daripada saya.dalam keadaan yang tertekan dan marah dengan perbuatannya, saya menyuruh istri sy agar pulang ke kampung keluarga sy supaya dapat saya berjumpa dengannya memandangkan saya terikat dengan kursus yang berdekatan dengan kampung saya, saya telah membalas sms yang berbunyi: “kalau awk x balik kampung, kita bercerai”. dan dia tidak melakukan apa yang saya suruh.padahal dia berniat nak melakukan tetapi dengan alasan kukuh dan boleh saya terima, selepas daripada itu, dia meminta mf dan sy pun memaafknnya dan kami pun berdamai seperti biasa.

    adakah sms yg sy hantar tersebut sah cerai? niat saya cuma ingin istri saya balik kampung setelah marah dengan sikapnya yang degil serta beralasan dan berharap dia patuh jika hantar sms demikian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s